^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label meback. Show all posts
Showing posts with label meback. Show all posts

Monday, November 12, 2018

2 Years Update?? WOwwwoooowww!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum

Pergh.. Nampaknya lepas 2 tahun tak update apa apa, aku sambung lagi 2 tahun. Dengan tak update apa apa jugak. betapa terrornya aku. ( Haha sindir diri sendiri)

Okay, Alhamdulillah. setelah mendapat kesedaran, aku pun bangkit dari tidur yang panjang kahkah.
Bukan apa, aku terlalu sayangkan blog aku ni. Aku jugak frustrated sebab tak dapat terus berkarya (karya sangat) dekat blog yang dah usianye 10 tahun ni. Sepatutnya dah banyak yang aku boleh share.

Hurm, you know what? I think i will continue sharing and blogging. Just this time i will do it in different way. Haha, actually not really different la. Just the way i think i may keep on updating and i want to share the backdated event what had happened in 2017 and 2018 hicks.

So, to make it short. I will list down here what i had missed sharing here.

1) 2017 March sepatutnya aku dah jadi isteri orang. tapi tak menjadi sebab aku da batalkan atas sesebab tertentu. Jadi ia di pospone sehingga tarikh yang tak diketahui. (even sampai sekarang still tak dapat tarikhnya) kahkah

2) selepas kejadian batal perkahwinan tu, Ayah dan Mak bawak aku pg menunaikan umrah. which is itu adalah salah satu daripada aku punya idaman (tengok dekat 'My Dream Board')

3) Kedai yang aku khabarkan aku menyewa dulu (di Pudu Ulu) dah di letgo selepas 6 bulan meniaga. Sebabnya akan diceritakan jika ada kesempatan (i will make an entry for this story)

4) I am 'Mak Ngah' to 4 nephew and 1 niece. (Haazique, Naadyn, Qaiser, Aqil, Uwais)

5) My sister in law further her study. My brother and sister in law ( Deqwan and Ilya) with thier child Qaiser, move to Brisbane, Australia.

6) I have won the karaoke contest in early April. dan sebagai hadiah, aku ada merakam satu lagu. tak de album. Just lagu sahaja.

Hmmm... That is all my life event yang aku rasa aku ingat. kot ada lain nanti aku update kayh. Inshaa Allah juga aku akan up entry untuk setiap event (mana yg patutlah) hehe.

So, aku berharap selepas ni aku akan istiqamah menyambung update entry even sesekali atau even pendek pendek haha. Inshaa Allah.

Wish me luck ya.

xoxo,
Martika Diyana

Monday, November 28, 2016

End of 2016 'Life Update'

Assalammualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pergh.. Last entry aku is about 2 years ago. Dasat gak tahap kemalasan aku ni. Actually last yg aku update tu pun through handphone. Payah la. Aku lagi suke type guna laptop. Puas hati. 

Korang semua ape khabar? Since yg aku pun takde update ape2, banyak jugak perkara yg terjadi. Ade yg best, ade yg tak best haha. Ruginye aku banyak terlepas. Erm.. takpela kan. Better than never kan. 

Life update? Ahaaaa... Dah ada yg datang merisik... Hohoho Adoiyai.. aku ni skang ni sedang mengalami krisis dalam diri wakakakakaka. Poyonye aku kan. tapi ini la yg sedang aku alami, Adoiyai... Kenapeeeee la susah sangat. Dalam hati aku ni dok ckp takmo kawen. Dalam masa yg sama aku dok berkawan ngan die lagi, sebab mamat ni pun jenis tak paham bahasa. takmo lepaskan aku. Cheeeewah. ayat aku kan. Mcm lelaki tu jmpe tulang rusuk die la kononnye haha. Seryes wey, korang mesti semak kalau korang ade kat tmpat aku ni haha. 

Gambar? Huhuhu, nantilah, Kate la jadi kawen dok, bole la aku share gambar kawen. Kot la tak jadi nikah, tak pyh share kan hahaha. Pening keje2 kawen ni. Baaaaaaaanyak menda nak kne amik tau. dari rambut smpai ke kaki. Dari Utara sampai ke Selatan. Hahahahahahahahahha.

