^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Tuesday, September 3, 2024

RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM 

Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sampai kene amik tisu tu, gulung dan sumbat ke dalam hidung yang berair tu? 

Teramatlah stress kalau kene selsema yang tahap begitu. Biasanya korang buat apa? Terbaru sekarang ni dah jadi trend orang pasang Air Diffuser kan. saya pun da juga. Memang sangat berkesan, tak dinafikan. bagus sangat. Pasang Malam ni, inshaa Allah esoknya hidung kering. paling lama pun 2 hari je pasang. 

Tapi kot kot lah, Essential Oil die tu dah habis. Guna EO yang lain pun tak guna juga kan. Jadi, macam mana nak buat ni? Ahaaaaa... Okay. Ini lah yang nak cerita. simple je petua ni. Kalau tak buat jugak memang takleh nak cakap apa. Hahahahaha.


Jika anda mengalami air hidung yang meleleh (running nose), boleh lah cuba petua ini sebagai ikhtiar.


1. Ambil sebiji Bawang Besar (Bawang India)
 
2. Belah 4 (tak perlu buang kulit).

3. Jika mahukan aroma yang kuat, boleh racik-racik. 
    (saya tak cadangkan jika tidur bersama ahli keluarga atau kawan2 dalam satu bilik)

4. Letakkan dalam bekas atau mangkuk kecil dan tempatkan di sebelah atau berhampiran tempat tidur        yang boleh terbau aroma bawang. 

Inshaa Allah keesokan hari bangun, running nose atau air hidung anda akan berkurang. 


**Keputusan setiap orang lain2. Ada yang perlu buat 2-3 malam. ada yang sekali terus kering.
 
***PERINGATAN!! Bawang tersebut perlulah dibuang sebab ia dah menyedut udara kotor dan kuman di udara sepanjang malam. Jangan ko pegi buat masak pulak. Nak buang sayang pulak ya sebab bawang nya besar hahaha. Jangan yaaaaa.    

semoga bermanfaat. selamat mencuba.


salam sayang,

Darsiya

Monday, September 2, 2024

Susah Tidur & Magnesium

 Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum korang. Korang ada masalah susah tidur macam aku tak? Ke atau korang sejenis Nobita, bagi la macam mana pun senang je nak lena? Hehe..

 Aku terfikir entry kali ni sebabnya aku ade jumpa satu solution. Mungkin ada antara korang yang da tau dan dah pernah cuba. Mungkin juga ada yang dah tau tapi tak pernah cuba. Ada jugak yg tak tau dan tak pernah cuba. Macam aku dlu. Memang kategori yang tak pernah tahu dan tak pernah cuba. 

Actually aku ada lah download satu social apps ni. Dalam tu ade sorang pos cakap pasal isu tidur ni la, insomnia bagai. Aku pun komen dekat status dia. Aku type lebih kurang macam ni,

'Saya memang ada masalah tidur ni. Kalau saya tidur awal saya akan terbangun lepas 4-5 jam. Waktu tidur pun tak menentu' 

Then, ade la sorang kakak ni randomly reply dekat komen aku tu. "Adik try consume magnesium. Kot2 berkesan" katenye. 

Few days tu aku pun try la beli. Mula2 aku fikir nak beli multivitamin. Tapi pharmacist tu cakap dalam multivitamin tu ade sikit je magnesium tu. Jadinya, kalau nak kesannya lebih cepat dan tepat, lebih baik beli magnesium tu itself. Makanya, aku pun beli lah. Untuk yang berminat dan nak tanya harga. Tak mahal pun satu papan tu, tak smpai RM5 sepapan.nak beli sebotol terus pun boleh. Tapi kite nak test dulu kan. sepapan is enough.

----------------------------------------------------------------------------------

Jeng jeng... Korang nak tau kenape aku letak line panjang tu. Itu maknanya, lepas sekian lama beli magnesium tu, aku tak consume2 pun lagi. Belum test test lagi weyh. Belum jumpa waktu yang sesuai nak cuba makan dia. Nak buat macam mane. Kitonyo busy busy. Ahaks.

