^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Tuesday, September 24, 2013

Libas la balik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Lepas 3 hari off, hari nih aku masuk keje macam bese. Aku terasa macam dada aku berdegup laju. Ahah... teeetttt... hehehehe bukan pasal aku berdebar2 terjumpa buah hati ke, mamat ensem sebelah opis ek. No, no, no... Aku tetibe teringat kejadian-kejadian dulu huhuhu. Apahal nak berdebar-debar kan? Ntah, marah ke? Hangin ke? Bukan. Tapi berkobar-kobar bile teringat. Motif sangat kann..

Bukan aku nak ungkit dan tak redha. Menyesal jauh sekali. Cuma, bila teringat tu, aku wondering. Why me? Aku jadi letih bila waktu tu, akuuuu je nak kene jage hati orang. Hmm.. agak2 bile plak orang nak jage hati aku? I'm the one yang selalu diam bila orang ketepikan atau tak hiraukan percakapan aku. Then orang yang bercakap tu akan bangga dan kate "Bila aku cakap macam tu, terus die terdiam," helloo... aku mengalah, ok? Mengalah tak bererti kalah and salah. Pada aku, 'DIAM'

Diam n pekakkan telinga

adalah langkah terbaik untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh. bak lirik lagu KRU tu, ape tah name tajuk die.. die kate "...diam itu pintar..." hehee pintar la sangat..

Tapi, lame2, aku rase takde la semua benda ko kne diam kan. Aku selalu diam and finally, aku yang akan stress bila mengenangkan yang "Kenape aku tak libas balik?" Then, bile pk2 balik "why i didn't answer and i didn't libas balik all of them?", finally, i get the answer... Owwwhhh... aku yang mmg malas nak menda tu meleret2. Itu la aku, memang selalu malas nak memanjang2kan menda. 

But then, few months nih.. Actually, bukan la baru sangat.. Aku rase ade sedikit perubahan la dengan keadaan yang satu nih. Aku rase aku skang da konfiden sket untuk menegakkan benang yang kering!! Aku juga suda berani menyuarakan pendapat aku. Ok, name pun pendapat kan. Bukan la semestinya betul, but what i'm trying to say here, 'Yes!! I can speak confidently.'

Dulu, aku selalu pk, "kalau cakap macam ni, die terase pulak nanti," tak pun, "nanti kalau aku cakap, diorang ni sure tak setuju" but at the end, takde sape plak terfikir kalau2 aku ade nak luahkan pendapat jugak. Atau aku terase - bebudak panggil 'sentap'. Sentap kah aku? Hahah.. Aku adalah seorang yang jarang nak bersentap-sentapan nih. Bersantap-santapan selalu la. Wakaka..

Oklah, point aku sebenarnye, untuk mengatakan, bahawasanya sekarang neh, aku, Martika Diyana, sudah manjadi lebih yakin kepada dirinya sendiri.

Alhamdulillah :D

Thank you sudi bace :)

Sunday, September 22, 2013

50 Reason Why You Must Involve in Business


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Aku baru-baru ni pegi ziarah mak kepada kakak ipar aku. Aku panggil die mama. Mama ni seorang yang berjaya dan kaya-raya. Pasal die buat bisnes sendiri n macam-macam bisnes die ade. Alhamdulillah, dalam banyak2 menda aku sembang ngan mama nieh, ade satu menda yang aku paaaaling suke (yg len pun suke gak, tapi yg ni paaaallliiinnnggggg suke heh). Bile bersembang, die selalu pesan kat aku satu perkara. 

"Na, buat bisnes Na... Na nak buat bisnes ape, bagitau mama... Nasi Lemak, Chicken Wing, Western, Direct Selling, Butik, cakap dengan mama. Mama boleh bagi idea, mama tolong. Inshaa Allah, mama takde la pandai sangat, Na. Tapi nak ajar selok-belok bisnes ni boleh la sikit-sikit,"

HHuuuiiiii... Orang dah hulurkan tangan, kenape aku tak sambut kan. Tolak rezeki tu name die. Tak baik sombong2 heheehe...

