^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label * heart *. Show all posts
Showing posts with label * heart *. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Fikiran NEGATIF = BURUK kesihatan

Assalammualaikum Dan Selamat Sejahtera...

Hari ni aku terdorong nak bercerita pasal penyakit dan ape yang menyebabkan sesebuah penyakit itu. Untuk pengetahuan anda yang baru 1st time dengar, aku bagi la contoh mudah. Contohnya adalah, bila kita merasa sakit, bukan dokter kat klinik tu je yang kita boleh rujuk. Actually there are kind of methods yang boleh kite ikhtiar or amalkan. Same la macam sakit yang orang pergi berubat dengan ustaz ustaz tu kan. cumanye ini bukan lah sejenis sihir atau ilmu hitam n batin. ini kajian dari pakar pakar psychology.

Ade pakar yang mengatakan bahawa setiap penyakit yang kita alami, atau rasai adalah berpunca dari masalah dalaman atau lebih tepat lagi psychology kite sendiri. Perkara ni takde la aku buat kajian yang mendalam sangat. Tapi sepanjang yang aku tahu n paham, ini adalah antara method dan ikhtiar yang terkenal kat Eropah bagi nak mencegah dan merawat penyakit. Ada jugak yang jadikan perkara ini sebagai amalan diorang untuk mengelakkan dari penyakit2 kronik.
Pemikiran Negative boleh membawa pelbagai kebarangkalian yang buruk

Ape pun, Allah jugak yang Maha Kuasa, dah Dia nak bagi sakit, sakitla jugak kan.. Kite manusia hanya boleh berikhtiar n berdoa untuk yang terbaik buat semua.

So, kat bawah ni aku nak share sket la ape maksud aku masalah kesihatan vs. masalah psychology. kot kot lepas bace korang akan faham. Ape pun, better if you read the whole thing in the book la. Aku tau pun dari kawan aku Ari Yahya, salah seorang pengamal menda nih :)

 Untuk info yang lebih lengkap, boleh dapatkan buku You Can Heal Your Life by Louise L. Hay. 

Contoh - contoh masalah Kesihatan VS masalah Psychology ni adalah seperti kat bawah nih ;



* MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita mengalami depres selama 6 jam.

* DENDAM & MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti STRESS, KOLESTEROL, HIPERTENSI, SERANGAN JANTUNG, RHEMATIK, ARTHRITIS, STROKE (perdarahan / penyumbatan pembuluh darah)

* Sering membiarkan diri kita STRESS = mengalami GANGGUAN PENCERNAAN..

* Sering merasa KHAWATIR = mudah terkena penyakit NYERI PUNGGUNG..

* MUDAH TERSINGGUNG = INSOMNIA (susah tidur)..

* Sering mengalami KEBINGUNGAN = GANGGUAN BAHAGIAN BAWAH TULANG BELAKANG.

contoh la ni sakit2 belakang bagai

 * Sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN = mudah terkena penyakit GINJAL..

* NEGATIVE THINKING = mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sukar mencerna)


* Mudah EMOSI & cenderung PEMARAH = penyakit HEPATITIS


* Sering merasa APATIS (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan = berpotensi mengalami PENURUNAN KEKEBALAN TUBUH

* Sering merasa KESEPIAN = DEMENSIA SENELIS (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh)

* Sering BERSEDIH & merasa RENDAH DIRI = boleh menghidap penyakit LEUKEMIA (kanser darah putih)

stress yg kite hadapi plak biasenye dtg dr mcm2 aspek.


*** Mari kita selalu BERSYUKUR atas segala perkara yang telah terjadi karena dengαn bersyukur, maka HATI ini menjadi BERGEMBIRA &  menimbulkan TENAGA POSITIF dalam tubuh utk mengusir sebahagian penyakit yang disebutkan di atas.

Aura atau tenaga positif sebenanye memang very powerful.tu pasal kite selalu diingatkan dan digalakkan untuk berfikiran dan berperlakuan positive. Even gaya hidup pun mestila ke arah perubahan yang positif.


Contoh perkara positif mengenai kelakuan dan pemikiran yang baik untuk kita amalkan

Ada sorang kawan aku ni, pernah pesan kat aku, "Ambil la perkara atau point yang positif dari segala apa yang berlaku pada kita walaupun hanya 1%. Even ape yang berlaku tu adalah perkara yang baik atau menguntungkan kepada orang lain dan bukan kite" mulenye aku mmg tak paham langsung. Tapi bile die bagi contoh demi contoh dan menampakkan aku, plus perkara2 yg jadi buat aku berfikir dan aku mule paham. Thank you to him.

