^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Friday, November 16, 2018

Lirik Lagu : JENTAYU (JOHAN NAWAWI / USMAN AWANG)

Shiela Majid (Johan Nawawi & Usman Awang)

Jentayu 

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

Pinjamkanlah syahdumu


--------------------------------------------------------------------------------------

Puisi tulisan Usman Awang ini telah dijadikan lagu yang sangat membuai perasaan. Aku sangat suka lagu ni. Sesekali aku nyanyikan jugak lagu ni. 

Allahyarham Johan Nawawi juga sangat kreatif dan jadikan lagu yang pendek ni sebagai lagu duet antara penyanyi Jazz tersohor negara Shiela Majid dan peyanyi bersuara nyaring Nora. Nyanyian diorang pun sangat berjiwa dan terasa dekat hati bagi sesiapa yang dengarkan lagu ni. Terawang awang okayh. Huhuhu... 

** Untuk sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni, you guys should listen. 

xoxo,
Martika Diyana 


#songreview #satuharisatulagu #myfavvouritelyrics #jentayu #nora #shielamajid 

Monday, November 12, 2018

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

JIKA MANFAAT SILA SHARE
"TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA"
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?
Sumber : Facebook Bob Rich

2 Years Update?? WOwwwoooowww!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum

Pergh.. Nampaknya lepas 2 tahun tak update apa apa, aku sambung lagi 2 tahun. Dengan tak update apa apa jugak. betapa terrornya aku. ( Haha sindir diri sendiri)

Okay, Alhamdulillah. setelah mendapat kesedaran, aku pun bangkit dari tidur yang panjang kahkah.
Bukan apa, aku terlalu sayangkan blog aku ni. Aku jugak frustrated sebab tak dapat terus berkarya (karya sangat) dekat blog yang dah usianye 10 tahun ni. Sepatutnya dah banyak yang aku boleh share.

Hurm, you know what? I think i will continue sharing and blogging. Just this time i will do it in different way. Haha, actually not really different la. Just the way i think i may keep on updating and i want to share the backdated event what had happened in 2017 and 2018 hicks.

So, to make it short. I will list down here what i had missed sharing here.

1) 2017 March sepatutnya aku dah jadi isteri orang. tapi tak menjadi sebab aku da batalkan atas sesebab tertentu. Jadi ia di pospone sehingga tarikh yang tak diketahui. (even sampai sekarang still tak dapat tarikhnya) kahkah

2) selepas kejadian batal perkahwinan tu, Ayah dan Mak bawak aku pg menunaikan umrah. which is itu adalah salah satu daripada aku punya idaman (tengok dekat 'My Dream Board')

3) Kedai yang aku khabarkan aku menyewa dulu (di Pudu Ulu) dah di letgo selepas 6 bulan meniaga. Sebabnya akan diceritakan jika ada kesempatan (i will make an entry for this story)

4) I am 'Mak Ngah' to 4 nephew and 1 niece. (Haazique, Naadyn, Qaiser, Aqil, Uwais)

5) My sister in law further her study. My brother and sister in law ( Deqwan and Ilya) with thier child Qaiser, move to Brisbane, Australia.

6) I have won the karaoke contest in early April. dan sebagai hadiah, aku ada merakam satu lagu. tak de album. Just lagu sahaja.

Hmmm... That is all my life event yang aku rasa aku ingat. kot ada lain nanti aku update kayh. Inshaa Allah juga aku akan up entry untuk setiap event (mana yg patutlah) hehe.

So, aku berharap selepas ni aku akan istiqamah menyambung update entry even sesekali atau even pendek pendek haha. Inshaa Allah.

Wish me luck ya.

xoxo,
Martika Diyana

Monday, November 28, 2016

End of 2016 'Life Update'

Assalammualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pergh.. Last entry aku is about 2 years ago. Dasat gak tahap kemalasan aku ni. Actually last yg aku update tu pun through handphone. Payah la. Aku lagi suke type guna laptop. Puas hati. 

Korang semua ape khabar? Since yg aku pun takde update ape2, banyak jugak perkara yg terjadi. Ade yg best, ade yg tak best haha. Ruginye aku banyak terlepas. Erm.. takpela kan. Better than never kan. 

Life update? Ahaaaa... Dah ada yg datang merisik... Hohoho Adoiyai.. aku ni skang ni sedang mengalami krisis dalam diri wakakakakaka. Poyonye aku kan. tapi ini la yg sedang aku alami, Adoiyai... Kenapeeeee la susah sangat. Dalam hati aku ni dok ckp takmo kawen. Dalam masa yg sama aku dok berkawan ngan die lagi, sebab mamat ni pun jenis tak paham bahasa. takmo lepaskan aku. Cheeeewah. ayat aku kan. Mcm lelaki tu jmpe tulang rusuk die la kononnye haha. Seryes wey, korang mesti semak kalau korang ade kat tmpat aku ni haha. 