Aku nie memang minat nak berniaga. Sebab aku rase aku ade ikot perangai bapak aku. Bapak aku ni suke buat bisnes. Adik beradik aku pun kebanyakan nye buat bisnes memasing. Ade bukak carwash, ade buat printing, ade buat studio jamming, ade gak yang jadi consultant bebas. So, aku pun tak nak terlepas.  

Aku rase semua orang pun tahu yang junjungan besar kite Nabi Muhammad SAW pun berniaga. 9/10 hasil rezeki datang dari berniaga. Sunat andai kata kita pun buat bisnes :) Dulu aku pernah je ade bisnes sendiri. Tapi bese la, pengalaman kurang, melingkupla.. Mungkin Allah tgk aku belom bersedia nak jadi usahawan kot huhu.. Inshaa Allah lpas ni da lebih bersedia, sape tau kan. huhuhu 
Dan dalam aku dok piker-piker nak berbisnes, ade lak member aku kat FB nieh pos mendalah nieh... (aku tak brape kenal die nieh.. Die add aku atas member FB aku yg len n post-post die sangat membina) 

Aku pun -> Wwwaaarrgghhhh!!!! Mane die taw aku tgh piker pasal bisnes-bisnes nieehhhh hohohoho.. So, menda baik ape salahnye aku share untuk manfaat kite bersama kan.
Jom kite bace manfaat berbisnes nieh. Penerangan mudah "Why you must run a business".


50 dalil Mengapa Anda Perlu Terlibat dalam perniagaan :

KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA
1. Dapat menumpukan sepenuhnya perhatian pada keluarga.
2. Mendidik disiplin anak2
3. Menjadi ibu bapa yg berkualiti
4. Boleh memberikan pendidikan yang baik kpd anak2
5. Membina perniagaan bersama pasangan dan diwariskan pada anak2

KERJAYA ANDA
6. Membina kerjaya jangka panjang.
7. Pilihan masa dan tempat di tangan anda
8. Bekerja dengan insan yang mahu menolong anda
9. Bina masa hadapan yang cerah
10. Jadi ketua pada diri sendiri.
 
PENINGKATAN DIRI
11. Belajar bersabar dalam membina kerjaya
12. Belajar beriman dan belajar bagaimana hendak menjadikan impian itu satu kenyataan.
13. Semakin positif dalam pemikiran dan kehidupan
14. Meningkatkan daya imiginasi
15. Semakin bermotivasi
 
KEWANGAN ANDA
16. Keselamatan kewangan dlm jangka panjang
17. Dapat lebih drp yang anda perlukan
18. Menambahkan harta
19. Dapat membeli harta sendiri
20. Tiada kerisauan kewangan
 
TINGKATKAN KEJAYAAN
21. Impian jadi kenyataan
22. Pergi ke mana sahaja yg anda mahu pergi
23. Tunjukkan kpd diri anda dan dunia bahawa anda hebat
24. Pemikiran anda sentiasa sukses
25. YA KEPADA KEJAYAAN dan TIDAK KEPADA KEGAGALAN
 
MENCAPAI PERSONALITI DAN MATLAMAT
26. Hidup dalam suasana pencapaian personaliti yang hebat dan bermatlamat.
27. Belajar skill yang anda perlukan dan raih kejayaan
28. Tahu apa yang perlu anda lakukan dan capai kejayaan
29. Ada alatan yang diperlukan untuk capai matlamat
30. Hidup dalam suasana dunia mencapai matlamat mengikut plan.
 
MANUSIA YANG BERURUSAN DENGAN ANDA
31. Bebas bekerja dengan sesiapa sahaja yg anda sukai.
32. Rakan anda orang orang yang positif
33. Anda sentiasa dimotivasikan.
34. Dikelilingi manusia berjaya dan sukses.
35. Memperuntukk­­an masa dengan insan2 yang juga berkeinginan untuk berjaya
 
TINGKAT KUALITI HIDUP
36. Dapat banyak masa bagi rehat
37. Enjoy dalam kehidupan
38. Fokus impian dan berkeupayaan menjadikannya kenyataan
39. Minda yang tenang
40. Menyelesaikan masalah melalui jalan positif.
 
