^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label * health *. Show all posts
Showing posts with label * health *. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Gedebab, die jatuh..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Haaa amek kau.. Sampai 2 entry aku hari ni.. Sebenanye ade lagi, tapi aku rase better la update sehari satu. eheeee... tu la name die istiqamah kan. Masalahnye aku ni tak istiqamah. Hohoho... Takpe, same2 kite muhasabah ye.. Inshaa Allah. :D

Aku tak terpk pulak nak citer. Tapi bile dah duduk lame mengadap laptop aku ni, tetibe terase sakit kat tulang tungkik ni. Adoiii.. Kenape sakit sangat ni. Lepas tu baru la aku teringat, rupenye aku jatuh tadi. 

Adoiiii la astaghfirullah, sakit sangat. Entah macam mane lepas mandi pagi tadi, aku tergelincir. mak aku pun dengar, terkejut. 

Aku keluar dari bilik air. aku mmg dah biase kalau sebelum keluar bilik air aku akan lap badan aku kering2. tinggal tapak kaki je la. Selalunye, nak keluar dari bilik air tu aku akan landing kaki aku dekat lapik kaki yg ade kat depan pintu bilik air tu. Tapi kali ni lapik kaki tu macam jauh sikit. Aku pun luaskanlah langkah kaki aku. 

Nak jadi citer, once aku jejak je kaki aku kat lapik kaki tu, terus aku tergelincir. 

GEDEBAAABBBB...!!!!!!

Sekali jatuh terduduk daaaa... Terdiam aku sekejap. Mak aku yg kat ruang tamu terus tanye bunyi ape. Lame gak la aku nak jawab. Lpas mak aku panggil 3-4 kali, baru aku jawab. Hohoho. Bangun masuk bilik terus buat tak tau. Ahaks :P

tapi sekarang ni baru aku terasa sakit. mak aih, dlu da penah terjatuh sekali mcm ni kat hutan. ni jatuh lagi. Astaghfirullah. Semoga aku sihat dan sejahtera selalu. amin..


aku rase kene letak la tande mcm ni kan kat depan2 bilik air heheheeh :p


Thank you sudi bace :)


Fikiran NEGATIF = BURUK kesihatan

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera...

Hari ni aku terdorong nak bercerita pasal penyakit dan ape yang menyebabkan sesebuah penyakit itu. Untuk pengetahuan anda yang baru 1st time dengar, aku bagi la contoh mudah. Contohnya adalah, bila kita merasa sakit, bukan dokter kat klinik tu je yang kita boleh rujuk. Actually there are kind of methods yang boleh kite ikhtiar or amalkan. Same la macam sakit yang orang pergi berubat dengan ustaz ustaz tu kan. cumanye ini bukan lah sejenis sihir atau ilmu hitam n batin. ini kajian dari pakar pakar psychology.

Ade pakar yang mengatakan bahawa setiap penyakit yang kita alami, atau rasai adalah berpunca dari masalah dalaman atau lebih tepat lagi psychology kite sendiri. Perkara ni takde la aku buat kajian yang mendalam sangat. Tapi sepanjang yang aku tahu n paham, ini adalah antara method dan ikhtiar yang terkenal kat Eropah bagi nak mencegah dan merawat penyakit. Ada jugak yang jadikan perkara ini sebagai amalan diorang untuk mengelakkan dari penyakit2 kronik.
Pemikiran Negative boleh membawa pelbagai kebarangkalian yang buruk

Ape pun, Allah jugak yang Maha Kuasa, dah Dia nak bagi sakit, sakitla jugak kan.. Kite manusia hanya boleh berikhtiar n berdoa untuk yang terbaik buat semua.

So, kat bawah ni aku nak share sket la ape maksud aku masalah kesihatan vs. masalah psychology. kot kot lepas bace korang akan faham. Ape pun, better if you read the whole thing in the book la. Aku tau pun dari kawan aku Ari Yahya, salah seorang pengamal menda nih :)

 Untuk info yang lebih lengkap, boleh dapatkan buku You Can Heal Your Life by Louise L. Hay. 

Contoh - contoh masalah Kesihatan VS masalah Psychology ni adalah seperti kat bawah nih ;



* MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita mengalami depres selama 6 jam.

* DENDAM & MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti STRESS, KOLESTEROL, HIPERTENSI, SERANGAN JANTUNG, RHEMATIK, ARTHRITIS, STROKE (perdarahan / penyumbatan pembuluh darah)

* Sering membiarkan diri kita STRESS = mengalami GANGGUAN PENCERNAAN..

