^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Thursday, October 15, 2020

My Journey As Busker (3) : Busking di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum korang semua.

Masuk je bulan puasa, genap 5 bulan aku fulltime busking. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan baik.
Memang ada terfikir, " Mmmm... Bulan puasa ni nampaknya kene berniagalah. Mesti takde job busking." Tapi rupanya jangkaan aku meleset. Tak sangka berkali ganda rezeki bulan puasa. Dan Job untuk Hari Raya Aildifitri pun tak kurang lebat. Ape pun terima kasih sangat pada agent aku dulu. Dia la yang uruskan semuanya setiap job untuk performance yang aku dapat. 

Bulan puasa tak banyak choice. Sebab ada antara kami yang tak busking sebab memang nak menumpukan meniaga bazaar. Ada yang balik kampung awal. Jadi kami ikut je jadual yang agent kami bagi. Alhamdulillah untuk bulan puasa 2 minggu iaitu selama 14 hari berturut turut aku ditempatkan di Hartamas Shopping Center. Berturut turut tu selama 8 jam sehari okay. Dari pukul 12 tengah hari sampai 9 malam (sejam tolak la rehat, buka puasa, solat bagai).  Awalnya aku risau jugak. "Aik, lepas esok, esok. Lepas esok, esok lagi kat Hartamas." 

Aku bukan ape. Aku risau takut orang tengok lepas aku, aku lagi. Hahahaha. Plus, aku pun tktk kering idea, ape nak nyanyi ni (masa tu choice lagu tak berapa banyak sangat lagi. Ada jugak yang download tapi tak tau nyanyi). Berangan lebih. Kahkah. Ape pun alhamdulillah, sambutan amat amat baik. 

Jujur aku cakap. Hartamas antara lubuk emas buat kami yang cari makan perform dekat sana. Cuma aku masih tak tau punca aku kene letak dekat sana sampai 14 hari berturut turut. Haha. Ape pun Alhamdulillah. Syukur sangat sebab masa tu memang dapat kumpul duit raya. Orang Orang di Hartamas ringan tangan. Semoga yang memberi sumbangan dimurahkan rezeki. Aamiin.

Dekat situ jugaklah terjumpa dengan Dayah Bakar (celebriti Borak Kopitiam). Dia masuk bazaar kat tengah tu jual baju raya dengan tudung die yang gojes tu. Hehe. Tah macam mana ternyanyi lagi feveret die masa tu. Terus jadi kawan. Thank you Dayah Bakar and friends for being so nice to me. 

Selepas 2 minggu dekat Hartamas, baru lah masuk lain lain tempat, Sunway Giza Mall. Giant Kinrara Puchong, The Store Sungai Buloh. Yang lain lain, aku busking dengan Abg Loque gitaris aku tu. Sampai lah hari terakhir Ramadhan, baru kami berhenti busking, tu pun masih ada kawan kawan busking yang lain terus busking. Ada jugak yang Hari Raya ke-2 dah mula busking balik. Hebatnya semangat mencari rezeki. Aku ni pasal mak aku tu takde sape tolong je. Kalau tak sesilap aku pun terlibat hahahaha. 

Ape pun, ini antara pengalaman menarik. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan lagi rezeki kesihatan, kebaikan, kewangan dan rezeki rezeki lain buat kami semua. Dan juga buat korang yang support kami. Jumpa di lain entry. 

xoxo,

Martika Diyana
October 15, 2020
23:55
My Hometown

No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this time. I was wandering...