CIPTA KERJAYA BERJAYA MASA HADAPAN
41. Sentiasa melihat masa hadapan mengikut jangkaan yang positif.
42. Perniagaan yang menukar tabiat dan sikap anda dalam semua segi.
43. Memantau tunbesaran anak2 setiap masa walaupun sedang berniaga.
44. Membina hubungan baik dgn Tuhan, keluarga dan lain2
45. Kehidupan menigkat menjadi baik setiap masa setiap cara.
 
BINA KELAINAN DALAM KEHIDUPAN
46. Tolong orang lain bina kehidupan yang lebih baik
47. Buat sesuatu yang penting dalam hidup.
48. Kongsi kejayaan dengan orang lain.
49. Tolong orang lain bina hidup baru.
50. Penting kepada orang lain.
 
Bile bace balik bebetul, ini lebih kepada bisnes networking kan ^_^. But it's ok. Kita amik yang mana yang positif (semua positif kan) > means, mane-mane yang kite rase sesuai ngan kite la :D) hoho. 


So, da termotivasi. Yeay!! Aku rase lpas ni aku kne bebetul pilih ape yang aku nak buat. Walaupun aku tahu, nak berjaya bukannya mudah, bukan senang nak senang. Aku penah bace yang setiap kejayaan tu ade kisah pahit di sebaliknya. But, why not kan merasa. 

Hidup ni kan berwarna warni. Aku takmo terlepas peluang untuk coretkan sikit salah satu chapter lam hidup aku melalui dunia perniagaan. Aku nak buat semua menda!! Semoga Allah perkenankan dan permudahkan perjalanan kita semua. Amin. 

Thank you sudi bace :D



Saturday, September 21, 2013

Fav Song : Joget Kasih Tak Sudah by Datuk Siti Nurhaliza

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera 

Da lame tak update tetibe nak bagi tau favourite song kan. Mengade betoi.. Datuk Siti kan ade berlambak-lambak koleksi lagu-lagi melayu berentak pop tradisional, termasuk la zapin, joget, keroncong dan segala bagai rentak n jenis lagu-lagi tradisional yg kekadang tak penah aku dengar. 


Takde la aku gemar kesemuanye. Dengar pun sebab suke nak dengar suara Datuk Siti. Kesimpulannye, suara Datuk Siti tu la yang menyedapkan lagu tu. Mesti ramai antara korang pun pk gitu kan. Hohohoho melampau betul pendapat aku ni. Kecik hati orang yang cipta n karang lagu tu kan. Mintak mahap ye.. Saye terlebih jujur pulak. Harap anda bersemangat dan boleh tulis lagu yang sangat best lagi lepas ni ahakkksss (sempat lagi aku kan... iklan)

Lagu Joget Kasih Tak Sudah ni adalah antara lagu yang pada aku biase-biase je, n takla aku gemar sangat. Aku suke dengar sebabnye, as usual - suke dengar Datuk Siti yang nyanyi ahahaha :P

Tapi bile dah banyak banyak kali dengar, sodap jugak lagu nieh. Sudah tu, aku bace pulak lirik die. Ooouuccchhhh!!!!! Menikam jugak la. Kredit kepada penulis lirik lagu nieh. Terima kasih sebab tulis lirik lagu yang penuh sopan tapi menusuk-nusuk hati macam ni. Da agak lame aku perasan sebenanye. Cuma, malam ni baru aku nak reveal kat korang semua hahahaha... Sengal plak ayat aku tu... Bior le...