Okay, before sambung story. Nak makan magnesium ini adalah waktu sebelom makan malam. Kalau ko makan malam kul 8, ko makan die dulu baru amik dinner. Kalau ko makan malam kul 10, haa ko makan la magnesium tu sebelom ngap makanan kul 10 malam tu. 

Efek die tak menentu mengikut badan kita ye. 1st time aku makan, kesan dia cepat. 1 jam 30 menet lebih kurang gitu baru aku terasa letih nak tidur. 2nd attempt aku after few days tu. Masa tu dalam 3 jam baru ada kesan. Mungkin die tgk makanan kita hari tu atau aktiviti kita seharian. Atau jugak tengok kite ni semalam tu tidur berapa lama. Hahahaha. 

Korang kene try sendiri la baru faham aku yang aku cakap ni. Ok kepada yang ragu dan tak konfiden. Ini bukan ubat tidur ya tuan tuan. Yaaaaaa... Saya ulang. Ini bukan iklan ubat tidur. 

MAGNESIUM adalah salah satu vitamin yang membantu badan kita untuk relaks. Ia melembutkan dan mengendurkan otot otot dalam badan kita supaya kita boleh berehat. Kenapa ia terdapat dalam Multivitamin tapi dalam jumlah yang sedikit. Ia adalah untuk membantu meregang otot otot kita yang stiff atau tegang. Bila otot kita tak tegang, kita akan lebih mudah untuk bergerak. 

Cuma, bila kita hanya ambil magnesium sahaja, ia akan beri kesan lebih dalam melembutkan dan meregang serta mengendurkan otot dalam tubuh badan kita. Makanya, badan kita akan kurang aktif dan rasa nak berehat. 

Bila dah rasa otot semua nak relaks, automatik kita akan shutdown, terus tertidur sampai la ke subuh. Bila bangun, badan rasa segar gila. Tak rasa lemau atau terpisat pisat dan nak tidur semula. Jadi, ini adalah sesuatu yang baru buat aku la. Aku tak ambil setiap hari. Aku tengok juga keperluan dan kesesuaian aktiviti juga jadual harian. Aku sebenarnya lebih kepada taknak jadi addicted dan terlalu bergantung kepada vitamin tu. Juga taknak ada kesan sampingan kemudian hari. Walaupun budak farmasi tu takde warning or reminder ape ape.

Aku dah cuba. Alhamdulillah aku boleh kata bagus dan aku rekemen la kat korang. Strongly recommended kate omputih. Korang yang ada masalah yang lebih kurang macam aku boleh la cuba. Mane tau serasi. Tapi kalau korang ada masalah kesihatan yang lain, better la mintak nasihat doktor dan research dulu. Aku hanya berkongsi. 

Apepun semoga kita semua sihat sejahtera selalu. Kalau ada yang pernah cuba ke, atau baru nak cuba dan nak share, silakan komen ya. 


Love, Hugs n Kisses,
MMTMD
UK BISTARIA RESIDENSI


Friday, July 5, 2024

Savings

 Assalammualaikum gaes,

Aku skang ni tak lalu la nak buat entry pepanjang. Bila konon nak type pepanjang tu kan. Dah tentu lah memerlukan aku untuk berfikir nak boh ayat yang teratur. Tapi bila panjang panjang, kadang otak aku jem plak. Lepas tu aku macam letih. Then mula la rasa mengantuk, tak lama tu malas nak type dah, aku nak baring. Akhirnya ape yg aku tengah buat tu, tergantung. Bila hari lain nak sambung, mood ko dah lain. Ko dah tak rasa nak citer pasal ape yang ko nak type sebelum tu. Sudahnya, haaa entry tu dok je la kat draft tu lelama. Sebabnya aku nak mula bercerita balik dah takde idea. Tunggu la kat situ nanti mood aku ade mai balik. kahkah. 

Makanya, aku nak type pependek je la. Kalau boleh, habiskan sekali hembus je satu entry hahahahaha. 

