^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Showing posts with label hikmah. Show all posts
Showing posts with label hikmah. Show all posts

Tuesday, April 30, 2019

My Journey As Busker (2) : Busking Duo VS. Busking Solo


Bismillahirrahmaanirrahirahim

Assalammualaikummualaikum,

Bermula Busking Duo

Pergh, lepas dah brape bulan jalan job busking nih baru dapat nak up entry kedua. Sebenanye ade few issues yg buatkan aku tak terhapdet kisah seorang biduan ku ni kahkah. Alasaaaaan je la ko Diyana kan. Sebenanye, laptop la problem. Tapi takpe, kita jangan citer masalah. Skang nak citer terpat pertama aku busking. Ni kira macam throwback sket la kan.

Aku mula busking sebagai Mall Musician (gelaran yang aku guna skang ni la), berdua dengan sorang brader ni. Gelaran die dari dulu org kenal sebagai Zoro. Die dulu DJ karaoke. Sekarang lebih aktif berbusking dengan instrument yang pada aku sangat romentik n ekslusif, 'Seksafon'.

Jadi bermulalah kehidupan aku sebagai seorang busker di dalam shopping mall. Aku duo la ngan brader Zoro ni. Lebih kurang 2-3 minggu jugak la aku follow die. Memang ingat nak terus je la perform berdua ke sana sini. Tapi brader Zoro ni cakap, yang die selama ni memang gerak sorang. Jadi dia kata dah cukup dia ajar dan tunjuk cara macam mana busking.

Jadi dengan duit yang ada, dia tolong aku carikan satu portable speaker untuk kemudahan aku bergerak seorang diri. Cuak jugak memula bila fikir "Aku nak kene busking sesorang?" aiyarkk!! Hahaha

------------------------------------------------------------------

Busking Solo 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Aku pun senang je la jumpa equipment untuk aku berkerja. Tak lah lengkap mana. Tapi yang penting penting la. 

Maka bermulalah kisah aku busking solo. Mula mula kekok jugak. Tapi aku fikir, alang alang dah buat, baik buat betul betul. Dan tempat pertama yang aku busking is Hartamas Shopping Center. Alhamdulillah collection pertama busking solo lebih daripada jangkaan. 

Terharu pulak dengan penerimaan dan penghargaan semua org. Ape pun tq dekat Aunty Nora & Uncle John. Banyak tolong dan support. Kak Anis receptionist pun baik sangat. Terima kasih semua. 

Dan aku rasa ok kot busking sorang. Taklah seteruk yang aku bayangkan. Aku je yang suka fikir bukan bukan huhu. 

Okay korang. Thank you sudi singgah sini. 
Sudi sudi lah jugak singgah tengok aku punya Youtube Channel - Martika Diyana. 

xoxo, 
Martika Diyana


Monday, November 12, 2018

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

JIKA MANFAAT SILA SHARE
"TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA"
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?
Sumber : Facebook Bob Rich

Thursday, March 17, 2016

Word Of Wisdom

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum




"Jika kita boleh menelan sepahit-pahit ubat yg diberi doktor untuk sembuh dari penyakit, kenapa tidak kita menerima sepahit2 dugaan Allah untuk keindahan hikmah di sebaliknya" Wallahualam :)

Thursday, July 10, 2014

Kelebihan Membaca & Mendengar ayat- ayat Al Quran al Qareem

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtara.

Wah.. mesti korang yang rajin jengah teratak buruk hamba ni bosan kan. Asal bukak je, menda yang sama, asal bukak je menda samaa je. Haiihhh... da takmo berbelog ke tuan tahan kedaoung nih? Hehehehe... Aku dihidapi penyakit misteri. iaitu Penyakit 'M'. Sebab ape misteri? sebab die datang n pergi bile2 masa n takde ubat yang boleh menyembuhkan die kecuali diri sendiri. Huhuhuu.. Adeeeyyy... Maafkan lah hamba yang khilaf ni. Sempena bulan Ramadhan Al- Mubarak nieh, aku nak mintak korang doakan aku jangan nak berpenyakit 'M' sangat. Ahakkksss... 

Ok, back to the topic as per title, aku sebenanye teruja bila ade salah seorang drp bekas lecturer mase aku buat diploma dlu post status kat FB die. Aku panggil die Ustaz Tarmizi. Manis orangnye, tapi dah berkahwin. Hoho :P

Makanya, aku nak share kat sini kelebihan membaca ayat-ayat alQuran. Sebab apa? Aku sebenanye dari semalam baru plan nak download surah-surah n ayat-ayat alQuran ni kat pendrive aku sebab nak pasang lam kete. So, bile terbaca ni, excited lebih la. Haha. Jom kita perbanyakkan / mengamalkan membaca al-Quran ye kawan-kawan. Inshaa Allah banyak fadhilat dari-Nya. Wallahualam.

