Bismillahirrahmaanirrahim
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Hi gais,
Aku mungkin tak igt pernah citer ke tidak tentang satu group outdoor yang sebenarnya sangat meaningful pada aku. Mungkin waktu tu aku tak aktif lagi berblogging. Bukan berjogging ya gais, sebab iols mmg tak suka jog. Iols suka walk je haha.
Okay, Group yang diberikan nama My Think Box (MTB) ni ditubuhkan before 2010, kami aktif dalam tahun 2008-2009 mcm tu lah. Dengan tagline 'Think Out Of The Box'. Aku tak brape ingat tarikh yang tepat. 4 orang founder group outdoor MTB ni. Abang AJ, Abang Ahd, Wae dan Wak. Kami ni follower depa ler. Masa tu kami berlapan je. Ajib, Nisya, Juju and aku sendiri. Lepas tu ramai yang follow termasuk sahabat sahabat baik outdoor kami yang lain. Tujuan group ni ditubuhkan sebenarnya sebab nak luaskan lagi aktiviti outdoor dan mungkin boleh further dengan peluang perniagaan.
Aku bukan nak citer pasal MTB ni. Perjalanan persahabatan kami dari sebelum MTB wujud, memang indah. Aku dapat ramai kawan kawan daripada sini. Pergi ke banyak tempat yang tak pernah aku pergi. Sampailah kami semua dah makin dewasa n bawa haluan masing masingTapi MTB ni tetap kami tak bubarkan sebab kami sayang satu sama lain sebenarnya.
Tapi tujuan aku buat entry ni, adalah untuk Sahabat kami, salah seorang founder MTB sedang nazak. Yang kami kesalkan, dalam keadaan sekarang (covid19 - RMO) kami tak dapat nak pergi melawat sahabat kami yang pada aku sangat baik hati dan aku rasa memang ramai yang sayangkan dia. Wae atau nama sebenar Zuwairi Al Rashid bin Mohd Nazri. Gambar banyak yang tak ada. Dok dalam laptop lama, rosak. takleh bukak. Tapi masih ada gambar wae dalam simpanan sahabat lain.
Wae yang belakang |
Wae Kiri sekali |
Berita kami terima sangat cepat. Kami tak tahu tentang penyakit Wae. Wae tak berkongsi dengan kami semua. Kami hanya dapat tahu dalam wasap group MTB tentang Wae ni kelmarin.
"Assalamualaikum sahabat yg dikasihi sekalian...
Just nak bagi tahu sahabat kita saudara zuwairi al rashid @ waei sekarang tengah tak sehat... beliau tgh admited di HKL wad neurologi
Terdapat ketulan di otak kiri waei yg membuatkan waei tak berapa aktif... waei tgh ada routine check up dan hari isnin nanti akan buat MRI dan seterusnya akan buat pembedahan.
Mohon sahabat2 dapat mendoakan waei agar dipermudahkan urusan... kalau nak mesej waei... mungkin waei boleh baca cuma x larat dia nak reply... jika nak call bole msg dia dulu...
Waei x boleh dapat pelawat hanya isteri dan keluarga sahaja dibenarkan jumpa...
In sha allah nanti saya cadang utk buat kutipan sedikit utk beliau... tggu isterinya ida bagi no akaun...
Apa2 perkembangan saya akan update lagi...
Wasalam"
- Abang AJ.
Dan malam tadi Wae dah masuk ke dewan bedah untuk keluarkan tumor yang dah besar sepanjang 5cm. Lambat detect sebab sebelum ni pegi check depa kata die mungkin darah tinggi. Dan bila dpt tau Jumaat lepas kat hospital swasta, bayaran pembedahan terlalu tinggi, jadi diorang refer ke HKL. Bila dah ke HKL, confirm la lambat sket kan. Hanya malam tadi baru dapat masuk ke OT. Tu pun delay beberapa jam sebab OT tak available. Dan tak sempat juga nak operate sebab Wae ditidurkan semalam dan keadaan Wae tak stabil.
Dalam aku menulis ni, masih tunggu update daripada Abang AJ. Sekarang keadaan Wae kritikal. Otak Wae tak berfungsi, cuma Jantung masih berdegup kuat. Badan Wae pun masih panas.
Abang AJ ada update terbaru sementara aku menulis di sini
"Salam semua... pagi tadi sempat menyusup masuk kat wad icu neurologi dgn bantuan black... waei masih x sedar diri... tapi jantung waei kuat... badan pun panas... kita doa sama2 yaa kawan2..."
- Abang AJ
Mujur ada salah sorang sahabat kami Abang Black, kerja di HKL. Boleh tengokkan dan temankan dia. Juga smpai sekarang masih update perkembangan Wae. Aku stop di sini dulu. Jika ada yang terbaca, mohon doakan sahabat kami sedar dan sihat semula.
Thank you sudi baca.
xoxo,
Martika Diyana
12:44
My Hometown