Ok, rilek dlu la pasal keje keje kawen ni kan. Aku nak share jugak good news. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku, Allah pun Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rezeki, aku dapat sewa sebuah gerai yang tak besar sangat. Saiz die comel je. Aku plan nak meniaga makanan yg simple simple. Inshaa Allah dalam minggu ni aku akan mula meniaga. Cmane dpt modal? Kompol? Dalam zaman yg semuanya mahal n serba mencabar ni, cmane la tu kan. 

Nanti la aku share ea. Aku da ngantuk lak ha. Nak cari kunyah kunyah. 

Korang semua take care ea. Thank you korang sudi singgah blog hambe yg serba usang ni huhu. Inshaa Allah, doakan saya selalu istiqamah. Amin 

Thank you sudi baca,
MD

Tuesday, October 21, 2014

What should I do first? T__T

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hiiiii everybodyyyy!!!! Huhhh betapa lamanye aku tak berblogging. Teruknyeeee... Aku rasa mcm org tak bertanggungjawab pulak bile teringatkan blog aku yang terbiar sampai bersawang nie. 

Haih.. Bukan ape. Aku dah jarang online skang. Kat rumah pun seskejap je (actually, sekejap pun dah bole jadi... Alasan sangat kan)

Aku takde mood n aku takde idea. Andai ikotkan hati aku ni. Baaaaaanyak benda aku nak update. Tu blog aku lagi satu pasal kisah travel aku tu. tak terhapdet. Tergendala jugak tu. Sume pasal aku jarang pegi jenjalan dah skang ni. Outdoor apetah lagi. Bile dah terlalu banyak benda dok fikir nak buat. Hujungnya, satu ape pun aku tak buat. Finally, i will end up dengan mengadap telefon aku je lah. Huuuhhh... Bile sesedar, masa dah banyak terbuang. 

Few weeks aku da plan nak mulakan buat sesuatu. Cuma masa tak kena. So aku decide, dalam minggu ni jugak. ' I should go out and start doing what i want to do'. Haaaa... Bile da keluar, ade lagi satu masalah plak. WHAT SHOULD I DO FIRST??? Where should i go? How do i start? Which is the most important? Which one should I give priority??? Ahahahahaha.... And again, i will end up in the car or at mamak with my handphone and searching unlimited contacts and info as well. Usually it will takes time... Forever!!

Again, masa dah terbuang begitu sahaja..

Aku teringat satu ayat ni..


Surah al-Asr 

Terjemahan die ;


Surah ni pendek je tapi makne die sangat mendalam. Bile aku sedar banyak masa dah terbuang, aku mesti akan teringat surah ni. Spontan aku mesti akan nyanyi nasyid yang dicipta dengan liriknya adalah maksud surah al-Asr ni. Sedih pulak rasa bila banyak masa aku tak gunakan sebaik-baiknya. Aku bukan muda lagi. Dah makin tua. T___T

Bila terfikir pulak yang masa makin suntuk, aku teringat pulak perkara lagi satu ni ;


5 perkara sebelum 5 perkara. Aduuuuiiiii.... lagi la aku terpukul. 

So, bile teringat kan semua menda ni, aku mesti akan berbalik kepada asas. 
'Things to do list' akan terjah kepala otak aku nieh. Hahaahhaha... Dan aku mcm biase akan bertanya balik.

What should i do first? Second? Third? Then? Blurrrr.....

Aku sedar yang aku ada masalah time management. Aku cuba buat organizer. Aku ada organizer book whaaatttt. Always in my handbag. But i dont know how to use it in the right way. Bila aku tengok video video motivasi, baca ayat-ayat motivasi, dengar ceramah yang beri motivasi and watch movies yang very inspiring, aku memang akan semangat - stand up straight and said, " I can do this"

Bila aku naik atas, siap siap. aku tgk bilik aku, aku low motivate balik. Haih... Sebenarnye aku ni bukan la antara golongan yang complicated. But recently aku jadi complicated. Maybe disebabkan beberapa kejadian yang menimpa aku la kan. But i know yang itu semua bukanlah alasan untuk aku tak teruskan ape yang aku da plan n to build up my bright future. I must start from beginning. I must go back to the root or beginning. I will get the rhythm so i wouldn't feel wrong. And it's ok to do it wrong, so i will learn.