Gambar? Huhuhu, nantilah, Kate la jadi kawen dok, bole la aku share gambar kawen. Kot la tak jadi nikah, tak pyh share kan hahaha. Pening keje2 kawen ni. Baaaaaaaanyak menda nak kne amik tau. dari rambut smpai ke kaki. Dari Utara sampai ke Selatan. Hahahahahahahahahha.

Ok, rilek dlu la pasal keje keje kawen ni kan. Aku nak share jugak good news. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku, Allah pun Maha Mendengar dan Maha Pemberi Rezeki, aku dapat sewa sebuah gerai yang tak besar sangat. Saiz die comel je. Aku plan nak meniaga makanan yg simple simple. Inshaa Allah dalam minggu ni aku akan mula meniaga. Cmane dpt modal? Kompol? Dalam zaman yg semuanya mahal n serba mencabar ni, cmane la tu kan. 

Nanti la aku share ea. Aku da ngantuk lak ha. Nak cari kunyah kunyah. 

Korang semua take care ea. Thank you korang sudi singgah blog hambe yg serba usang ni huhu. Inshaa Allah, doakan saya selalu istiqamah. Amin 

Thank you sudi baca,
MD

Thursday, March 17, 2016

Word Of Wisdom

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum




"Jika kita boleh menelan sepahit-pahit ubat yg diberi doktor untuk sembuh dari penyakit, kenapa tidak kita menerima sepahit2 dugaan Allah untuk keindahan hikmah di sebaliknya" Wallahualam :)

Friday, September 11, 2015

Cafe Review ala~ala 'Restaurant Redemption'

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

First of all, aku nak gelak jap. Kihkihkihkihkih... Tak tahan bace tajuk entry. Berangan nak jadi Ching dalam rancangan Restaurant Redemption. Sape yg rajin follow channel AFC Astro, tau la kot.

Okay, macam mane boleh terkeluar entry ni adalah sebab aku ni yang poyo heheheh.. Dua hari lepas, aku balik awal malam tu. Entah macam mana, tetiba tangan yg tgh drive ni gatal pulak belok masuk ke area kedai2 kat Taman Melawati nie. Jalan slow-slow, sambil tu mate ni tengok la satu-satu kedai yang ada kat kawasan yang aku ronda tu. Dah nak sampai ke hujung2 deret bangunan rumah kedai tu, ternampak satu cafe nie. Hurm, kalau tak silap aku cafe ni dah ade dalam few months jugak kot. tapi aku memang perasan yg cafe tu selalu tak ada orang, tak tau la kan sbb aku mmg bukan riki line, aku pg pepusing je pun. Then terjumpa.

Aku pun berhenti bebetul depan cafe tu. lame gak aku dok lam kete, mase tu la ade org kol hehehe. sambil tu aku tgk la keadaan cafe nieh. Hurm takde orang. Aku pk, dah lewat ke? Tgk jam kat fon, baru kul 2015. Ok, ade orang menyapu sampah kat luar kedai. So, aku pepelan keluar dari kereta. It was so obvious that i am going to step into the cafe since there are no other shop open nearby. Takkan aku sesaje pulak park kereta depan cafe die lepas tu keluar 'lalalalala...' kan haha. One of them already walked towards me and opened the glassdoor for me. 'Selamat datang' with smile on his face. Hmm... Okay, what a pleasant feeling looking someone welcomed you with happy face. I came in and walked straight to the chiller besides the drinking bar. 


First impression, hurm. Meja n kerusi yang diorang pakai ni, sekali tgk da tau 2nd hand. But itu bukan isu pun, cuma aku rasa agak dull & kurang ceria. They should add more colors. Sudut kanan dinding cafe tu ada rak buku. Macam macam jenis buku yang disusun. ikut & tak ikut kategori huhu. Jalan ke depan sikit, sebelah kanan tu ada lebih ruang, diletakkan sofa, ada bantal besar kat atas lantai. Aku pun ade ternampak 'Table Games' mcm Saidina, Uno, Sahiba n etc. Jadi, aku baca yang diorang ni nak buat ruang yang santai n lepak sambil main game kat area sofa tu. Aku pandang depan, Ada ruang jugak kat bahagian belakang kedai tu, Rak buku pada dinding. Suasana kat belakang tu aku rasa lebih fresh n ada kelainan. Nampak mcm lebih kepada ruang utk golongan korporat. Yeke? Hahahahah. Sudahla dengan penilaian aku yang tak diiktiraf nieh hehehe. So, sampai la aku kepada chiller yang terletak kat tetengah perut cafe tu. 



