^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

What's new..?

Thursday, April 30, 2020

Di Sebalik Rahsia Cinta - Metropolitan | Cover

Bismillahirrahmaanirrahim 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera  


Hola Gais,

Memang lah bila dah memerap dalam rumah ni kan, kita buat lah apa apa yang menghilangkan bosan ye. Macam saya, memang tak bekerja sepanjang PKP ni, jadi salah satu benda yang teman buat, ialah mengaktifkan semula akaun untuk aplikasi (apps) Smule dan Wesing teman. Rasanya semua tau ape kegunaannya apps tu. Guna diaaaaaaa..... Melalak la, ape lagi kahkah.

Sebenarnya, teman dah lama ada akaun dalam apps ni. Cume dulu teman memang tak aktif. Nak nak pulak Smule tu, dah kalau nak menyanyi sesuka hati atau rakam cover solo, kene aktifkan akaun VIP. Nak ada akaun VIP pulak nak kene bayau. Memang idok le teman. Dulu dulu teman keje meniaga kais pagi makan pagi (haha). Idok ler berani teman nak bayo bayo dekat aplikasi. Udoh ler teman ni kurang pandey. Kang tah ape digodek, lain disuruh lain dibuat. Habis la pulak nanti duit yang tak brape nak ada dalam akaun bank tu. Hahaahahaha. Takut wey, punye la b****h aku ni dulu kalau nak guna apps apps ni. Cuak kot. Tak paham kejadiannye tu. Makanya, teman join je la orang pain punye duet. Haha. 

Tapi memang tak aktif, masuk pun bebila yg free dan ada masa je. Ade sekali tu, teman uninstall je apps tu. Sebab memang tak guna sangat. Udoh fon awak pulak dah full storage. Buang je lah, bukan pakai pun. Haha. SUdah tu, alhamdulillah ada rezeki tukar fon yang ram besar sikit, saje la download lagi apps tu sebab ada follower yang request nak berduet dekat Smule. Kita download la tapi tetap tak aktif. Sebulan sekali pun jarang nak on. Hehe

Nak dijadikan cerita, lepas dah masuk tahap ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, baru lah ada teringin nak aktif semula akaun Smule dan Wesing (yang ini adik saya yang suggest). Maka bermula lah episod keseriusan menyanyi di Smule dan Wesing ni. 

Yang tak bestnya, awak takde kawan sangat kat sana. Kita just tengok dan follow macam mana yang orang lain buat. Teman buat keputusan untuk subscribe VIP dekat Smule (Wesing tak payah VIP bagai, boleh nyanyi mcm mana pun freely). But, i like smule sebab dekat sana ramai yang boleh berduet. Mungkin ramai lagi yang belum tahu kewujudan Wesing kot. Entah la haha.

Baru few days back, teman upload lagu untuk berduet dekat Smule. Lagu dari Band Metropolitan - Di Sebalik Rahsia Cinta. Setahu teman ramey yang tak tahu lagu tu. Tetiba esoknya ada sorang mamat ni join collab lagu tu. Yang menariknya dia menyanyi lagu tu bagus betul. Suara pun sedap juga. Dah sudah dia pos teman pun cakaple macam dalam gambo tu. Tengok ler. Teman bercerita sambil ada gambar hehe.

Teman komen macam ni la dekat lagu yang die collab dengan teman tu
 Then tetiba die jawab komen macam tu. Aku pun pelik la, apsal die cakap "your tone still sama macam dulu2?" Aikk.. Kenal ke? Tapi di mana ya? Haha, So aku pun tanya lah macam dekat next comment yang korang boleh baca kat bawah die tu. Bukan ape, takut salah faham.



Then die pun jawab macam tu. But i still can't get it. Yang aku faham, maksud die aku pernah nyanyi lagu ni ngan die dulu? Bila? Dekat mana? Memang aku tak ingat langsung



Jadi, die pun like la satu komen aku dekat OC (Open Collaboration) yang kitorang pernah berbalas komen dulu.



Okay, ni komen dekat collab lagu yang sama tapi 3 tahun lepas ea. korang boleh tgk dekat bawah komen tu ada tulis '3y'
So bila aku baca je komen ni baru aku teringat. Memang pernah collab lagu ni dengan sorang mamat ni, dan respon die mcm yang korang baca tu lah.
Aku punya excited terus reply dekat komen lagu yang record 3 tahun lepas. Haha, then aku balik kat komen asal (lagu collab yang terbaru) 


Baru lah recall balik semuanya. tapi aku memang berterima kasih sangat dekat dia. sebab aku rasa happy sangat. Bukan apa, tak sangka boleh jumpa semula kat Smule after years. Dah la tak kenal. dengan berjuta pengguna Smule tu kan. Haha. Dalam suasana PKP sekarang ni. Ini dah kira mcm best news lah kahkahkah. Tapi memang happy. 2 kali collab org yang sama. Yang dulu, dia yang OC. Dan yang baru ni, aku pulak yang OC.






Sempat pulak dia bagi tips bila aku tanya kenapa suara yang collab dulu clear, yang sekarang tak clear. Mak dah lupa nok nak main dengan setting dia. hahaha.



Korang mesti pelik kan, kenapa tak kenal? Tak cam ke? Ahah, ini lah sebabnya. Dulu masa join collab, kitorang takde on video. so rakam audio je. dan yang terbaru ni ada video sekali. Jap lagi aku upload lagu nya ye. Hehe. 


Aha, dedolu keluar gambar mcm ni je masa play lagu. Kitorang takde record visual.