Lampu yang pertama berjaya dinyalakan lepas beribu-ribu kali dicuba. Kulit ayam KFC pun kene reject berkali kali sampai akhirnya sekarang atu dunia makan sampai jilat siku. So, kenapa aku takmo terima sedikit kesalahan, kekalahan n kesilapan. Just learn from the mistake ^ ^

So, I will sit and list up balik everything. Inshaa Allah i know that i will come out with something yang bermakna n membanggakan haha :D 

You can do this MD !! Chaiyok!! Chaiyokk!! 
Good Luck for me.. Haha.. I think i need it :D


Terima kasih sudi baca :)

Monday, April 28, 2014

Opportunity - My New Passion ^___^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Orang kate, peluang tu datang hanya sekali, takkan ada kali kedua. Mungkin kalau peluang tu datang lagi, tapi ia bukan lah untuk kita. And kali nih aku nak bercerita tentang peluang untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik :)

Aduuu aku sememangnya gile kalau bercerita bab - bab bisnes nih. Jumpa orang yang se'frequency' dengan aku, boleh tak cukup sehari bertukar-tukar idea. Just tak cukup lagi la kot pengalaman kan hehe. Saba je la aku. Sebab kalau nak citer pasal bisnes ni, aku pernah la jugak cube nak berbisnes. Lame dah kisah ni. 4-5 tahun lepas punye citer huhu. Pernah aku melibatkan diri. Buat bisnes sendiri. Jual Serunding, Popia serunding, Baju, Tudung online. Mase tu aku tak kerja. Aku plan nak focus bebetul. Namun orang yang baru nek merangkak macam aku, and mase tu terlalu banyak kelemahan. So, Alhamdulillah, dengan izin Allah, begitu mudahnya aku terlingkup. Aku pun mase kejadian tu tak la pulak aku nak heboh kat sane sini. Orang-orang terdekat je tau. Aku pun takde salahkan sesapa. Semua atas kelemahan aku sendiri. Aku redha n terima semua seadanya. 

Bukan tak berniat nak teruskan. Cuma masa tu keadaan sekeliling sangat tak membantu n aku akur la yg aku tak mampu nak teruskan ( kesilapan aku kat sini ). Jadi masa tu aku memang struggle la carik keje pulak sambil habiskan sisa2 barang jualan aku tu. 

Macam mane pun dalam hati aku ni kuat sangat berazam yang aku nak sangat jugak-jugak buat bisnes. Bisnes ape? Bisnes macam mane? Anything can do as long as Halal n suits me in dalam keadaan ape pun. Kalau ikotkan paleotak aku ni, semua yang aku pandang aku rase sangat berpotensi nak buat bisnes. Haisyyy.... macam - macamlah yang terlintas kat fikiran aku ni. Padahal modal takde. Simpanan pun masih belum mencukupi huhuhu :P

Niat aku hanya satu. Aku nak jugak berniaga. Kan 9/10 punca rezeki datang drp perniagaan. Semua orang tau tu kan. Tapi ade jugak yang menolak, "Isy, aku tak minat la.. Taknak aku, tak bole bla dengan bisnes-bisnes ni.." Halooo... cakap berlapik sket ea. Takkan nak tolak sunnah Nabi. Cakap la ayat yang lebih sopan sket. Aku tak pandai bab sunnah ni. Just be careful la. Cakap takmo, esok-esok aku tgk ko upload picture handbag, kain meter 'FOR SALE' kat FB/Twitter/Instagram ko. Hohoho. Kan malu balik. Ape pun, as long as perkara tu membaw ke arah kebaikan, Alhamdulillah, takde yang buruk-buruk aku doakan buat semua melainkan yang baik-baik belaka. 

Makanya, aku pun mula mencari, menilai n mencuba macam-macam perkara. Buat research, jenguk peluang sana sini. Tak terkecuali jugak Bisnes Multilevel Marketing yang macam cendawan tumbuh. Ade jugak bisnes MLM yang kate "ko masuk bisnes nih, tak payah carik orang.." padahal yang derang dok cakap kat aku nih, aku nih bukan orang ker? Hahahaha janganla sampai nak menipu. Ape pun, aku masih ade kepercayaan kepade sesetengah bisnes MLM nih. Kalau tak, takkan la ade fakta yang kate industri yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi dunia adalah industry Network Marketing kan hehehee. Diulangi, Fakta okkeh. 