Macam ni, aku ni nak citer la, yang sebelum ni aku konon nak sangat la melabur emas ni. Tapi aku tak paham gaes, aku tengok je. dan aku try2 jugak ler invest kat i-Gold Maybank. Ada, tapi haritu aku tak paham, macam mana tah aku boleh keluarkan semua pulak duit kat dalam tu. Tak banyak pun. aku sempat simpan dalam RM120 je ke (sebab aku just beli RM10 je setiap kali masuk) 

Lepas tu, aku terjumpa sorang akak ni, (aku bagi nama akak ni Z la ea). Dia la yang bagi galakan n ajar aku pasal simpan labur pajak gadai emas ni. Aku tak rasala yang aku bebetul faham cara dia yang bebetul boleh buat sebagai tempat buat income. Tapi aku faham la cmane nak simpan, cmane nak check segala tu. 

Nak dijadikan cerita asbab aku bole terjebak ni, akunya nak tlg member. Dia nak pakai duit masa tu. Company dia kerja nak bg bonus dalam bentuk EMAS gaeeeessssss. So, dianya dah plan dah sebelum ambik emas tu, yang dia decide nak jual sebabnya dia nak pakai duit pada waktu tertentu tu. Aku tunggu time seswai aku ada duit yang cukup untuk beli daripada dia, dan dia pun baru lah pegi claim bonus tu daripada kedai emas yang company dia appoint tu. 

Alhamdulillah, aku pakai sekejap je kat tangan (gelang rantai) sebabnya aku bukan sejenis yang memakai aksesori ni. Waima cincin pun aku tak betah pakai lama lama. Cukup sehari dua pakai, aku simpan. Lepas jumpa akak Z tu la baru aku decide dan beranikan diri nak masukkan emas ke Ar Rahnu. 

Syukur aku berjaya memberanikan diri masukkan ke ar rahnu dan nasihat aku, masukkan lah ke ar rahnu yang dekat dengan rumah atau ofis. Means yang senang korang nak pegi ulang alik. sebabnya nanti korang tau sendiri. 

Ok, nanti aku sambung la lagi kisah simpan emas ni. Aku nak kne sesiap pegi keje hehe. 

Lova you gais, mwah2.

MMTMD
UK BISTARIA RESIDENSI 

Tuesday, May 21, 2024

My Current Job For Living

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum gaes. Ketinggalan betul kalau nak buat ucapan raya dan sebagainya. Lama dah latest post sebelom decide untuk update blog today. Ape pun saya doakan kesejahteraan semua. Blog yang bersawang ni, sesekali die nak jugak beraksi walaupun kisah tak sensasi, bukan update terkini, sebabnya kita tak ikot trend. Kita main hentam ikot suka je. Haha

Kalau dulu kite penah kerja opis, kita happy yakmat sebab dalam banyak banyak kerja opis yang kita apply, satu tu je lah yang berkenan, kena tepat dengan piawaian dan kehendak aku. Ewah haha. Ade piawaian plak kunun. Bahahahahaha. 

Kerja opis yang terakhir aku kerja adalah company event. Aku hanya mampu kerja 2 bulan je selepas berhenti daripada company yang aku bertahan hampir 5 tahun akibat umpat keji fitnah dan salah faham. 

Eh, don't get me wrong. aku suka kerja company baru tu. tapi masa tu boss aku perasa yang aku selalu suka amik amik order dan buat lasagna, aku suka kerja situ sebab sempoi gila. Kalau lepas kul 2 rasa2 ada nak kne buat job luar, boleh terus balik. Kalau rasa nak stay kat opis smpai malam pun boleh. Yang penting, kerja siap. Keluar urusan kerja pun boleh pakai kereta company je. Memang aku bedal je la. 

Nanti lah aku citer pasal company tu dan company sebelumnya. 

Yang aku nak citer sekarang adalah kerja aku yang sebenar benarnya sekarang ni. Aku bermula tahun 2019. Ade on off juga. Tapi Alhamdulillah jodoh dengan kerja ni kuat. Makanya, masih bertahan sehingga sekarang. 