Aku ni bukanlah pengamal tegar terapi mcm yg kat atas ni. Tapi aku share sket la ape yg aku tau untuk kebaikan kite bersama. And better amik kelas die (ade kelas tau) or bace sendiri buku die. Adalah lebih baik..

Sekian saje perkongsian saya yang singkat. andai ada tersalah ke ape ke, tolong betulkan ye.. Inshaa Allah kite perbaiki same2 :)

Thank you sudi bace :)



Sunday, October 28, 2012

Quotes in Eat, Pray, Love.




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad yg penoh rilek nih, aku tetibe teringat kat citer Eat, Pray, Love. Aku tak puas la tgk citer nih. Insya Allah nnt ade rezeki aku nak layan citer nih sesorang, sambil tgk nescafe, lpas tu aku bukak tingkap luas2, biar angin sepoi sepoi tiup ke muke aku. Oouuh.. Mase tu aku da dok kondo idaman hai ea.. hehehehe... Berangan jap :P


Memula nak tgk citer nih kat wayang dlu, aku tak la rase nak tgk sangat2. Tapi hari tu, aku keluar ngan Izzati. Memandangkan die mmg da amik cuti sebab nak lelepak n jenjalan ngan aku kan. Aku pun follow la bile die kate nak pg tgk wayang. And time mmg takleh nak pilih sangat la pulak. Disebab kan die nak kne balik on time macam org balik keje. (ooppsss... lupe nak bgtau.. die tak bgtau kat laki die yg die amik cuti hari tu ) ahaakksss... noty kan :P

Ahaa... lg satu sebab, si Izzati ni nak sangat tgk Julia Roberts ni belakon. N mmg kalau tak silap aku la, da lame gak si Julia tu tak belakon. erm.. Mesti layan punye citer nih. Aku mmg tak sangke citer ni memberi kesan kepada aku la. Ade gak yg cakap muvi ni 'zzz..' muvi la, tak best la. But it actually depends kan ngan pendapat memasing yg tgk citer tu. 

Aku nak huraikan citer tu tak terhurai la kan. Aku just nak share sket quote quotes yg menarik dari citer nih. Sila bace ;


  • “People think a soul mate is your perfect fit, and that’s what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life. “
  • “Look for God. Look for God like a man with his head on fire looks for water.”
  • “In desperate love, we always invent the characters of our partners, demanding they be what we need of them, and then feeling devastated when they refuse to perform the role we created in the first place.”
  • “We’re miserable because we think that we are mere individuals, alone with our fears and flaws and resentment and mortality.”
  • “Your treasure – your perfection – is within you already. But to claim it, you must leave the busy commotion of the mind and abandon the desires of the ego and enter into the silence of the heart.”
  • “You need to learn how to select your thoughts just the same way you select your clothes every day. This is a power you can cultivate. If you want to control things in your life so bad, work on the mind. That’s the only thing you should be trying to control.”
  • “In a world of disorder and disaster and fraud, sometimes only beauty can be trusted. The appreciation of pleasure can be an anchor to one’s humanity.”
  • “God is an experience of supreme love.”
  • “Learning how to discipline your speech is a way of preventing your energies from spilling out of you through the rupture of your mouth, exhausting you and filling the world with words, words, words instead of serenity, peace and bliss.”
  • “There is a reason they call God a presence – because God is right here, right now. In the present is the only place to find Him, and now is the only time.” 
psstt... translate la.. pg copy paste kat google translate ea.. :D



Thank you sudi bace :)

Saturday, October 13, 2012

Yang Terindah Hanyalah Sementara - Luahan Hati

Assalammualaikum and Salam Sejahtera...

First of all, I would like to thank myself coz I managed to escape from the wicked.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah. Actually aku tak nampak pun perkara tu at the first sight. But suddenly, when this happened, zzuurrppp... it comes to my mind yang Allah memang nak selamatkan aku. Bersyukur tak terhingga aku akhirnya.

Okayla, aku cerita la jugak ape yang telah berlaku kepada aku seminggu yang lepas. It doesn't mean I want to blame the situation or what had happened. Individu yang terlibat pun tak aku salahkan 100%. Just a little thing to share. Hopefully it is useful for some people out there. Let's start this.

Sepanjang 2 bulan lepas.If i'm not mistaken it started on earlier in August, I accepted a friend request from a guy through my social network. He was my junior when i was in college. He is very kind and polite person - as i knew him previously la kan.

