Assalammualaikum
dan Salam Sejahtera.
Marhaban
Ya Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2012
bersamaan 1433 Hijriyah.
First
of all, sebenanye aku da drafkan entry ttg bulan ramadhan ni. Bajet dapat la
post before 1st Ramadhan ahaks.. Rupenye tak, sebab kununnye tak cukup idea. Amenda la kan. Aku lom penah lagi post entry tentang bulan
Ramadhan. Finally i decided to write from the bottom of my heart. ^___^
Aku
ingat lagi mase mule2 nak pandai puase dulu, mak selalu masakkan makanan
feveret kitorang la. Tak silap aku, mase tu umur 4-5 tahun aku da sibuk2 nak
pose jugak. Orang bangun sahur, aku nak bangun sahur. Mak aku masak kat dapur
aku pun nak p tgk die masak ape.
Sebelum2
tu aku tak ingat plak. Lenkali aku tanye mak aku muahahaha..
Then
puasa yang yuk aku tu biase la.. ngade2 je lebih. Nak makan
macam2. Mak aku pun gigih la buat ayam goreng la, roti bakar la, telur goreng
la, kentang goreng la. Kadang kadang Cornflakes la, Cococrunch. Padahal bukan
nak makan bebetul pun, nasik pun tak makan. Nak sibuk2 je. Minum pulak, mak aku
buat sorang satu, yg ni nak milo, yg tu nak nescafe, yg nun nak horlicks. Huh!!
Terror tul mak aku. Da mcm kedai da kan.
♥
♥ ♥ Sayang makk ♥ ♥ ♥
Penah
sekali mase aku marah kat adik lelaki aku yang mengade2 buke puase nak itu nak
ini,
"
Ala, tak payah nak mengade ngade nak macam macam. Nanti bukan habis pun
makan."
Tetibe
mak aku selambe je cakap kat aku.
"
Kamu tu pun same je dulu, lagi la teruk. Sampai ayah kena keluar pegi carik.
Selagi tak dapat selagi tu kamu merajuk"
Errrkkkk!!!!!
Amik ko sebijik. Terdiam aku. Terus cover, aku sesengih.
"
Eheeeee.. Ye ke mak..!!??!?? Malunyeeeee" :P
Lepas
tu aku tak penah marah adik adik aku dah ehehehee...
Ok,
sorry tadi iklan kejap. Back to the story, aku pun membesar la dengan
cerianye... ahaksss.
Baiklah
baiklah. Bile da besar sket, mula la era nak berpuasa penuh. Mak aku kate, aku
puasa penuh cukup 30 hari mase aku masuk Darjah 1. Mungkin sebab pegi sekolah,
dengan kawan2. Seronok la kan puasa.
Tapi
aku teringat la, mase memule tu mak aku pakse aku makan nasik.
"Makan
la nasik, kate nak puase penuh. Nanti kat sekolah lapar."
"Mane
ade. Tak lapar la mak.... Lagipun orang tak biase la makan nasik pagi pagi.
macam rase pelik je."
Macam
tu la ayat aku lebih kurang. Aku pun kononnye terror sangat tak makan nasik,
aku makan roti la, cornflakes la. Hari cuti Sabtu & Ahad boleh la sebab
dok umah je kan. Hari sekolah, bile tak makan nasik waktu sahur, aku jadi
lembik. Padan muke aku, cakap mak takmo dengar.
Maka,
dengan perasaan pelik dan tak biase, aku pun nak taknak makan je la nasik mase
sahur. Hari hari aku cakap kat mak aku yang aku tak biase la, pelik la, tak
sedap tekak la. Mak aku malas nak layan, die diam je. Tapi, ayah aku pulak yang
menyampah, die terus cakap.
"Takmo
makan sudah, nanti bukan mak ngan ayah yang lapar"
Hehehehe
peekkk sekali. Padan mukooo... So, alah bisa tegal biasa la kan. Bukan sekadar
makan sepinggan, malah berpinggan pinggan. Ehehehee....
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Itu
la die mase kekecik n zaman kat sekolah. Lepas tu aku masuk asrama. Form 4, aku
masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang yang terletak di Jelebu, Negeri
Sembilan. Dah dok asrama kan, lagi la seronok.
Asrama pompuan nih dipanggil ASPURI je sebab block kitorang
satu2 nye block pelajar pompuan lagi 6 block semua ASPURA *sekolah tu lebih ramai
student lelaki dari pompuan. Macam
macam ragam n perangai. Bulan puase ke, tak puase ke, same je nakal memasing
ehehehe.. 2 tahun aku kat sekolah ni.