Maka dengan itu, inilah tugasan hakiki aku buat masa ni. Dalam masa yang sama, masih juga aku buat job2 tepi jika berkemampuan dan berkesempatan. Doakan tubuh badan dan mental kuat. Aamiiinn..

Ada juga yang bertanya kat aku, sampai bila nak menyanyi? Ade yang kesian tengok aku menyanyi seharian sampai lepas 3-4 hari, tak de suara. Kalau ada tak kena masa, badan pun naik sakit sakit. Ya, aku faham maksud diorang. Even, mak dan ayah aku pun pernah tanya ' sampai bila ko nak macam tu?' Haha, aku ni mujur la bukan jenis cepat amik hati. Dan aku faham juga, orang tua kan, depa mesti lah risau. 

Inshaa Allah ada juga perancangan utk masa akan datang. Cuma ada yang memang akan buat dan ada yang dalam pertimbangan. Inshaa Allah semoga Allah beri kemudahan mana mana jalan yang dipilih, Inshaa Allah. 

xoxo,

Martika Diyana
8.15pm
21 May 2024
Burger King
Datum, Jelatek



Thursday, October 19, 2023

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum,

Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this time.

I was wandering in here (Datum, Jelatek) and planning to find somewhere cozy to do my laptop and being online for an hour or two. Finally decided to have it in  A&W here (Where actually my favorite place to spend my time doing some work). 

Few minutes after I on my lappy, this girl and her mom come back from washroom (where actually I thought they have left). And this girl started crying. I wonder why and unfortunately, the cleaner guy already cleaned their table because he thought the food on the table was a leftovers. Her mom is super calm, she said to her daughter "It's okay dear, don't cry, we get the new one" this girl continue crying but this time she cried slower and just mumbling how she really wanted to eat her meal. 

I suddenly remember that I brought some chocolates back from the meeting before I came here and I opened  my bag and gave her one of my chocolate. She look so sad but she said "Thank You" to me without looking at me.

Once her mother came and brought her Waffle Ice Cream, she told her mother "Auntie gave me a chocolate" and her mom asked her " Which Auntie?", and she pointed at  me. Her mom smile to me and said "What do you say when people being nice to you?" and the girl said "I said Thank You to Auntie" her mom smile again and said to me "Terima Kasih", I said,  "Sama-sama, takpe, kesian tengok die nangis", and we laughed. 

I continued my work and suddenly this cute girl turned to me and asked me "Auntie, you want some?" while showing her ice cream waffle to me. I answered her "It's okay dear, i'm good" 

Somehow I didn't noticed she picked a paper plate and put a quarter of her ice cream waffle and gave it to me with the cutleries. I was surprised and i said "Awww, dear... So sweet of you, you don't have to do this", and her mom said, "She wants to share it with you", so I accept her gift.

Taraaaaaa... and that is her with the long hair

And I know how her mother treat and teach her wonderfully. You being nice to people and never expect them to being nice back to you. But not just  thank you, Thus, you get more than you didn't expect. So What I want to share here, just do not stop being good to people. Being good and never expect them to treat you nice as what you did to others. Allah will gives you what you should get. Sometimes none, sometimes worse, but sometimes, better. So, my advice, Being nice, do not expect or expect less, accept more even it is good or bad. Appreciate all of thing would ever happen to you. And you would never regrets thus, you'll be happy. Try it and you will feel it.  

Hehe, enough for today. short entry already become a short novel haha. 

Till then, take care.

xoxo,
MMTMD
19/10/2023
2122
A&W Datum Jelatek

Wednesday, August 9, 2023

LIRIK LAGU MELAYU : Patah Tumbuh Hilang Berganti by P. Ramlee & Saloma

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera. 