Ni liriknye ; 


Awan bergulung tuan di hari senja 
Nampak berbalam biru warnanya 
Tuan di gunung paya hamba di paya 
Dalam jambangan temu ingin bersama

Terbang serindit tuan dengan kedidi 
Singgah di kayu di rumpun kayu 
Kasih menitik tuan basah tak jadi 
Walau bertahun rindu menanggung rindu 

Hatiku yang resah kubawa berdendang 
Memujuk diri dijeling tidak 
Sepantun berdendang dondanglah asmara 
Cuma igauan dalam igauan 

Berdendang hamba tuan bertepuk tuan 
Senyum di bibir hati terluka 
Kasih diberi orang dijeling orang 
Terasa hiba tidak terkira 

Sudilah tuan nyanyi bersama 
Alunan lagu hai kasih tak sampai 
Susunlah langkah layu di muka 
Tanda di hati hai masih berdarah 

Pantun berpantun tuan, mak andam sayang 
Berjual beli pantun melayu 
Walau dialun tuan, gurindam sayang 
Luka di hati orang tak tahu 

Kusulam kasih emas berbenang emas 
Orang bertaruh baiknya rupa 
Walaupun kasih balas tidak berbalas 
Tidak kukesal itu jadinya 

Mujur la rentak lagu ni rentak joget. dengar macam meriah je kan. padahal maksud lagu ni sedih kooottt.... sob sob...

Oklah, itu je aku nak share. Kepada yang agak kurang familiar ngan lagu nieh, korang ce dengar lagu ni ye. Ce la pegi tanye kat Pakcik Gugel tu. kat Search Box kat belah kanan atas blog aku ni pun leh. pilih la The Web ke ea.. Pepandai korang la. Aku rase korang lagi expert bab2 menggugel nieh. Caloooo!!!

Thank you sudi bace :)



Saturday, August 17, 2013

1st Aidilfitri without Opah ~ Al Fatihah ~

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rase tak lambat sangat lagi kot aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada yg kenal atau tak. Andai ada sepanjang sepemecontengan aku kat blog kesayangan aku *yang da lame tak hapdet hoho. Kot la aku ade berkasar ke. Yelah, aku ni kaso. Kot kekadang ayat tu tak menjaga jugak keperitatabahasa. Ahah... Aku pun tak tau ape la kene ngan aku lepas raya ni kan. Mengarut betul grammar aku wakakakaka. 

Ok, mintak maaf sekali lagi, kerana perilaku aku tadi. Amik mood balik. 

First of all, saya mohon rakan yang singgah ke teratak buruk hamba ni, marilah kite sama sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Opah saya yang baru baru ni meninggal dunia, al fatihah..

~

Alhamdulillah, terima kasih semua. Arwah Mak Ulong ngan arwah Pak Ulong aku, da meninggal dunia sebelom arwah Opah aku Diorang la yang terawal meninggal lepas arwah aku aku dijemput Ilahi berpuluh tahun dlu. Dan tahun ni adalah tahun pertama kami sekeluarga beraya tanpa Opah. Sebak jugak dada aku ni. Aku takla terlalu rapat dengan Opah. Tapi aku suke bile balik kampung tu on purpose nak pg ziarah Opah. Dalam setahun tu, ade la sekali dua je balik. Opah tak banyak ragam tuanya. Opah aku cool. Aku rase aku pernah citer pasal Opah aku. 

Terase jugak bile Opah takde. Kalau tak, sibuk la Opah buat kuih muih traditional kegemaran kami. Bahulu, Kuih Goyang, Agar-agar sira gula. Kuih goyang n bahulu Opah mmg terbaek. Susah nak jumpe. Lepas tu, Opah punye kopi, pergghhh... Takde yang sedap macam kopi Opah aku kat luar sane. Rindu kat Opah.. Opah comel. Walaupun die da tua n tak larat, cucu cicit yang kekecik pun suke dekat die. Opah selalu senyum. Tak pernah aku dengar Opah merungut. Walaupun anak2 die ade yg da lame tak balik jenguk die, tak pernah Opah aku sebut sebut. pendam dalam hati je la kot agaknye kan. Siapa la tau di sebalik kedut kedut wajah Opah. 

Aku teringat dulu mase aku suke dok melawan mak aku, umur aku baru awal 20-an. Mak aku pernah cakap, "Opah tu, walaupun hidup susah, tapi die bahagia, sebab anak2 die tak pernah melawan cakap die," sejak tu aku kurang nak bertekak ngan mak aku. Huhu... nakal aku ni.. Kne mintak ampun ngan mak aku.. sob sob..