Alhamdulillah. Setelah lama mencari-cari, mencuba itu dan ini. Finally!!! Alhamdulillah, Allah ketemukan dengan satu bisnes yang pada aku sangat menarik minat, n segala deria aku ni lah. Huhuhu. Orang yang bertanggungjawab kenalkan aku adalah adik aku sendiri. Oppsss.. Sebelum itu, bisnes ade macam-macam ea. Bukan semestinya MLM. Untuk pengetahuan semua. Ini memang bukan MLM. Hehehee. Kalau bukan MLM ape? Hehehe malas la layan soalan korang. Meh nak citer.

Jeng Jeng Jennnngggg. Bisnes yang dimaksudkan adalah bisnes trading. Modal sangat kecik tapi inshaa Allah pulangannya sangat tinggi. Aku baru je sebulan terlibat dengan bisnes ni. Buat pun part time je. Aku kan keje kat Cyberjaya. Sangat tak mengganggu jadual aku. 

Ape pun, Syukur Alhamdulillah dengan peluang yang Allah berikan. Kalau ade kawan2 yang nak buat part time jugak, jadi Agent ke, stokis ke, roger je la aku. Aku selalu ade kat area Cyberjaya - Cheras - Ulu Klang. Mane tau boleh bantu dapat duit-duit tepi. 

Apekah produknya?

Tarrrraaaaaaaa..... Inilah dienye. Produk supplement. Royal Collagen name die. 
Kalau takmo buat bisnes pun, nak pakai aje pun bole. Sebab produk ni sangat bagus. Collagen biasenye kan untuk kulit. Tapi yang terbaiknya produk ni, Die ade terlalu banyak khasiat di dalam nya yang bagus untuk sakit-sakit dalaman. Bukanlah ubat, tapi mampu la nak bantu kurangkan sakit-sakit yang dialami selama ni. Termasukla Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Sendi, Resdung, Lutut, Tenaga batin. Plus, berita baik yg kami terima, ada antara pengguna yang baru consume sebulan dah dapat berita baik - she's pregnant!! Dah setahun lebih kawen tapi belum ada sebarang rezeki. Macam-macam ubat dah cuba. Namun Allah beri rezeki melalui pemakanan Royal Collagen. Alhamdulillah.

Ahaaa... ini picture aku ngan Royal Collagen *mcm hidup pulak kan aku buek
Aku sangat yakin dengan Royal Collagen ni. Happy bile dapat dengar berita baik dari pengguna. Bukan kulit cantik yang kita idamkan semata-mata kan. Tapi kesihatan tubuh badan tu yang lebih penting. Ade yang kate tak makan n whatsoever. It's ok la, pilihan memasing kan. Simple je pada aku, prevention is better than cure. Takmo kuar duit bayar collagen or any other supplement. 

Ini mase aku pegi Soft Launching produk Royal Collagen. Exclusive lagi you dengan paper bag. Majlis buat kat Palace Of The Golden Horses. grand sangat haha :P Ni dengan Stokis (Cik Hasidah - tengah) n Agent (Nur Syamim-kanan) die ni dari Pahang. Credit picture to Precious Royal Collagen - The Art Of Beauty
Tapi kita kene akui kita bukan selalu sihat. Bila satu hari sakit n masuk hospital, kos rawatan lagi tinggi. Aku dah tgk orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku nak usaha ke arah yang lebih baik. Bukan la kite mintak. It's a fact. Bukan jugak cakap besar. Kalau aku cakap besar, takde la aku amik supplement kan hohoho. Aku tengok contoh terbaik mak n ayah aku la. Diorang da 61 tahun dah umur tahun ni. Alhamdulillah masih lagi kuat dan sihat. Mulenye dulu aku pelik jugak. And now i know the secret. Hehehehe. Diorang rajin makan supplement dari muda lagi. Ya Allah, berilah kesihatan berpanjangan ke atas kedua orang tua kami. Amin. 

Ahah. Panjang lebar kan. Itulah die yang aku nak citer. Aku dah kate, kalau bukak citer pasal bisnes ni, boleh buat buku hahahaha. Well, well. I just want to share all good things i know. Wish me luck and I wish all the best to all of you. Love you guys. Mwah mwah. Hahaha :P 



Thank you sudi bace :D

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...