Huhu.. Actually i totally forget about him. Tapi aku cepat cam sebab agak rapat mase kat kolej dulu. Kebetulan aku rase baru je aku belek2 pic - mase aku facilitator kat kolej dlu.. Pic mamat nih ade sebab aku penah handle group die time Minggu Wawasan Siswa (orientasi). So, mmg sekali tgk profile pic die, aku cam la.

Nak dijadikan cerita, one pleasant night, aku takleh tido, aku online. He saw me and ask for a chat. And i'm like "Duhh why not? U're my x-collage mate and we were a good friend kan.." Excited la jugak sebenanye sebab member lame kan. I'm very comfortable with him and I just realize yang he is older than me. He told me so because i keep address myself as 'Akak' which is he doesn't like it. Surprisingly, he remembers that i'm younger than him.

Starting from that, kitorang keep in touch through handphone, whatssap, bbm, sms. Finally, when i was working last Saturday, he asked for out. But yang kelakar tu, die ajak jumpe tapi die takde kereta nak jemput aku. Aku suruh la die datang naik motor, kematu bontot katenye. Ehehehe.. Sudahnye, aku yang xcited lebih nih, terus setuju nak pegi jemput die kat rumahnye area Kajang sana. It's ok la for me kan. It's not a big deal la kan.. Nak plak dengan jumpe kawan lama. Dan yang buat aku nak pg sangat tu, aku tak pasti perasaan ape yang halus n membuak2 sangat nak aku pegi. Daripada aku penat rasa mcm tu, baik aku pegi je kan. :)

Aku pun dengan gigihnye menggoogle map la lokasi die tu. Aku siap study lagi.. Sepanjang hari tu aku mmg excited gile la. Entah la kenape wallahualam kan. So, lepas habis je keje aku pun takde la singgah mane2, terus direct pegi Kajang. Aku rase aku familiar ngan area umah die tu sebab ade member aku dok sane. Macam mane pun aku takmo la konfiden sangat kan sebab aku ni memang Ratu Sesat. ahahahha :))))

Alhamdulillah, perjalanan aku lancar dan aku tak sesat pun. Selamat aku sampai kat bawah apartment die tu tanpa sbarang guide daripada die. Die turun, aku suruh die drive. Kitorang pegi makan and mule la sesembang. Aku hepi sangat2 dpt jmpe die. Aku rase, boleh tengok la rupe aku yg excited tu daripada air muke aku time tu. Mesti muke aku berseri-seri giler hahahahaha. 

Then da abes makan, kononnye nak balik. Tapi aku rase macam sekejap sangat la pulak. die ajak naik rumah die sesembang kat atas. Errrrkkkk... Aku pun geleng je... Kate die adik die kuar. Lagi la aku taknak. Sorry ye... Sudahnye, Kitorang pun sambung la bersembang kat kedai makan kat bawah umah die tu. Memang kitorang kepala masuk la. We can talk about everything plus he is a good listener. Masa pun da time. esoknye aku pun keje lagi. Around 12.30 aku pun blah dengan hati yang berbunge2 gembira.  


End of Part 1...


Thank you sudi bace :)

Sunday, March 25, 2012

What is Love? Love is....

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Selamat hari ahad.. ehehehe... Aku bekerja hari nih. So, seperti yang digembar gemburkan dalam entry yang lelepas, kalau keje weekend nih agak kelapangan sket sebab kes tak banyak n call yang masuk pun tak betalu-talu. Hee... So, i spent my time buat some editing on this popular cartoon series.. "Love Is..."

Today, i want to elaborate what the meaning of 'LOVE' in simple way. Ehe.. Memang mudah la sebab pkai cartoon. So, Layan je la ea... Korang akan geram ngan drawing yang cute hasil creative cartoonis from ©2012 Tribune Media Services.

Single frame cartoons series nih popular la kat L.A. Aku suke sebab the drawings and words were simple and mudah difahami even at young age. As simple as the cartoons are, diorang selalu bawak universal message of love dan advice yang bagus in term of relationships. As an adult, aku faham kenape the series has been so popular for so long throughout the world.

So, ape lagi.. Layaaannnn....   

 Credit to ©2012 Tribune Media Services


Thank you sudi Bace :) 



Saturday, January 28, 2012

Fav Song : Mulanya Cinta by Siti Nurhaliza

Assalammualaikum.. Selamat petang. 