Ape pun, kami berkumpul gak sepupu sepapat. ramai jugak yang balik sebab mak aku ngan adik beradik die ( pakcik n makcik aku daa) ade usahakan kenduri tahlil untuk arwah atuk, opah, pakcik, makcik, ayah mertua kakak sedara, n semua yang da pergi menghadap Ilahi.

Raya tetap raya, rumah pusaka arwah Opah yang pakcik Atan aku dok sorang tu meriah la sekejap. (Pakcik Atan aku ni tak kawen sebab die kate nak jage Opah smpai bila bila) Seronok la Pakcik atan aku pegi beli itu ini untuk mak n makcik aku Cula (adik mak aku), masak macam macam. Hehehehehe. Nak nak pulak, adik beradik mak aku memang jenis riuh suka mengusik. Tak terasa suram pun raya ni.

Terdetik kat hati aku ni nak berhijrah ke kampung. "Nak duduk kampung pulak la. Jage pakcik aku. Jage rumah pusaka arwah Opah aku." Moga tercapai la hasrat aku satu hari nanti. Who know's kan.

Kami balik hari Ahad. Ayah kate takmo nanti jammed. Baiklah hehehe. Apepun, pada aku, walaupun Arwah Opah da takde, tetap aku akan jadikan amalan balik kampung jenguk sedara mara yang ada. 

Hurm.. Pelik la kalau raye tak balik Lumut. Opah, semoga Opah tenang di alam sana.

Thank you sudi baca :)

Sunday, June 16, 2013

Nak Lagi!!!!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Fuuhhh.... Bosan malam minggu ni. Aku balik lewat sebab aku keluar jmpe die n ade berbahas sket pasal satu topik nieh. Topik ape? Haaaa... yang tu nanti aku citer lain. Kali ni aku nak citer pasal jadi last week.

Aku teringat nak story pasal satu menda neh. Last week aku kontek2 ngan adik angkat aku. Adelah nak setelkan satu hal tu, kitorang pun jumpe. Keesokkannye kitorang still kontek2, tetibe adik angkat aku ni ajak lepak umah sewa die kat Desa Petaling. Die kate rumah die best. Hohoho.. Aku pun pg je la.

Memang best pun rumah die, view pun ok. Tingkat 9. Agak tinggi jugak sebab kawasan rumah die tu kawasan tanah tinggi. Rumah tu die sewa ngan member. Sebelum ni die ade ajak lepak2 umah sewa die. Rase rugi pulak aku tak pg dari dulu hahahaahha....

Aku pun spend time la ngan dio. Lame gak kitorang tak sembang panjang. Kawan lame sejak tahun 2007. Dulu-dulu kalau ade ape2 hal, rajin gak kitorang sembang lam tepon. Nak share masalah ke, happiness ke. kitorang face masalah memasing same same. Selesaikan masalah same same. Rindu pulak time tu. Hehehhee... Tetibe mcm terpisah, renggang, tak kontek selalu mcm dlu. Ade gak kontek2, tapi tak sekerap dulu. Kitorang dipisahkan oleh peredaran mase kot. Tapi diketemukan balik :)

Haa, elok sangat. Mase aku tgh karang entry ni, playlist aku now playing Semua Tentang Kita - Peterpan. Erm, tetibe rase sayu pulak. Die kate die da nak kawen. Aku baru igt dapat jmpe balik, leh la spend time sesame lagi lepas ni. Terkejut gak aku. Adik manje aku da nak kawen. Tapi semua kuasa Allah kan. Jodoh die sampai dlu.  

So, malam tu mmg tak tido la. Kitorang spend time pepuas. Tapi rase kejap je mase jalan. Rase mcm tak sangke kitorang dah kawan lebih dari 5 tahun. Mase jalan pantas betul. Same jugak la mase malam tu. Rase kejap je dah siang. Aku pulak tengah hari tu da nak kne blah. Ade hal len pulak. 

Aku haraaaap sangat dapat spend time ngan die lagi. Lepas jumpe tu, aku rase rapaaat sangat ngan die macam dlu dlu balik. So, lpas tu hari hari aku kontek die. Tapi adik aku ni bz la pulak. hohoho... ok lah, takpe la.. nnt die da free kontek la balik. 
 