Form 4, D'Alter 7 underground name dorm aku. Dorm ni aku dok
ngan hakak hakak senior. Form 5 pulak, aku jadi Mama Dorm. Teratak Budak Karan
name dorm kitorang ehehehehe.. Akan aku coretkan kisah kitorang kemudian ye.
Mase bulan pose kat ASPURI, ade gak yang malas nak turun
sahur. Memule tu, suke la nak tapau bawak naik dorm, tapi warden tak bagi. Dah
semua nak tapau pulak. Tak ramai yang rajin nak turun dewan makan. So, semua
diwajibkan makan kat dewan makan. Time berbuka seronok. Ramai2 berbuka satu
dewan hehehe... Lepas tu pulak beratur nak pegi solat terawikh.
Ade
jugak yang buat bisnes. Jual Megi la, biskut la, air 3 in 1 la hahaha.. Aku
jarang nak makan megi sangat time tu. Aku suke buat air nescafe satu jag pekat,
lepas tu study kat tangge asrama *sebab lampu kat koridor da tutup, lampu tangge je pasang. Aku pun da dapat port study, stay la sampai
kul 3 - 4 pagi. kekadang terus sampai time sahur. Ade gak member aku tanye,
"Diyana, banyaknye buat nescafe. Pekat
pulak tu... Nak bunuh diri ke?"
Aku
hanya mampu ketawa kahkahkahkahkah.. Perli aku minah nieehh. Aku ingat lagi
name die Salina. Yes.. Salina. Ape khabar die sekatang ni kan.
Majlis
berbuka puasa pun meriah kat sekolah. ade macam macam peringkat. Peringkat dorm *dorm tu je yg buat then jemput wakit dari
ketua dorm lain. Peringkat Asrama *same2 ngan warden block, jemput warden ngan
ketua block dari ASPURA. Peringkat kelas *kelas tu je buat, jemput cikgu yang mengajar
kelas tu je. Peringkat sekolah *buat kat kantin sekolah, jemput semua orang
termasuk pengetua sekolah.
Eheee...
Macam macam kan.. Memang seronok sangat. Alaaa... Rindu la kat SMTKK, nanti nak
pg melawat la. Tengok sekolah tu dari luar pun da ok kot ehehehe...
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Dah lepas SPM, aku masuk kolej. Ayah aku suruh tolak tawaran
masuk Politeknik kat Kedah sebab dapat course Sijil Ukur Bahan. Ayah aku nak
aku belajar Akaun.
Maka, masuk la aku ke Inpens International College.
Tapi skang kolej nih da takde. *student
die semua dipindahkan ke Unisel. Lokasi die satu di Seksyen 7, Shah Alam. Satu
lagi di Batang Berjuntai atau name baru tempat tu Bestari Jaya. Kenape da takde? Adelah atas
sebab2 tertentu yg kite tak perlu tahu ehehehe..
Zaman
ni zaman aku buat diploma, memang banyak menda yang nak citer, tapi aku touch
sket sket je la ek ehehehe..
Okey, back to kisah puasa tadi, kat kolej nih lagi extreme.
Kitorang tak dibenarkan memasak dalam dorm. Biase la peraturan tu kan.
Kebanyakan kolej dan universiti pun tak benarkan student die masak. Tapi
kitorang tak la lurus sangat. Teheheheee
Seperti penghuni penghuni asrama lain yang juga
extreme, kami telah memasak di dalam dorm. Takde la pakai dapur api, takde
port. Ade port kalu, nak jugak bawak portable stove tu kan, hangkut sekali
periuk belange ehehehe.. Ktorang masak la pakai periuk nasik tu. Bukan sahaje
di bulan puase, tapi juga di hari hari biase yang bile da boring nak makan luar
atau nak berjimat cermat ahaks.. Banyak jase periuk nasik tu kat kitorang. Ade
gak yang nak makan macam macam, pegi la beli kat bazaar Ramadhan.
Mase
kat Seksyen 7, banyak la choice nak pegi bazaar. Lepas kolej nih da pindah ke
Pulau Indah, Klang, kitorang tak banyak choice sangat. macam mane pun, ramai
gak pihak yang buat macam macam nak memeriahkan kawasan kolej
tu. Ade student amik kesempatan waktu tu untuk tambah wit poket.
