^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label * hikmah *. Show all posts
Showing posts with label * hikmah *. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

I've Lost All My Beloved Pictures!!!!



Koraaaannnnngggggggg!!!!!!! 
Aku nak mengadu nieeeehhhhhh!!!!!! 
Dengar laaaaaa!!!! 
*haha, mesti penat kan tgk banyak giller tanda seru. memang saje nak menunjukkan ke'stress'an aku nieh. hoho

I have lost my external hard disc which I treasured all my pictures and files in there!! Actually, it was a robbery. My red chilly handbag has been robbed last month. And as you all knew, most of woman, their handbag is her soul. Hehe. Many important things i put in there gone with the robber. Huh... including my External hard disc.

Ohhhh Eeemmm Geeee!!!! Astaghfirullah..... Sabar aje la aku. Wallet ilang, aku leh terima lagi, dalam tu ade macam-macam document diri kan. Tab aku ilang, dengan menda-menda kekecik yang lain, takpela, aku halalkan. Tapi aku paling frust skali External hard disc aku ni la.

Weeeyyhhh!!!! Korang bayangkan laaaa. Gambo dari zaman aku tok kaduk *err betul ke ayat aku nieh. Kirenye zaman aku muda belia tu la. Lesap begitu sahaja. Semua gambo and video aku ada di situ. Diulangi, semuaaaa..!!! Sob sob sob... Mujur la ade antara gambor tu aku ade upload lam social network aku. N ade sesetengahnye aku save lam PC kat opis aku. 

So, bolehlah kiranya lpas ni aku collect, kutip kutip balik memane yang dok hado tu. Semua nanti aku nak letak lam satu pendrive n ia akan disimpan di dalam peti, di dalam almari, di rumah *hahaha tersangat poyo kan. Cmane pun video aku, kebanyakannye tak dapat diselamatkan. Terutamanya video n gamba anak buah aku dari hari ke-2 die lahir. Terlalu banyak gambar die sahaje. Mane la nak dapat lagik semua tu kan. Memang takde la citer die memandangkan memang dari camera aku mase tu hehehee. Ade jugak video mase family vacation ke Sabah n pulau pulau sekitar die. tak jual kat kedai punye. Subahanallah, redha je la aku.

***Psst - nanti aku citer pulak cmane kejadian berlaku sebenar benarnye ahakkss..



Jom kite layan page aku yang ala-ala galleri untuk picture2 aku tu dekat sini. Skang ni tak la banyak lagik gambonye. Aku akan hapdet dari semasa ke semasa. Inshaa Allah selagi ade kederat dan selagi aku diizinkan untuk berblogging. Amin.... ahakss.




Sunday, September 22, 2013

50 Reason Why You Must Involve in Business


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Aku baru-baru ni pegi ziarah mak kepada kakak ipar aku. Aku panggil die mama. Mama ni seorang yang berjaya dan kaya-raya. Pasal die buat bisnes sendiri n macam-macam bisnes die ade. Alhamdulillah, dalam banyak2 menda aku sembang ngan mama nieh, ade satu menda yang aku paaaaling suke (yg len pun suke gak, tapi yg ni paaaallliiinnnggggg suke heh). Bile bersembang, die selalu pesan kat aku satu perkara. 

"Na, buat bisnes Na... Na nak buat bisnes ape, bagitau mama... Nasi Lemak, Chicken Wing, Western, Direct Selling, Butik, cakap dengan mama. Mama boleh bagi idea, mama tolong. Inshaa Allah, mama takde la pandai sangat, Na. Tapi nak ajar selok-belok bisnes ni boleh la sikit-sikit,"

HHuuuiiiii... Orang dah hulurkan tangan, kenape aku tak sambut kan. Tolak rezeki tu name die. Tak baik sombong2 heheehe...

Aku nie memang minat nak berniaga. Sebab aku rase aku ade ikot perangai bapak aku. Bapak aku ni suke buat bisnes. Adik beradik aku pun kebanyakan nye buat bisnes memasing. Ade bukak carwash, ade buat printing, ade buat studio jamming, ade gak yang jadi consultant bebas. So, aku pun tak nak terlepas.  

Aku rase semua orang pun tahu yang junjungan besar kite Nabi Muhammad SAW pun berniaga. 9/10 hasil rezeki datang dari berniaga. Sunat andai kata kita pun buat bisnes :) Dulu aku pernah je ade bisnes sendiri. Tapi bese la, pengalaman kurang, melingkupla.. Mungkin Allah tgk aku belom bersedia nak jadi usahawan kot huhu.. Inshaa Allah lpas ni da lebih bersedia, sape tau kan. huhuhu 
Dan dalam aku dok piker-piker nak berbisnes, ade lak member aku kat FB nieh pos mendalah nieh... (aku tak brape kenal die nieh.. Die add aku atas member FB aku yg len n post-post die sangat membina) 

Aku pun -> Wwwaaarrgghhhh!!!! Mane die taw aku tgh piker pasal bisnes-bisnes nieehhhh hohohoho.. So, menda baik ape salahnye aku share untuk manfaat kite bersama kan.
Jom kite bace manfaat berbisnes nieh. Penerangan mudah "Why you must run a business".


50 dalil Mengapa Anda Perlu Terlibat dalam perniagaan :

KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA
1. Dapat menumpukan sepenuhnya perhatian pada keluarga.
2. Mendidik disiplin anak2
3. Menjadi ibu bapa yg berkualiti
4. Boleh memberikan pendidikan yang baik kpd anak2
5. Membina perniagaan bersama pasangan dan diwariskan pada anak2

KERJAYA ANDA
6. Membina kerjaya jangka panjang.
7. Pilihan masa dan tempat di tangan anda
8. Bekerja dengan insan yang mahu menolong anda
9. Bina masa hadapan yang cerah
10. Jadi ketua pada diri sendiri.
 
PENINGKATAN DIRI
11. Belajar bersabar dalam membina kerjaya
12. Belajar beriman dan belajar bagaimana hendak menjadikan impian itu satu kenyataan.
13. Semakin positif dalam pemikiran dan kehidupan
14. Meningkatkan daya imiginasi
15. Semakin bermotivasi
 
KEWANGAN ANDA
16. Keselamatan kewangan dlm jangka panjang
17. Dapat lebih drp yang anda perlukan
18. Menambahkan harta
19. Dapat membeli harta sendiri
20. Tiada kerisauan kewangan
 
TINGKATKAN KEJAYAAN
21. Impian jadi kenyataan
22. Pergi ke mana sahaja yg anda mahu pergi
23. Tunjukkan kpd diri anda dan dunia bahawa anda hebat
24. Pemikiran anda sentiasa sukses
25. YA KEPADA KEJAYAAN dan TIDAK KEPADA KEGAGALAN
 
MENCAPAI PERSONALITI DAN MATLAMAT
26. Hidup dalam suasana pencapaian personaliti yang hebat dan bermatlamat.
27. Belajar skill yang anda perlukan dan raih kejayaan
28. Tahu apa yang perlu anda lakukan dan capai kejayaan
29. Ada alatan yang diperlukan untuk capai matlamat
30. Hidup dalam suasana dunia mencapai matlamat mengikut plan.
 
MANUSIA YANG BERURUSAN DENGAN ANDA
31. Bebas bekerja dengan sesiapa sahaja yg anda sukai.
32. Rakan anda orang orang yang positif
33. Anda sentiasa dimotivasikan.
34. Dikelilingi manusia berjaya dan sukses.
35. Memperuntukk­­an masa dengan insan2 yang juga berkeinginan untuk berjaya
 
TINGKAT KUALITI HIDUP
36. Dapat banyak masa bagi rehat
37. Enjoy dalam kehidupan
38. Fokus impian dan berkeupayaan menjadikannya kenyataan
39. Minda yang tenang
40. Menyelesaikan masalah melalui jalan positif.
 
CIPTA KERJAYA BERJAYA MASA HADAPAN
41. Sentiasa melihat masa hadapan mengikut jangkaan yang positif.
42. Perniagaan yang menukar tabiat dan sikap anda dalam semua segi.
43. Memantau tunbesaran anak2 setiap masa walaupun sedang berniaga.
44. Membina hubungan baik dgn Tuhan, keluarga dan lain2
45. Kehidupan menigkat menjadi baik setiap masa setiap cara.
 
BINA KELAINAN DALAM KEHIDUPAN
46. Tolong orang lain bina kehidupan yang lebih baik
47. Buat sesuatu yang penting dalam hidup.
48. Kongsi kejayaan dengan orang lain.
49. Tolong orang lain bina hidup baru.
50. Penting kepada orang lain.
 
Bile bace balik bebetul, ini lebih kepada bisnes networking kan ^_^. But it's ok. Kita amik yang mana yang positif (semua positif kan) > means, mane-mane yang kite rase sesuai ngan kite la :D) hoho. 


So, da termotivasi. Yeay!! Aku rase lpas ni aku kne bebetul pilih ape yang aku nak buat. Walaupun aku tahu, nak berjaya bukannya mudah, bukan senang nak senang. Aku penah bace yang setiap kejayaan tu ade kisah pahit di sebaliknya. But, why not kan merasa. 

Hidup ni kan berwarna warni. Aku takmo terlepas peluang untuk coretkan sikit salah satu chapter lam hidup aku melalui dunia perniagaan. Aku nak buat semua menda!! Semoga Allah perkenankan dan permudahkan perjalanan kita semua. Amin. 

Thank you sudi bace :D



Thursday, May 16, 2013

Gedebab, die jatuh..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Haaa amek kau.. Sampai 2 entry aku hari ni.. Sebenanye ade lagi, tapi aku rase better la update sehari satu. eheeee... tu la name die istiqamah kan. Masalahnye aku ni tak istiqamah. Hohoho... Takpe, same2 kite muhasabah ye.. Inshaa Allah. :D

Aku tak terpk pulak nak citer. Tapi bile dah duduk lame mengadap laptop aku ni, tetibe terase sakit kat tulang tungkik ni. Adoiii.. Kenape sakit sangat ni. Lepas tu baru la aku teringat, rupenye aku jatuh tadi. 

Adoiiii la astaghfirullah, sakit sangat. Entah macam mane lepas mandi pagi tadi, aku tergelincir. mak aku pun dengar, terkejut. 

Aku keluar dari bilik air. aku mmg dah biase kalau sebelum keluar bilik air aku akan lap badan aku kering2. tinggal tapak kaki je la. Selalunye, nak keluar dari bilik air tu aku akan landing kaki aku dekat lapik kaki yg ade kat depan pintu bilik air tu. Tapi kali ni lapik kaki tu macam jauh sikit. Aku pun luaskanlah langkah kaki aku. 

Nak jadi citer, once aku jejak je kaki aku kat lapik kaki tu, terus aku tergelincir. 

GEDEBAAABBBB...!!!!!!

Sekali jatuh terduduk daaaa... Terdiam aku sekejap. Mak aku yg kat ruang tamu terus tanye bunyi ape. Lame gak la aku nak jawab. Lpas mak aku panggil 3-4 kali, baru aku jawab. Hohoho. Bangun masuk bilik terus buat tak tau. Ahaks :P

tapi sekarang ni baru aku terasa sakit. mak aih, dlu da penah terjatuh sekali mcm ni kat hutan. ni jatuh lagi. Astaghfirullah. Semoga aku sihat dan sejahtera selalu. amin..


aku rase kene letak la tande mcm ni kan kat depan2 bilik air heheheeh :p


Thank you sudi bace :)


Friday, May 3, 2013

Penunggu Gila


Aku yang selalu menjadi si penunggu gila..
Kepada para sahabat yang kuanggap adik @ kakak @ abang.
Sumpah setia ikrar teman sejati
Janji bersama sehidup semati
Sehingga terpisah kerana mengejar cita
Masing masing mengejar mimpi

Namun hari tak selalu cerah
Di kala terpisah oleh masa dan keadaan
Sering terjadi sesuatu tak dijangka
Mereka yang kuanggap darah daging
Tinggal kan daku tanpa sebarang berita.. 

Adakah kerana berjumpa teman penghibur jiwa.. 
Aku tahu jikalau aku adalah seorang yang membosankan..
Tidak ku halang kau menambah kenalan. 
Tak juga hairan kau lebih selesa dengan yang lain
Namun tak perlu kau membuat tanggapan awal
Sebaik mendengar perkabaran
Tentang hal yang tak tentu asal usul & sahihnya

Sebaiknya kau terus bertanya
Daripada mempercayai sumber yang baru dikenal kulit
Sedangkan kita rapat lebih dari isi
Aku akui ada membuat kesilapan
Aku juga ingin membuat pengakuan dan memohon kemaafan.
                                                                
Peluang nampaknya tak menyebelahiku
Apapun suratan, Allah jua Maha mengetahui
Sungguh halus perincian yang Dia titipkan
Sehingga tak terhidu akan kemalangan sesuatu
Aku syukuri setiap yang terjadi

 Semoga setiap perkara buruk yang terjadi
Terselit sebuah keindahan yangtak terperi
Kerana aku percaya
Setiap dugaan, pasti besar ganjarannya
Sesungguhnya manusia hanya merancang
Allah juga merancang, namun perancangan Allah juga yang pasti.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya
Manusia pasti boleh berubah
Walaupun susah tapi boleh
Kerana kehidupan bukanlah suatu perjalanan yang lancar untuk berjaya

Semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua
Ke jalan yang diredhaiNya.
Amin...

Thank you sudi bace :)

Wednesday, March 20, 2013

Night Shift vs. Day Shift

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera...

Fuuhhh... da lebih 2 minggu aku keje shift malam. aku upe pulak nak menghebahkan ke seluruh rakyat jelata perihal aku keje shift malam ni. eheheheh :P

Bukan ape.. aku kebosanan la. malam2 kesunyian aku buat keje sesorang. mujur la ade kawan2 chat yang jadi burung hantu (jenis lewat tido malam), ade jugak yang same macam aku, keje shift malam. ehehehe. ade gak yang rajin datang umah tolong temankan aku keje (die tido, aku keje). ciss.. nnt aku belanje minum ea. ahaks..

Actually, aku suke la keje malam ni. sangat2 rileks n chill. Aku tak perlu berkejar2 nak pg opis. Tak payah nak pk pakai baju ape, bole buat keje sambil buat aksi-aksi akrobatik ke, atau pun berguling-guling. Plus aku bole on keje aku everywhere n anywhere, tapi ade syarat. Syaratnye, mesti la ade internet. Dan Alhamdulillah, company bekalkan aku Laptop, Internet broadband ngan smartfon sebijik. tq Boss, I love u Boss. ehehehe :P

Bile da keje shift malam ni, aku rase jatuh cinta pulak ngan shift belah malam. macam nak pg jumpe bos, Boss, i nak sambung keje shit malam for next 2 years, bole? hahahaha.... bising la teammate aku kan. derang pun nak jugak hehehe..

macam ni la lebih kurang tapi aku bukan kat opis.


Apepun, ade gak pro n cons die. Heeee.... Kekurangan die, adelah... Aku selalu terbabas nak tido. Terutama lepas subuh. Haa mase tu la paling mencabar sekali ahaks. Ye la, mane taknye, sepanjang malam kalau keje tu aku tak mengantuk pun. tapi aku mengantuk bile da lepas subuh lam kul nam lebih ke kan. Mule la mate aku ni nak terpejam - pejam hahahahaha... 

kekadang aku da mengantuk ke, atau aku tgk keje tak banyak, aku lelap la kejap haha

Ade la gak lagi yg aku rase masalah sket. Setakat ni lom pernah lagi la aku mengalaminye mase dok keje kat rumah. Iaitu masalah internet broadband. Kate la tengah tengah dok syiok loading email ke, atau surf internet ke kan, tetibe internet takde. Broadband hang ke ape ke, haaaaaa maknenye terpakse la aku keluar untuk carik mamak ke, atau memane kedai 24 jam yang leh access internet. Kate la time tu awal lagi, sebelum pukul doblas tengah malam ke, takpe la gak. Bayangkan tetibe internet tu takde time pukul 2-3 pagi, hehehehe... masak la aku nak keluar time time gitu :P (sudahnye balik la rumah parents aku kan)

Apepun, aku ok je la, seronok, mase aku pun banyak gak yang terluang sebenanye. Bulan 3 pun dah nak abes. so, bulan 4 nanti aku akan bekerja siang seperti biasa. OMG!!!! hehehe layan je la kan. name pun rezeki.

Aku harap korang memasing hepi ngan keje korang, kalau tak hepi, sila roger aku, aku ade tmpat best - Baek punye!! Kalau korang nak cube la kan. Okeh la, nak out dlu. tata...

Thank you sudi bace :D 



 

Friday, June 29, 2012

Mohd Amar Asyraf... a.k.a Mohd Alif Imran : Part 2

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Allah Maha Besar. Segala puji hanya bagi Allah. Mungkin rezeki Amar, ada keluarga yang nak ambik Amar jadi anak angkat. Dalam masa yang singkat, ramai yang bertanya kalau-kalau ade keluarga yang dah kompem amik Amar jadi anak angkat termasukla kawan kakak aku yang da kawen lame tp belum dikurniakan anak. Ibu Amar takde, jadi, aku la yang deal sementara, aku kate, belum ade persetujuan lagi dari pihak ibu dengan mane2 keluarga.

Aku pun just jalankan tanggungjawab yang ibu Amar bagi pada aku. Tapi mase pun da suntuk... Kawan aku yang pertama tolong jaga Amar tu pulak da berkenan nak jadikan Amar anak angkat. Heee... She's married with her husband since 2009. They still don't have any child. Bukan tak berusaha. Tp belum rezeki lagi kan. So, die terfikir la nak amik Amar jadi anak angkat. *sebelum ni die penah nak amik anak angkat, tapi mak budak tu pulak amik kesempatan.

Pada aku pulak, tak ada salahnya.. *Allah Maha Mendengar, Dia bukakan pintu hati kawan aku ni untuk amik Amar jadi anak angkat. Alhamdulillah... Kawan aku tu (Jenama D : bukan nama sebenar) mmg baik, die, suami die, adik beradik die, mak die, sedare mare die. Kebanyakan nye aku kenal la. Pendek kate family die memang baik sangat. dalam mase yang sama, ade jugak kawan kakak aku tu nak jugak amik Amar jadi anak angkat.

Sebelum buat keputusan tu, si ibu Amar nih ade la jugak beberapa konflik dan kekeliruan. Akhirnya, akur dengan ketentuan Allah, memang Amar tu rezeki kepada keluarga member aku tu ngan suami die. Sebelum tu pun aku tgk suami die da mmg sayang kat Amar. Ibu Amar pun dah datang tgk sendiri keluarga yang amik Amar *sebenanye mmg Ibu amar ngan member aku tu da kenal pun, cuma tak rapat.

Alhamdulillah... Semua berjalan lancar. Aku pun yang pada awalnya sebak n asik nak menangis tak hengat sbb kesian kat Amar, skang da lega sebab Amar pun ade kat bawah jagaan orang yang pada aku mmg bertanggungjawab. Family die pun baik2 belake. Aku kenal adik beradik n mak kepada keluarga baru Amar nih. Oppsss... Amar da ade name baru.. Family die register aritu Mohd Alif Imran. mmm sedap jugak. Tapi kat mulut aku ni laju je sebut Amar kalau bersembang dengan kakak aku hehehe..

Keluarga kawan kakak aku tu pun akur la yang die belum ade rezeki untuk dapat anak angkat. Insya Allah ade la tu nanti kan. Aku pun da lame jugak tak pg jenguk Amar. Aku tgk Mak barunye je la yang rajin upload pic n tagged aku kat pic tu hehehe... Makin bulat Amar aka Alif. Ibu Amar je la yang rajin pg tgk anak die. Member aku pun Alhamdulillah, takde halangan ape2 andaikata Ibu Amar nak datang jenguk.

Selamat lahir ke dunia Amar Asyraf. Aunty doa hidup Amar diberkati Allah dan terpelihara dari fitnah dunia. Semoga menjadi seorang yang jujur, amanah, soleh dan tidak sesekali menzalimi diri sendiri dan org sekeliling terutama sahabat2 sendiri. Mungkin Amar akan buat salah silap sbb manusia mmg tak sempurna tp Aunty harap setiap salah tu akan jadi pengajaran utk Amr jadi lebih baik. Aunty doa Amar capai bahagia dunia akhirat - Doa dan harapan daripada kakak aku kepada Amar @ Alif :)

Ya Allah, aku bersyukur Engkau telah ketemukan Amar dengan keluarga yang baik. Insya Allah, takkan terabai kebajikan Amar sampai la die besar nanti. Semoga menjadi tauladan kepada semua yang tahu kisah ni, termasuk diri aku sendiri. Semoga dijauhkan dari perkara2 tidak diingini. Amin.

~The End~
Thank you sudi bace :)




Tuesday, June 19, 2012

Mohd Amar Asyraf... a.k.a Mohd Alif Imran : Part 1

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pepetang yang sejuk kat opis nih. Aku tetibe teringat satu peristiwa.. baru je berlaku.. tak lama.. dalam hampir due bulan yang lepas.

Erm.. tak tahu mane nak mula.. tapi kejadian ni agak mengaibkan sesetengah pihak la. ape pun aku hanya nak berkongsi supaya jadi pengajaran dan peringatan buat aku n kawan2 yang bace nurkilan aku nih.. heeee.. Insha Allah.

Kawan aku selamat lahirkan anak tidak berdosa. Malam ke-2 lepas dilahirkan tu, family kawan aku tu ade masalah. Terpaksa balik dalam keadaan tergesa-gesa. Anak tak berdosa tu ditinggalkan kepada kawan aku yg lain. Sebab esoknye aku keje. Anak terpaksa diberi susu formula. Rase bersalah sangat2. Ape lagi si ibu yang terpaksa rahsiakan kehadiran anak tu daripada keluarga. Aku tak salahkan si ibu. Dia sendiri pun menanggung sakit, dalam pantang terpaksa drive jumpe keluarga.

Esoknya lepas kerja aku amik anak tu, bawak balik rumah. Jaga anak satu malam. Macam anak sendiri. Tetibe timbul rasa sayang kat anak. Si ibu ade cakap, nak bagi pada orang, sebab tak mampu nak jage. Dalam hati aku bisik, "Biarlah keluarga tu nanti, orang yang kenal jugak," amin... maksud aku, biarla orang baik2 yang kitorang kenal. takmo putus hubungan terus ngan anak tak bersalah tu.

Esoknye, aku pegi jumpe dengan kakak ipar. Kakak ipar simpati, ajak keluar nak belikan sikit keperluan kat anak yang lahir dalam keadaan serba kekurangan. Anak yang baru berusia 3 hari, dah aku bawak keluar2. Takut jugak mase tu. Muke anak pun pucat, aku pun da takut. Macam nak demam kuning anak ni. Dapat beli lebih kurang. Cecepat kitorang balik. Aku rase mcm nak menangis.



Alhamdulillah... Anak tak apa2. Rasa sayang kat anak tu menebal sangat-sangat. Kakak n makcik pun cadangkan saya ambil anak tu sebagai anak angkat n jage sendiri. Aku menangis terkenang nasib anak. Aku panggil die Amar. Mohd Amar Asyraf. Sedapnya nama tu.. Sesuai dengan anak yang putih gebu. Dalam berbincang-bincang tu, Amar tido tenang je. Kakak ipar pun tolong carikkan keluarga untuk anak tu. Aku tak boleh jaga. Aku tak mampu. Mak ayah pun takkan setuju. Aku kuburkan je hajat hati aku tu. Walaupun dalam hati nak sangat2 ambil Amar sebagai tanggungjawab aku. "Allah tahu aku belum bersedia," hati aku cakap.

Esoknya aku kerja. Aku kena hantar anak ni kat rumah orang yang jaga Amar semalam. Beratnye hati Allah je yang tahu.. Sepanjang perjalanan lam kereta Amar tido n tak meragam pun.. die pun faham agaknya takmo menyusahkan orang. Dan sepanjang jalan tu la aku menangis. Mengenangkan nasib Amar. Insha Allah.. Semoga Allah da rencanakan yang terbaik untuk Amar.

~End of Part 1~

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...