And aku nak die tau yang aku nak lepak lagi... Nak lepak same mcm hari tu. Kalau boleh lame sket. Baru puas hati. Nak recall balik few years yang da terlepas tu. Hehehe. Lepas ni die da kawen. Kang payah plak nak kuar2, lelepak. org da kawen ni jadual die lain hohoho. Susah nak kaco. :P

Apepun mesti la aku nak doakan yang terbaik untuk die kan. Semoga tabah menghadapi alam berumah tangga. Bahagia n gembira selalu di samping orang tersayang. Bile kate nak kawen tu baru la terasa mcm kehilangan. Nak2 pulak, kebetulan mmg ramai kawan2 yang pangkat2 adik (yang rapat rapat ngan aku) menikah. Bagus la, semua da sampai jodoh memasing.

I Love You dik, U'll be my adik manje smpai bile - bile

 Oklah, aku ni tetibe emosi lebih pepagi Ahad neh. Saje luang mase sebelom nak handover keje aku ni kat dayshift. Tak lame je lagi dah nak kul 9am. Happy Sunday... Heheeeee ^_______________^

Thank you sudi bace :) 


Saturday, June 15, 2013

I'm Just Lucky I Guess. Alhamdulillah. -__-"

Assalammualaikum & Selamat Malam...

First of all, aku nak sangat sangat panjatkan syukur Alhamdulillaaaaaaahhhhh..... Sebab? Sebab.. sebab.. Aku antara manusia yang sangat bertuah semalam. Heheheh...

Semalam balik dari keje, aku jmpe la die. Aku park kete kat area Cheras. Actually kat situ ade satu mamak. Mmg tempat fav kitorang nak meet. Cuma masa tak bersesuaian la disebabkan construction construction yg ade kat depan kedai tu. construction untuk ape? untuk buat MRT. so bayangkanla kesesakkan jalan n udara kat situ kan. 

so we decided to lepak at another mamak yang dedekat situ. Dah keluar dari kereta, aku cakap la "I left my fon in my car kot, camane nie", Die kate, "Takpe kot, sekejap je". Padahal sebenanye die suke. Sebab aku ni asikla ngan tepon. Menyampah die tgk. Kekadang aku pun menyampah bile tersedar aku asik ngan tepon hohoho.

Pendekkan citer, kitorang akhirnye balik la lepas da sembang panjang. Aku mmg dari awal tak sedap duduk.. Terus la serbu kereta aku nak amik hp. Carik punye carik. Ouhh Emm Geeee....!!! Tak jumpe!! Aku rase aku misplaced. Dengan sabar n penuh debar aku pun carik. Die pun tolong carik. Puas la kol, bunyi, tapi tak berjawab. Smpai merangkak rangkak aku nak tgk kot terjatuh bawah kereta. Aku kompem yang aku tak silent hp aku. Kat situ je da dekat sejam aku belek n godek kete aku.

Muke aku da nak mcm ni da mase tu. hoho

Last last, die cakap, "Terjatuh tempat kite park minum tadi kot," aku pulak tak puas hati la, "Cmane boleh jatuh sane pulak kalau tak bawak. Kan mase kuar dari kete dah cakap hp tertinggal," tapi die balas balik, "Kite tgk je la, dah kat sini takde. Mane tau memang jatuh kat sane ke," Errmmm.... ok la, aku pun ikot. Dek kerana da lewat pagi n nak jimat mase, (mase tu dah kul 3 lebih kowt) die drive kete die, aku drive kete aku. Mujur la tempat kitorang lepak tu dekat. 