Diorang jual nasik lemak, roti john, air, macam-macam lagi la. Penduduk
tempatan kat situ pun berniaga sama. Memang meriah.
Ade
jugak student yang nak lebih variety, keluar ke bandar2 kecik yg dedekat situ
macam Pandamaran, Banting, Sijangkang. Ade gak yang masuk ke kawasan pedalaman
kat pulau tu. saje ubah2 angin.. menarik gak kan. Penah jugak berbuka puasa kat
restoren2 kat luar kawasan kolej tu.
Apepun
yang buatkan menda tu seronok sebenanye bukan la makan ape atau makan kat mane.
Sebenarnye kawan kawan tu la yang buat semuanye memorable. Tetibe hati sebak
bile teringat. Aku pernah gak masak sendiri untuk berbuka n makan reramai. buat
Kuey Tiow Bandung la. Nasik Goreng Sardin la. Ehehehe..
Lupe
pulak, mase tahun akhir aku kat kolej ni, aku ade join satu kelab name die
Kelab Usahawan. Dengan Zaim, Ummi Yati, Suzanna, ramai lagi lah. Sorry tak
sebut name. Projek ngan diorang neh macam macam. Penasihat kelab pulak En Rohas
yang gile gile.. Hehehe... Kitorang pun takmo ketinggalan memeriahkan kawasan
kolej time tu. Jual la ikan bakar, nasi lemak, air warne warni.. hehehhe...
Bakal usahawan semua nieh.. :D
Dah
lame jugak aku tak jenguk Pulau Indah nih.. insya Allah, ke sane nanti mase nak
naik Star Cruise nanti. Chewaaaahhh ehehehehe *lupe nak cakap, kolej nih dlu terletak
bersebelahan je ngan Terminal Star Cruise nih.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Aku
masuk plak frasa seterusnye mase buat degree kat KPTM, KL. aku dok umah sewa
dengan Nisya n Dian. aku rase, dalam banyak2 pengalaman aku berpuasa di
perantauan yang tak berape nak rantau *sebab mak ayah aku masih di negeri yang same n dekat pulak tu, ngan diorang nih la paling gile2 skali
ehehehehe. Sebab kitorang bertige je. Dok serumah, sebilik, sekepale pulak tu.
itu menjadikan kebanyakan plan berjalan ngan lancar je ahahah.
Bile
time makan tu, kekadang pegi jugak beli2. Datang mood, masak. Masak sesedap
pulak tu. Spaghetti, Nasi Ayam, Sotong plastik, Mee Goreng, Kuey Tiow Goreng,
tapi paling kerap kitorang masak, spaghetti la. Ehehehe.. haa yang masak,
diorang la.. aku tak reti masak huhuhu. Buke kat luar pun ye jugak, mase ni
pulak dok aktif meng'outdoor'kan diri, Kerap jugak memember outdoor ajak
berbuka n sahur kat luar.
Daripada
sewa master bedroom kat Taman Maluri, pindah ke bilik kecik kat Taman Cheras
Indah. Lepas tu ade rezeki sket, sewa pulak apartment kat Pandan Perdana. Da
abes belajar, duduk pulak kat Taman Desa Setapak. Semua nye best2. Rindu nak
dok ngan Nisya n Dian macam dulu. Hepi je. Ade masalah pun Hepi jugak
teeeheeeee ^____^
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Apepun,
balik kat kisah Ramadhan tadi, Alhamdulillah.... Tahun 2012 ni, masuk tahun
kedua aku berpuasa di tempat kerja aku sekarang ni. Kat sini aku keje 12 jam.
Bile kene hari shift aku bekerja, berbuka la kat opis. Takde masalah pun pada
aku. Seronok je. Nak nak pulak bile ade geng berbuka macam Syara ngan Ekin yang
same same senget macam aku eheheheheh.
Sekarang
ni aku dok menyewa. Tahun lepas pun bile bulan Ramadhan datang, aku lebih kerap
balik rumah orang tua aku la. Dah bertahun aku asik berbuka ngan kawan2 asrama
n rumah sewa kan. Kali ni aku balik rumah parents aku pulak la. Heeee...
Bile
ingat balik kenangan lame. Zaman belajar la paling best kan. Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang aku dapat yang mungkin orang lain
tak dapat nikmati.
Semoga
Ramadhan kali ni lebih bermakna dan mendapat berkah dari - Nya amin.
Terima Kasih Sudi Bace
:)