^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Tuesday, May 21, 2024

My Current Job For Living

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum gaes. Ketinggalan betul kalau nak buat ucapan raya dan sebagainya. Lama dah latest post sebelom decide untuk update blog today. Ape pun saya doakan kesejahteraan semua. Blog yang bersawang ni, sesekali die nak jugak beraksi walaupun kisah tak sensasi, bukan update terkini, sebabnya kita tak ikot trend. Kita main hentam ikot suka je. Haha

Kalau dulu kite penah kerja opis, kita happy yakmat sebab dalam banyak banyak kerja opis yang kita apply, satu tu je lah yang berkenan, kena tepat dengan piawaian dan kehendak aku. Ewah haha. Ade piawaian plak kunun. Bahahahahaha. 

Kerja opis yang terakhir aku kerja adalah company event. Aku hanya mampu kerja 2 bulan je selepas berhenti daripada company yang aku bertahan hampir 5 tahun akibat umpat keji fitnah dan salah faham. 

Eh, don't get me wrong. aku suka kerja company baru tu. tapi masa tu boss aku perasa yang aku selalu suka amik amik order dan buat lasagna, aku suka kerja situ sebab sempoi gila. Kalau lepas kul 2 rasa2 ada nak kne buat job luar, boleh terus balik. Kalau rasa nak stay kat opis smpai malam pun boleh. Yang penting, kerja siap. Keluar urusan kerja pun boleh pakai kereta company je. Memang aku bedal je la. 

Nanti lah aku citer pasal company tu dan company sebelumnya. 

Yang aku nak citer sekarang adalah kerja aku yang sebenar benarnya sekarang ni. Aku bermula tahun 2019. Ade on off juga. Tapi Alhamdulillah jodoh dengan kerja ni kuat. Makanya, masih bertahan sehingga sekarang. 

Maka dengan itu, inilah tugasan hakiki aku buat masa ni. Dalam masa yang sama, masih juga aku buat job2 tepi jika berkemampuan dan berkesempatan. Doakan tubuh badan dan mental kuat. Aamiiinn..

Ada juga yang bertanya kat aku, sampai bila nak menyanyi? Ade yang kesian tengok aku menyanyi seharian sampai lepas 3-4 hari, tak de suara. Kalau ada tak kena masa, badan pun naik sakit sakit. Ya, aku faham maksud diorang. Even, mak dan ayah aku pun pernah tanya ' sampai bila ko nak macam tu?' Haha, aku ni mujur la bukan jenis cepat amik hati. Dan aku faham juga, orang tua kan, depa mesti lah risau. 

Inshaa Allah ada juga perancangan utk masa akan datang. Cuma ada yang memang akan buat dan ada yang dalam pertimbangan. Inshaa Allah semoga Allah beri kemudahan mana mana jalan yang dipilih, Inshaa Allah. 

xoxo,

Martika Diyana
8.15pm
21 May 2024
Burger King
Datum, Jelatek



RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...