Die sampai dulu, aku nampak die keluar kereta n tgk tmpat kitorang park tadi. Alhamdulillah, takde kete park kat situ. Aku sampai, park tepi, cepat cepat aku keluar. Die datang kat aku n suruh aku kol lagi. Aku kol lagi skali (pakai hp stdby keje aku). Sambil kol tu aku lari ke arah tempat kitorang park tadi tu. Aku jengah dalam kereta die sekali, kot kot ade pulak ke tetibe dalam kereta. Die pun datang berdiri sebelah aku sambil bongkok (ok, aku pendek ok... die tinggi banyak dari aku hohoho). Tetibe aku terdengar hp aku ringing. Rupenye ade dalam poket baju kemeja die!!! AaaaHhhhh!!!! Melompat aku mase tu. Punye la Happy. Muke aku terus macam ni >> ^_________^ 

Die kate, mase sampai kat tempat parking tu, hp aku mmg ade kat atas jalan tempat parking tu. tapi takde orang perasan la kot. Aku pelik la cmane le tak pasan kalau hp tu jatuh. Tapi die amik hp aku tu kat tengah tengah petak parking tu. Means hp tu masuk bawah kereta mase jatuh. Ya Allaaaaaahhhhh aku bersyukur sangat. Padahal mase carik carik kat kereta awal tadi, aku dah redha dah dalam hati, "Ya Allah, andai hilang la hp aku tu, aku redha je la,"

Aku melompat lompat kat situ. Tapi die sempat cakap "Yes, u're lucky this time. But remember, u're not always lucky. Be more carefull next time. Jangan careless lagi," Aku da tak boleh nak cover senyum, aku tabik je la kat die. "Baik bos!! Inshaa Allah," Lepas da salam die, kitoang pun balik. 

Alhamdulillah.... Terima kasih Ya Allah. Aku drive balik dengan senang hati ^_________________^

Huhuhuhu... mujur la bukan mcm ni kan. ni mintak kaki name die
Thank you sudi bace :D

Sunday, June 2, 2013

Working Night Shift Again... \m/

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.....

Alhamdulillah.... Ini adalah kali kedua aku keje shift malam sejak night shift diwujudkan balik. Aku takde la suke sangat nak keje shift malam ni. Actually i prefer to work on day shift sebab keje day shift, 15 hari je. But then ade pro n cons die gak... Kenape? heheheeheheh jajaaannnn!!!! :P

Kemungkinan besar aku akan bekerja malam untuk 2 bulan berturut - turut. Boleh balik kampung arwah Opah aku kat Lumut weh.. Nak jenjalan keliling dunio pun buleh. Asalkan ade line boleh online, ok je la hehehe :P

Ape pun, aku still tak berani nak pg jejauh... Kate la aku ade kat area KL je kan... If anything aku le je on the spot pg opis. Tu yg buat aku rase, tak payah la pg memane... Keje je la dari rumah hohohoho... Selamat pun selamat. kot tetibe berukben aku problem ke kan.. kan ke ade bekap hehehehe :D

Dengan itu, aku dah pun menghebahkan kepada sekelian rakyat tentang shift keje malam ku ini.. So, c ya guys later. :D Aku da tentula nak sambung keje kan. Sampai kul 9 pagi kang. Selamat bermimpi wahai para sahabat. Bersantai lah wahai semua Khalifah Allah di muka bumi ini. Aku nak meneruskan perjuangan demi sesuap nasi. 
Semoga kita semua sentiasa di bawah berkat lindungan-Nya yang Maha Mengasihani. 

Ouh by the way, last but not least. Today (2/6/13) is my beloved Bonda's birthday. Actually she is not my biological mother. She is a mother to my beloved friend, Syuhada. But all of our closest friend call her as Bonda since she also treat us as her children. Puan Zarina, sangat tabah, sangat lemah lembut, berhati mulia, she's always touches me emotionally in my heart. Berusia 47 tahun hari ni.

Bonda, Semoga Bonda sihat selalu dan muda sentiasa heee. Semoga Bonda berjaya capai apa yang Bonda impikan bersama anak-anak dan suami. Cepat-cepat berjaya dan kaya. Pasti!! Inshaa Allah kerana tak mustahil, Allah itu Maha Besar. Semangat Bonda untuk meneruskan kehidupan dan mengejar impian, selalu membakar hati muda saya. Terima kasih di atas perhatian Bonda terhadap kami semua. Nasihat dan tunjuk ajar Bonda akan saya dan rakan2 lain kenang dan buat sandaran sebagai meneruskan kehidupan, Inshaa Allah. Amin...

Thank you sudi bace :)



RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...