* Sering merasa KHAWATIR = mudah terkena penyakit NYERI PUNGGUNG..

* MUDAH TERSINGGUNG = INSOMNIA (susah tidur)..

* Sering mengalami KEBINGUNGAN = GANGGUAN BAHAGIAN BAWAH TULANG BELAKANG.

contoh la ni sakit2 belakang bagai

 * Sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN = mudah terkena penyakit GINJAL..

* NEGATIVE THINKING = mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sukar mencerna)


* Mudah EMOSI & cenderung PEMARAH = penyakit HEPATITIS


* Sering merasa APATIS (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan = berpotensi mengalami PENURUNAN KEKEBALAN TUBUH

* Sering merasa KESEPIAN = DEMENSIA SENELIS (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh)

* Sering BERSEDIH & merasa RENDAH DIRI = boleh menghidap penyakit LEUKEMIA (kanser darah putih)

stress yg kite hadapi plak biasenye dtg dr mcm2 aspek.


*** Mari kita selalu BERSYUKUR atas segala perkara yang telah terjadi karena dengαn bersyukur, maka HATI ini menjadi BERGEMBIRA &  menimbulkan TENAGA POSITIF dalam tubuh utk mengusir sebahagian penyakit yang disebutkan di atas.

Aura atau tenaga positif sebenanye memang very powerful.tu pasal kite selalu diingatkan dan digalakkan untuk berfikiran dan berperlakuan positive. Even gaya hidup pun mestila ke arah perubahan yang positif.


Contoh perkara positif mengenai kelakuan dan pemikiran yang baik untuk kita amalkan

Ada sorang kawan aku ni, pernah pesan kat aku, "Ambil la perkara atau point yang positif dari segala apa yang berlaku pada kita walaupun hanya 1%. Even ape yang berlaku tu adalah perkara yang baik atau menguntungkan kepada orang lain dan bukan kite" mulenye aku mmg tak paham langsung. Tapi bile die bagi contoh demi contoh dan menampakkan aku, plus perkara2 yg jadi buat aku berfikir dan aku mule paham. Thank you to him.

Aku ni bukanlah pengamal tegar terapi mcm yg kat atas ni. Tapi aku share sket la ape yg aku tau untuk kebaikan kite bersama. And better amik kelas die (ade kelas tau) or bace sendiri buku die. Adalah lebih baik..

Sekian saje perkongsian saya yang singkat. andai ada tersalah ke ape ke, tolong betulkan ye.. Inshaa Allah kite perbaiki same2 :)

Thank you sudi bace :)



Saturday, March 17, 2012

Da lame tak demam..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Baru Hari Sabtu ni aku masuk keje lepas off 3 hari start dari Rabu lepas. Sebenanye, dari hari Isnin tu lagi aku da rase tak sedap badan. Partner yang patut keje satu shift, MC plak. Means, aku akan keje berdua la ngan temp staft tu. Mujur la ade die. Bayangkan kalau aku sorang, mau pengsan. Haha.. Tu pun da tak larat. Terpk jugak nak amik MC Selasa tu, sebab macam pepening kepale sket. Mmmmm... Bile pk2 balik, takpela. Pegi je la keje sebab Rabu da off.

Memang nak demam sangat la kot, Rabu tu teruk aku sakit. Sampai sakit2 badan + sesendi skali. Pinggang jangan cakap la. Duduk tak kene, baring pun salah. Aku pun menempel je la kat sofa yang ade kat tengah rumah aku tu sambil tgk tv. Rase nak baring ke duduk ke, lantak la. Aku jadi masalah bile nak tido. aku memang tak selesa. Kipas da tentu tak pasang, sebab aku kesejukan.

Dua hari aku berkeadaan mcm tu. Tapi, aku gagah jugak la nak masak ke ape kan. Bukan ade orang gaji hehe.. sentiasa bersweater dan berselimut. Takleh buat menda len. Mujur la tak selsema. Cuma mengalami batuk yang tak teruk.


Jadi, kesimpulannye dua malam tu, aku tak selesa la tido, sakit badan n dapat jugak batuk2 sket. Batuk sikit2 tapi kaw2 punye tangkap kepale. Adeehhh. Sampai la malam tadi, baru la lega sket. Aku tak pulak pg klinik.
                                      

Alhamdulillah, hari nih aku bersemangat bangun tido n pg keje. Hehehehee.... badan, jangan sakit2 lagi ea. ( sakit tu kan boleh menghapuskan dosa-dosa kecik, saba la sket ea MD) ^___________^

Thank you sudi bace.     

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...