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN???

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN



Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

🌿AL QURAN DAN PENYEMBUHAN🌿
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

🌿AL QURAN DAN SEL KANSER🌿
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

🌿AL QURAN DAN MOLEKUL AIR🌿
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

🌿AL QURAN DAN KETENANGAN🌿
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

🌿AL QURAN DAN VIRUS🌿
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

🌿AL QURAN DAN BAYI🌿
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.


Haaaa, macam-macam manfaat yang boleh kite dapat dengan baca alQuran kan ^^
Nampaknye dah boleh mula lah hehehehehe Inshaa Allah pelan-pelan, kite istiqamah & muhasabah.
Oh, aku lupe lah, andai ada antara kita ni yang mungkin baru nak bermula mengenali alQuran, jangan malu jangan segan, belajar lah dari bawah. Takde masalah. Zaman digital ni macam2 cara ada. Namun pada aku yang lebih afdhal, amik la kelas alQuran untuk golongan dewasa. Biarlah kita diajar dengan betul drpd yang pakar. Berlambak-lambak kelas. Silap2 dapat sekelas ngan hakak2 n habang2 retis hohoho (kesitu pulak - terpesong niat, errkk) 



Monday, April 28, 2014

Opportunity - My New Passion ^___^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Orang kate, peluang tu datang hanya sekali, takkan ada kali kedua. Mungkin kalau peluang tu datang lagi, tapi ia bukan lah untuk kita. And kali nih aku nak bercerita tentang peluang untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik :)

Aduuu aku sememangnya gile kalau bercerita bab - bab bisnes nih. Jumpa orang yang se'frequency' dengan aku, boleh tak cukup sehari bertukar-tukar idea. Just tak cukup lagi la kot pengalaman kan hehe. Saba je la aku. Sebab kalau nak citer pasal bisnes ni, aku pernah la jugak cube nak berbisnes. Lame dah kisah ni. 4-5 tahun lepas punye citer huhu. Pernah aku melibatkan diri. Buat bisnes sendiri. Jual Serunding, Popia serunding, Baju, Tudung online. Mase tu aku tak kerja. Aku plan nak focus bebetul. Namun orang yang baru nek merangkak macam aku, and mase tu terlalu banyak kelemahan. So, Alhamdulillah, dengan izin Allah, begitu mudahnya aku terlingkup. Aku pun mase kejadian tu tak la pulak aku nak heboh kat sane sini. Orang-orang terdekat je tau. Aku pun takde salahkan sesapa. Semua atas kelemahan aku sendiri. Aku redha n terima semua seadanya. 

Bukan tak berniat nak teruskan. Cuma masa tu keadaan sekeliling sangat tak membantu n aku akur la yg aku tak mampu nak teruskan ( kesilapan aku kat sini ). Jadi masa tu aku memang struggle la carik keje pulak sambil habiskan sisa2 barang jualan aku tu. 

Macam mane pun dalam hati aku ni kuat sangat berazam yang aku nak sangat jugak-jugak buat bisnes. Bisnes ape? Bisnes macam mane? Anything can do as long as Halal n suits me in dalam keadaan ape pun. Kalau ikotkan paleotak aku ni, semua yang aku pandang aku rase sangat berpotensi nak buat bisnes. Haisyyy.... macam - macamlah yang terlintas kat fikiran aku ni. Padahal modal takde. Simpanan pun masih belum mencukupi huhuhu :P

Niat aku hanya satu. Aku nak jugak berniaga. Kan 9/10 punca rezeki datang drp perniagaan. Semua orang tau tu kan. Tapi ade jugak yang menolak, "Isy, aku tak minat la.. Taknak aku, tak bole bla dengan bisnes-bisnes ni.." Halooo... cakap berlapik sket ea. Takkan nak tolak sunnah Nabi. Cakap la ayat yang lebih sopan sket. Aku tak pandai bab sunnah ni. Just be careful la. Cakap takmo, esok-esok aku tgk ko upload picture handbag, kain meter 'FOR SALE' kat FB/Twitter/Instagram ko. Hohoho. Kan malu balik. Ape pun, as long as perkara tu membaw ke arah kebaikan, Alhamdulillah, takde yang buruk-buruk aku doakan buat semua melainkan yang baik-baik belaka. 