Patah Tumbuh Hilang Berganti adalah salah satu lagu kegemaran saya. First time dengar waktu gila ber'Smule' masa PKP. Waktu orang lain gila layan drama Korea, layan Netflix n macam macam lagi, aku terjebak dengan Smule & WeSing. Dan lagu ni aku dengar terus jatuh hati. Jom layannsss

-----------------------------------------------------------------------------------

F: Kau teruna kesuma hati
Pada mu tempat aku bermanja
Aku curahkan hasrat hati ku
Pada mu
Kekanda

M: Duhai dinda muda jelita
Kau penghibur hati luka lara
Jasad terlantar jiwa merana
Berilah
Berita

Ku berjanji bulan dan bintang
Menyaksikan kita berdua
Bersamalah kita berdoa
Dirikan mahligai bahgia

Patah tumbuh hilang berganti
Janji diikat kata dipadu
Hidup berdua mati bersama
Tandanya
Setia

Ku berjanji bulan dan bintang
Menyaksikan kita berdua
Bersamalah kita berbakti
Dirikan mahligai bahgia

Patah tumbuh hilang berganti
Janji diikat kata dipadu
Hidup berdua mati bersama
Tandanya
Setia


Harap semua dapat hayati bait liriknya ya. And yes, i'll think of someone whenever i heard or sing this song. Al-Fatihah. 

xoxo,
Martika Diyana
9 Aug 2023
3:13am
UK Bistari

Friday, October 16, 2020

Tak Seindah Bunga - P. Ramlee | Cover - Fairuz Misran ft. Martika Diyana

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hi Gais,

Lupe pulak nak share dengan korang video dari Youtube Fairuz Misran. Aku collab dengan dia punya OC dekat Smule. Tak sangka pulak dia pos dekat Youtube Channel dia. Sebenarnya masa rakam tu, tak familiar sangat lagu tu. baru dengar beberapa kali, then terus je record. Malas nak tunggu hari lain sebabnya masa tu PKP. Bukan ade nak keluar sangat. Time tu, dah pakai tudung elok. "Aaaahhh, record je lah" Hahahaha. Alhamdulillah ok la walaupun tak brape nak semneggah. Ahaks.

Ok, termeleret pulak.

Kalau korang sama macam aku, memula dengar lagu ni, memang tak familiar langsung. Lagu P. Ramlee yang mana ni? Ade ke? Rasanya macam tak pernah dengar pun. Dalam filem apa? Nyanyi berduet dengan siapa? Hahahaaha... Macam macam pertanyaan la ade kan. Nak nak pulak kalau kite ni penggemar filem filem Allahyarham. Laaaaagilah kite tak puas hati bila kita tak tau lagunya. 

Sekarang, aku nak bgtau. Hahahahahaha (setelah seperenggan membebel). Lagu ni Tajuk dia macam yang korang tengok kat title entry tu - TAK SEINDAH BUNGA. Lagu ni ada dalam filem Pancha Delima (itu la ejaan die dolu dolu). Ke korang tak pernah tengok? Sebab dalam filem ni. Tak ada sikit pun wajah Allahyarham P. Ramlee. 

Pelakon utama dalam filem tu ialah Allahyarham Datuk Jins Shamsuddin dan Hashimah Yon. Filem tu memang pergerakan pelakonnya kaku kaku. Aku syak, memang saja dibuat macam dalam bentuk cerita wayang kulit atau bangsawan. Atau nak kita gambarkan seperti sedang baca buku novel klasik. Sebab penceritaannya pun ada alunan Syair yang dilagukan sendiri oleh suara merdu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Cuba lah tengok dekat Youtube. Search 'Tak Seindah Bunga - P. Ramlee'. Mesti keluar gambar klasik tu. Ape pun, pertama kali aku dengar lagu ni terus jatuh cinta. tu yang tak menyabar nak join sangat OC Fairuz Misran tu. Haha. Jemput layan lagunya ya. Maafkan kekurangan kami.    




Harapan aku, lebih ramai anak anak muda sekarang menghargai dan sukakan lagu lagu lama karya agung seniman dolu dolu ni. Bukan aje Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tapi ramai lagi. Terima kasih sudi tonton.

xoxo,

Martika Diyana
October 16, 2020
00:27
My Hometown





RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...