Okay, aku terkejut sket la sebab harga makanan die is way far from my expectation. Err... Aku mcm nak lari keluar balik n tgk signboard kedai. Adakah ini Secret Recipe? Ataupun franchise drp memane hotel? Hohoho. Kenape aku cakap mcm ni, sebab harga die pada aku tak munasabah utk cafe yang mcm tu. Yeah, mungkin diorang fikir, diorang high class cafe, but hello.... Ini bukan Mont Kiara ok. Okay la, okay la, tak baik aku berterusan cakap macam ni. Diorang mesti ade reason tersendiri kan bagi harga yang sebegitu.


Aku jalan ke depan sikit, aku ternampak 'Ouh, ade buku menu. Aha, tak sabar nak tgk apa lagi yang diorang ada.' So, aku cari tmpat duduk yg aku rasa selesa. n aku mintak budak pelayan tu bawakkan aku menu. Waaaaaa.... Bertambah terkejut aku bila tgk buku menu die. So this might be one of the reason kedai ni takda orang. Orang terkejut tgk harga dan tak jadi makan? Atau datang sekali dan takmo datang lagi sebab harga tak reasonable? Hurm, belum boleh diputuskan lagi. Memandangkan aku dah makan kat luar dengan bf aku sebelom balik tadi, aku pun putuskan nak makan yang paling murah n simple. Konfius sket dengan menu, but finally aku order Egg Sandwich.


Penantian agak lame jugak la untuk cafe yang ada seorang pelanggan. Erm.. Aku rilek je la sbb mmg tak rushing n tak lapar. Air? Aku mintak air suam je lor haha. Sampai2 je, aku macam hurm.. Okay.. 


Aku tak pelikkan sandwich tu. Tapi aku dok konpius kan kerepek ubi blackpepper tu. Kalau Sandwich hidang ngan Nachos aku penah la tgk. Tapi, it's okay. Memang saja nakkan kelainan kot. Start makan, Hurm Aku tak kutuk makanan tau. Tapi aku rasa aku da tau dah kenape tak ramai org dtg sini. Aku takmo cerita pasal makanan tu. Cukupla kalau aku ckp, mak aku buat lagi best kot hahahahaha :P

So, berakhir sudah penelitian aku untuk cafe ni. Balik tu aku citer ngan mak n ayah aku. Ayah aku pun terkejut. So, kesimpulannye, aku takmo pg lagi dah la cafe tu hehehehe. terima kasih atas pembacaan yang bersungguh dan jujur. 

Psst... Ada gaya Ching dalam Restaurant Redemption tak? Hohohohoho Perasaaaaan sangat.

Thank you sudi bace :)

Thursday, August 27, 2015

What Happen To Me?!!?!?!??

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 

What? Where have i been since last year? Why i didn't show up? Haih. My laptop was damage and i never use my brother's laptop to update anything for my life events. Huhuhu.. Life event la sangat. Cakap macam la dah kawen ke ape ke kan. Actually bukan la da kawen ke ape. Tapi saje je, aku ni kan ade je benda baru nak try. So, terlepas la nak bercerita dengan korang-korang kan haha :P

LOL, jangan nak salahkan orang la kan, diri sendiri pucuk pangkalnye. Down lame sangat sampai tak boleh nak update sikit pun. At least update la entry mcm gambar ke, news ke, tips ke, kopipes ape2 info ke. Atau kalau rasa malas sangat, update la "ukkhhh" ke, "iikkhh" ke kan. At least orang tau la yang aku ni masih bernyawa, masih sayangkan blog yang satu ni kan huhuhu.. Ni kire mcm komplen la pasal diri sendiri kan hohoho. "Luahan isi hati blog kepada tuan punye blog" ahakkssss... Bole mcm tu? Heheheh 

Ok now i have to wake up after i have been slept for over a year. Teruk betul. mujur la aku ni bukan blogger tegar yang ade berpuluh ribu follower kan. Hoho..Kalau tak kesian follower aku tgk tak hapdet2 ahaks. Okay lah. Ape pun, aku tetap sayang blog aku nieh. And aku tetap berterima kasih n appreciate sangat kepada yg sudi singgah blog aku yang da lame tak berhapdet nieh.. Ni bukan lagi bersawang berdebu. Mesti da naik berkulat hahahahaha.. Sendiri type sendiri rasa geli wekk.. 

Bak kata lirik lagu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee, 
Barang yang lepas usah dikenang, 
Kalau dikenang tentu menangis.. 
Ooooo... 
Haaaa... terus menanyi aku wawawawawa.. Makanya, Jom terus kite lupakan n tak usah diingat n diungkit lagi huhu.. 

Nak bercerita panjang sangat. Jadi, aku mungkin akan bercerita menggunakan teknik bergambar. Hahahahahha.. Mcm presentation dalam kelas plak kan. Yang ade gambar, aku letak la, kalau takde gambar, aku tak letak la hehe. Maybe letak video ke ape hohoho. So, stay tune. nantikan next entry daripada aku. What? I'm just Martika Diyana. Nothing special about me. Just an ordinary girl with lots of story to share, lots of love spread. 

See you guys.. xoxo

Thank you sudi bace :) 

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...