Saturday, April 25, 2020

Bunga Tanjung - Sharifah Aini | Cover - Martika Diyana

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Hi Korang, 



Lagu BUNGA TANJUNG ni dah few days saya pos di youtube. Tapi lupe nak share dekat sini. Kalau korang sudi, jemputlah singgah ke youtube channel saya. Jemput untuk subscribe, Like dan Share. Kalau korang ada singgah, korang akan perasan yang saya lebih banyak pos dan menyanyikan lagu lagu lama. Ada lagu tradisional (macam yang saya pos ni), ada juga lagu lagu 60-an, lagu lagu 80-an. 



Harapan saya lebih ramai lagi yang ambil tahu perihal kegemilangan lagu lagu melayu lama ni. ALhamdulillah, ada juga saya perhatikan ramai yang masih berusaha untuk mengangkat kesenian lagu lagu melayu klasik. Saya jugak taknak terlepas untuk jadi salah seorang dari komuniti tu. Harap korang semua suka. Kalau suka, silalah share video ini. boleh juga perkenalkan kepada yang mungkin jarang atau tak pernah dengarkan lagu ni. (saya pernah jumpa orang yang tanya saya "Bunga Tanjung? Macam mana lagu tu? Bunga Melur aku taulah"). Ahaaa.. Ada ye golongan yang tak pernah dengar. 



Tapi kalau diorang tak pernah dengar, jangan la diejek pulak kawan tu. Biasalah tu, mungkin parents dia jenis dengar lagu oldies english je ke kan. Atau ayah die kaki rock kapak, mak die layan Ella ngan Shima je ke. jadi kita kene lah perkenalkan die pulak lagu gini. hehe.



Ok, Sedikit perkenalan untuk lagu ni. Bunga Tanjung ini dinyanyikan juga oleh Hetty Koes Endang selain Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Masing masing ada sedap dan lemak nya. Ikut selera telinga sendiri. Anda boleh search di youtube. Dan saya nyanyian versi daripada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, dengan menggunakan application 'WeSing' di handphone.



Jemput follow saya di ;



WeSing - Martika Diyana

Smule - MartikaDiyana



Okay dah cukup panjang saya berceloteh, jadi dipersilakan untuk dengar, harap pleasant to the ears okay. Thank you for viewing.









Martika Diyana

April 25, 2020
22:47
My Hometown

Thursday, April 16, 2020

PUISI : ASMARA JIWA

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hi Korang semua, 

Salam PKP, MCO, RMO hehe.

Hamba nak hapdet tentang penulisan hamba. Hamba segan sebenarnya nak menulis, tapi hamba rasa sayang pulak jika hamba sia siakan sahaja tulisan ni. Jadi, hamba pos jugaklah. Supaya ini akan menjadi sebagai kenangan di awal penulisan.

Tulisan ni tercetus bila hamba (macam dulu dulu) sedang bersembang dengan sorang sahabat di Whatsapp (alamak, moden la pulak). Dan teman hamba itu ada memberikan sebuah lagu alunan biola daripada Allahyarham Hamzah Dolmat yang bertajuk - Selintas Lalu Selintas Pandang. 

Jadi tiba tiba Allah beri ilham buat hamba nak menuliskan tulisan di bawah. Sila la baca andai tuan hamba semua sudi (cheeewah).

Kasar dan direct sahaja bahasa yang hamba gunakan untuk tulisan ini. Banyak lagi yang perlu hamba belajar dan perbaiki. Maafkan hmba jika dalam penulisan ini ada hati yang tergores ketika membacanya. Dan tegurlah hamba jika ada yang tersalah silap. Hamba suka jika ada teguran yang membina. Apa salahnya

Ewaaaahhhh.. Serownok pulak bertuan hamba bagai ni kahkahkah. Okay, jadi saya ada mengabadikan penulisan ini di ruangan Page ' My Writings'. Kalau nak tengok lagi hasil nurkilan yang lain, sudi sudikanlah singgah ke ruang 'My Writings' dekat atas sana ye. Jemputlah baca.

* Lagi best baca kalau diiringi alunan biola daripada Allahyarham Hamzah DOlmat - Selintas Lalu Selintas Pandang

ASMARA JIWA

Wahai bulan,
Kenapalah kau cantik di pandang
Apakah kerana cahayamu yang memukau mata
Walaupun kau jauh di angkasa, 
Kenapa jiwaku rasa kau dekat bagai sepenggapai

Adakah kerana hanya kau yang mengerti
Tentang perasaan yang tersebu di hati
Atau adakah hanya kaulah penerang jiwa
Disaat tiada siapa yang bertanya

Andainya bulan, dapat kau sampaikan
Kepada si jelita tentang keayuan wajahnya yang menggoda
Tentang kelembutan pandangan mata yang menggoncang jiwa
Tentang merdu suara yang menampar telinga

Juga jika dapat kau sampai kan 
Kepada sang teruna tentang tampan wajahnya 
Manisnya bahasa dan tutur kata
Juga tulus pekerti dan budi 

Wahai bulan, 
Usahlah kau berhenti memberi harapan
Kepada jiwa jiwa yang sedang dilamun asmara
Semoga berkembang anak cucu adam dan hawa
Seperti tersebarnya cahaya mu keseluruh pelusuk dunia


Martika Diyana

March 30, 2020
01:29
My Hometown

Wednesday, April 15, 2020

Cover Song : Bisakah - Siti Nurhaliza

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hola gais.....

Korang tengah buat ape tu? