^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label * knowledge *. Show all posts
Showing posts with label * knowledge *. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Redha :D



Apabila Kita REDHA
Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, 
Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu 
Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka :)


Thursday, March 22, 2012

Visitor @ iSWec - Infosecurity World Exhibition & Conference 2012

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Aku kebetulan off ari ni.. My BFF Auchak Ika a.k.a Ika kol aku pepagi hehehe... Aku baru plan nak mengemas umah sebenanye sebab aku tgk rumah aku tu berhabuk berdebu macam setahun tak bersapu. Wakaka.. (Rumah aku menghadap ke jalan yang agak sibuk. Mudah berhabuk.)

Hurmmm... Kne pk bebetul balik nih... Ika ajak aku pg tgk pameran cyber security? Biar betul? Aku rase aku hanya akan ternganga je kot nanti kat sane hahaha... Memula aku malas nak pg. Tapi aku rase mcm cian pulak si Ika neh. Bos die suruh pg. Die plak kate "Aku rase tempat tu mesti bosan giler.. Dah la bukan bidang aku" Ermmm... Bos die suruh pegi sane on behalf... Ouuhh... Bese la, company die kan buat bisnes Cyber Security. Ekceli aku bukan la paham sangat company die buat ape. tapi company die dijemput, so, kne la pegi heheheeh... 

Hurrrmmm.... cian plak die. Aku pk2 balik, takpe la... pegi majlis ilmu kan. Walaupun tak faham, aku leh gak nak tambah2 pengetahuan hehehee. Yang best tu, nak pegi naik tren.. yeeeeeehhhaaaaawww!!! :P haaa... mujur la pg opis hour. ok la tu, tak terlalu sesak. aku pun drive la sampai LRT Pandan Jaya, park sane, then jumpe Ika kat PWTC. ok la tu. lame gak tak jumpe Ika.

Sampai sane, diorang tanye aku "You dari company mane?" Hah? Terkejut aku. Aku kate aku datang as personal visitor, bukan dari mane2 company. tapi aku bagi jugak la name company aku alang2 company aku pun buat IT Solutions :) means, make sense la kan kalau aku pg pun ehehehehe :)))

tu yang kat atas pass aku tu tulis name ngan name company skali heheheeh... dah nampak macammmg visitor dari company yang nak pg sane buat study :P padahal, aku pusinggg je ikot si Ika. Ika pun takmo lelame kat situ... khatam satu round, kitorang pun blah. lepas tu pusing sket kat The Mall, belek itu ini sket. lepas tu balik hehehe.. 

Ekceli plan nak lelepak minum ke ape... Skali si Ika kne balik opis before 2pm. Mmm takpe la. Aku pun balik je la. Nanti nak jumpe lagi. Leh balas dendam lepak lain plak. Ehehehehe... Ape pun thanks to Ika sebab bawak aku pg majlis ilmu macam tu. Aku mmg suke kot.. Ehehehe... Lenkali ajak aku lagi ek Ika..

p/s : da lame tak eksesais macam tu. sakit gak pinggang hahahaha... :P

Thank you sudi bace :)   

Tuesday, October 25, 2011

Jenis Darah vs. Personaliti..?

 Aku mmg ske nak belajar pasal personaliti nih.. macam aku slalu cakap haha... ni plak pasal personaliti dari jenis darah.. aku darah jenis B... na aku rase ade la gak yang macam perangai aku haha....
jom tgk, korang darah jenis ape.. hehe

 
1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:

Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.


Thank you sudi bace :)


RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...