Makanya, aku pun mula mencari, menilai n mencuba macam-macam perkara. Buat research, jenguk peluang sana sini. Tak terkecuali jugak Bisnes Multilevel Marketing yang macam cendawan tumbuh. Ade jugak bisnes MLM yang kate "ko masuk bisnes nih, tak payah carik orang.." padahal yang derang dok cakap kat aku nih, aku nih bukan orang ker? Hahahaha janganla sampai nak menipu. Ape pun, aku masih ade kepercayaan kepade sesetengah bisnes MLM nih. Kalau tak, takkan la ade fakta yang kate industri yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi dunia adalah industry Network Marketing kan hehehee. Diulangi, Fakta okkeh. 

Alhamdulillah. Setelah lama mencari-cari, mencuba itu dan ini. Finally!!! Alhamdulillah, Allah ketemukan dengan satu bisnes yang pada aku sangat menarik minat, n segala deria aku ni lah. Huhuhu. Orang yang bertanggungjawab kenalkan aku adalah adik aku sendiri. Oppsss.. Sebelum itu, bisnes ade macam-macam ea. Bukan semestinya MLM. Untuk pengetahuan semua. Ini memang bukan MLM. Hehehee. Kalau bukan MLM ape? Hehehe malas la layan soalan korang. Meh nak citer.

Jeng Jeng Jennnngggg. Bisnes yang dimaksudkan adalah bisnes trading. Modal sangat kecik tapi inshaa Allah pulangannya sangat tinggi. Aku baru je sebulan terlibat dengan bisnes ni. Buat pun part time je. Aku kan keje kat Cyberjaya. Sangat tak mengganggu jadual aku. 

Ape pun, Syukur Alhamdulillah dengan peluang yang Allah berikan. Kalau ade kawan2 yang nak buat part time jugak, jadi Agent ke, stokis ke, roger je la aku. Aku selalu ade kat area Cyberjaya - Cheras - Ulu Klang. Mane tau boleh bantu dapat duit-duit tepi. 

Apekah produknya?

Tarrrraaaaaaaa..... Inilah dienye. Produk supplement. Royal Collagen name die. 
Kalau takmo buat bisnes pun, nak pakai aje pun bole. Sebab produk ni sangat bagus. Collagen biasenye kan untuk kulit. Tapi yang terbaiknya produk ni, Die ade terlalu banyak khasiat di dalam nya yang bagus untuk sakit-sakit dalaman. Bukanlah ubat, tapi mampu la nak bantu kurangkan sakit-sakit yang dialami selama ni. Termasukla Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Sendi, Resdung, Lutut, Tenaga batin. Plus, berita baik yg kami terima, ada antara pengguna yang baru consume sebulan dah dapat berita baik - she's pregnant!! Dah setahun lebih kawen tapi belum ada sebarang rezeki. Macam-macam ubat dah cuba. Namun Allah beri rezeki melalui pemakanan Royal Collagen. Alhamdulillah.

Ahaaa... ini picture aku ngan Royal Collagen *mcm hidup pulak kan aku buek
Aku sangat yakin dengan Royal Collagen ni. Happy bile dapat dengar berita baik dari pengguna. Bukan kulit cantik yang kita idamkan semata-mata kan. Tapi kesihatan tubuh badan tu yang lebih penting. Ade yang kate tak makan n whatsoever. It's ok la, pilihan memasing kan. Simple je pada aku, prevention is better than cure. Takmo kuar duit bayar collagen or any other supplement. 

Ini mase aku pegi Soft Launching produk Royal Collagen. Exclusive lagi you dengan paper bag. Majlis buat kat Palace Of The Golden Horses. grand sangat haha :P Ni dengan Stokis (Cik Hasidah - tengah) n Agent (Nur Syamim-kanan) die ni dari Pahang. Credit picture to Precious Royal Collagen - The Art Of Beauty
Tapi kita kene akui kita bukan selalu sihat. Bila satu hari sakit n masuk hospital, kos rawatan lagi tinggi. Aku dah tgk orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku nak usaha ke arah yang lebih baik. Bukan la kite mintak. It's a fact. Bukan jugak cakap besar. Kalau aku cakap besar, takde la aku amik supplement kan hohoho. Aku tengok contoh terbaik mak n ayah aku la. Diorang da 61 tahun dah umur tahun ni. Alhamdulillah masih lagi kuat dan sihat. Mulenye dulu aku pelik jugak. And now i know the secret. Hehehehe. Diorang rajin makan supplement dari muda lagi. Ya Allah, berilah kesihatan berpanjangan ke atas kedua orang tua kami. Amin. 

Ahah. Panjang lebar kan. Itulah die yang aku nak citer. Aku dah kate, kalau bukak citer pasal bisnes ni, boleh buat buku hahahaha. Well, well. I just want to share all good things i know. Wish me luck and I wish all the best to all of you. Love you guys. Mwah mwah. Hahaha :P 



Thank you sudi bace :D

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...