Aku antara peminat Datuk Siti Nurhaliza. walaupun tak brape fanatik la kan. Tapi minat la.. Sangat2 minat ngan suara die yang sangat merdu, tambah plak ngan muzik yang best. Sudah tu, lirik lagunye pulak buat aku terawang2.. hehehehe. Tak payah nak terawang sangat la MD kan. ahaks.

Okey, aku nak persembahkan lirik die dlu. Mintak izin ya Kak CT..

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih Sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama 

Haaaa haaiiicchhheeeehhhh... layan blues nampak pepetang nih ahaks.. :P

Aku nak citer nape aku ske lagu neh.
First of all, mmg la lirik die best kan.
Tapi maksud tersirat lam lirik tu buat aku lebih tersentuh la.
Aku adalah seorang yang sangat susah nak sayangkan seorang lelaki a.k.a nak menerima kehadiran seorang lelaki lam life aku.
Bile aku da sayang, aku mmg sayang bebetul.
Zaman sekolah, zaman belaja dlu, adalah zaman sesengal n berhingus.
Pada aku aku tak ambil kira la.

Aku ade sayang kan seseorang.
Aku mmg takmo hebah2 kan tuan empunya diri itu kat alam maya neh.
Bayangkan esok2 kalau takde ape2 da, da nak kne remove name ke pic la bagai kan.
Unless aku da kawen, tu lain ar citer die.
So, better la aku tak mention siapakah gerangannye hehehe.
Cuma aku nak kate kat sini, aku memang appreciate sangat ape yang aku dok ade skang nih.

So, bile aku terdengar lagu nih, aku terase sedikit sayu.
Aku terase perasaan bercampur baur.
Aku tak marah, aku tak geram.
Aku cuma sedang belajar untuk menerima hakikat.
Sebab kisah kami nih complicated sket. 
Andaikata ape2 terjadi, kawen ke, terpisah ke...
Aku nak selalu ingat, n aku nak dia tau, diala cinta pertama aku.



I dedicate this song just for u... Abang

Thank you sudi bace :)

Friday, July 15, 2011

Heart : Berpautlah Padaku

Semalam aku jumpa dia.. orang yang selalu beri aku kata2 semangat.. tiba2 lemah, tak berdaya..
ketara giler perasaan kecewa kat muka die. kecewa sebab kawan baik, bekas teman sekerja, tak nak tolong time die sesak.. dah la taknak tolong. menambah lagi susah die. kesian sangat. die pun da buntu tak tentu hala. tu yang datang jumpe aku pepetang tu.. aku kan balik keje kul 8. kul 5 die da terpacak kat depan opis. aku suruh die balik rehat dlu. tetibe aku terase nak menulis puisi.. khas buat abg tersayang...


Dia sedang bersedih
Aku hanya mampu memandang..
tak dapat berbuat apa-apa

Sesungguhnya engkau begitu tabah.

Air matamu tidak mengalir walau setitis
sedangkan aku sudah merasa hiba
bertakung air di kelopak mata
mendengar kisah sengsaramu

kau juga berkata, tidak adil untuk ku
merasakan derita yang bukan aku punya
namun aku berfikiran berbeza
bahawaku harus sentiasa di sisimu

menjadi tiang supaya kau boleh berdiri
menjadi dahan tempat kau berpaut
walaupun kau rasa sudah tidak mampu
aku akan sentiasa menyokong dan membimbing mu
selama mana yang aku mampu


Monday, June 27, 2011

Heart : ~Percaya Cinta~

erm.. aku nih tgk dok belajar2 cipta lagu n lirik sendiri... sekian lame mengodek gitar.. akhirnya aku berjaya gak.. takde la sedap mane.. but... ini la hasil nurkilan aku yang pertama...

#Chord : C, G, Am, F# (ulang2 je 4 chord nih.. senang je kan?) heeee ^___^

Aku percaya, adanya rasa cinta,
Dalam diriku namun tersimpul rapi,
Tiada siapa yang dapat melerainya,
Aku tak percaya mereka semua

Namun bisakahku menolak takdir yang Esa,
Menemukan ku seorang lelaki yang sederhana,
Dia menyenangkan,
Dia menghiburkan,
Dia mengingatkan ku pada rasa kebahagiaan

Aku terima andainya ini takdirku,
Membuka hatiku dan serahkan cinta padanya,
Kini, aku percaya indahnya perasaan...
Mencintai dan dicintai..

erm.. ok tak lirik die? takde kne mengena ngan sape pun.. just idea yang muncul pepagi bute nih jer ngeh ngeh...

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...