^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Tuesday, September 3, 2024

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM 

Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sampai kene amik tisu tu, gulung dan sumbat ke dalam hidung yang berair tu? 

Teramatlah stress kalau kene selsema yang tahap begitu. Biasanya korang buat apa? Terbaru sekarang ni dah jadi trend orang pasang Air Diffuser kan. saya pun da juga. Memang sangat berkesan, tak dinafikan. bagus sangat. Pasang Malam ni, inshaa Allah esoknya hidung kering. paling lama pun 2 hari je pasang. 

Tapi kot kot lah, Essential Oil die tu dah habis. Guna EO yang lain pun tak guna juga kan. Jadi, macam mana nak buat ni? Ahaaaaa... Okay. Ini lah yang nak cerita. simple je petua ni. Kalau tak buat jugak memang takleh nak cakap apa. Hahahahaha.


Jika anda mengalami air hidung yang meleleh (running nose), boleh lah cuba petua ini sebagai ikhtiar.


1. Ambil sebiji Bawang Besar (Bawang India)
 
2. Belah 4 (tak perlu buang kulit).

3. Jika mahukan aroma yang kuat, boleh racik-racik. 
    (saya tak cadangkan jika tidur bersama ahli keluarga atau kawan2 dalam satu bilik)

4. Letakkan dalam bekas atau mangkuk kecil dan tempatkan di sebelah atau berhampiran tempat tidur        yang boleh terbau aroma bawang. 

Inshaa Allah keesokan hari bangun, running nose atau air hidung anda akan berkurang. 


**Keputusan setiap orang lain2. Ada yang perlu buat 2-3 malam. ada yang sekali terus kering.
 
***PERINGATAN!! Bawang tersebut perlulah dibuang sebab ia dah menyedut udara kotor dan kuman di udara sepanjang malam. Jangan ko pegi buat masak pulak. Nak buang sayang pulak ya sebab bawang nya besar hahaha. Jangan yaaaaa.    

semoga bermanfaat. selamat mencuba.


salam sayang,

Darsiya

Monday, September 2, 2024

Susah Tidur & Magnesium

 Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum korang. Korang ada masalah susah tidur macam aku tak? Ke atau korang sejenis Nobita, bagi la macam mana pun senang je nak lena? Hehe..

 Aku terfikir entry kali ni sebabnya aku ade jumpa satu solution. Mungkin ada antara korang yang da tau dan dah pernah cuba. Mungkin juga ada yang dah tau tapi tak pernah cuba. Ada jugak yg tak tau dan tak pernah cuba. Macam aku dlu. Memang kategori yang tak pernah tahu dan tak pernah cuba. 

Actually aku ada lah download satu social apps ni. Dalam tu ade sorang pos cakap pasal isu tidur ni la, insomnia bagai. Aku pun komen dekat status dia. Aku type lebih kurang macam ni,

'Saya memang ada masalah tidur ni. Kalau saya tidur awal saya akan terbangun lepas 4-5 jam. Waktu tidur pun tak menentu' 

Then, ade la sorang kakak ni randomly reply dekat komen aku tu. "Adik try consume magnesium. Kot2 berkesan" katenye. 

Few days tu aku pun try la beli. Mula2 aku fikir nak beli multivitamin. Tapi pharmacist tu cakap dalam multivitamin tu ade sikit je magnesium tu. Jadinya, kalau nak kesannya lebih cepat dan tepat, lebih baik beli magnesium tu itself. Makanya, aku pun beli lah. Untuk yang berminat dan nak tanya harga. Tak mahal pun satu papan tu, tak smpai RM5 sepapan.nak beli sebotol terus pun boleh. Tapi kite nak test dulu kan. sepapan is enough.

----------------------------------------------------------------------------------

Jeng jeng... Korang nak tau kenape aku letak line panjang tu. Itu maknanya, lepas sekian lama beli magnesium tu, aku tak consume2 pun lagi. Belum test test lagi weyh. Belum jumpa waktu yang sesuai nak cuba makan dia. Nak buat macam mane. Kitonyo busy busy. Ahaks.

Okay, before sambung story. Nak makan magnesium ini adalah waktu sebelom makan malam. Kalau ko makan malam kul 8, ko makan die dulu baru amik dinner. Kalau ko makan malam kul 10, haa ko makan la magnesium tu sebelom ngap makanan kul 10 malam tu. 

Efek die tak menentu mengikut badan kita ye. 1st time aku makan, kesan dia cepat. 1 jam 30 menet lebih kurang gitu baru aku terasa letih nak tidur. 2nd attempt aku after few days tu. Masa tu dalam 3 jam baru ada kesan. Mungkin die tgk makanan kita hari tu atau aktiviti kita seharian. Atau jugak tengok kite ni semalam tu tidur berapa lama. Hahahaha. 

Korang kene try sendiri la baru faham aku yang aku cakap ni. Ok kepada yang ragu dan tak konfiden. Ini bukan ubat tidur ya tuan tuan. Yaaaaaa... Saya ulang. Ini bukan iklan ubat tidur. 

MAGNESIUM adalah salah satu vitamin yang membantu badan kita untuk relaks. Ia melembutkan dan mengendurkan otot otot dalam badan kita supaya kita boleh berehat. Kenapa ia terdapat dalam Multivitamin tapi dalam jumlah yang sedikit. Ia adalah untuk membantu meregang otot otot kita yang stiff atau tegang. Bila otot kita tak tegang, kita akan lebih mudah untuk bergerak. 

Cuma, bila kita hanya ambil magnesium sahaja, ia akan beri kesan lebih dalam melembutkan dan meregang serta mengendurkan otot dalam tubuh badan kita. Makanya, badan kita akan kurang aktif dan rasa nak berehat. 

Bila dah rasa otot semua nak relaks, automatik kita akan shutdown, terus tertidur sampai la ke subuh. Bila bangun, badan rasa segar gila. Tak rasa lemau atau terpisat pisat dan nak tidur semula. Jadi, ini adalah sesuatu yang baru buat aku la. Aku tak ambil setiap hari. Aku tengok juga keperluan dan kesesuaian aktiviti juga jadual harian. Aku sebenarnya lebih kepada taknak jadi addicted dan terlalu bergantung kepada vitamin tu. Juga taknak ada kesan sampingan kemudian hari. Walaupun budak farmasi tu takde warning or reminder ape ape.

Aku dah cuba. Alhamdulillah aku boleh kata bagus dan aku rekemen la kat korang. Strongly recommended kate omputih. Korang yang ada masalah yang lebih kurang macam aku boleh la cuba. Mane tau serasi. Tapi kalau korang ada masalah kesihatan yang lain, better la mintak nasihat doktor dan research dulu. Aku hanya berkongsi. 

Apepun semoga kita semua sihat sejahtera selalu. Kalau ada yang pernah cuba ke, atau baru nak cuba dan nak share, silakan komen ya. 


Love, Hugs n Kisses,
MMTMD
UK BISTARIA RESIDENSI


RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...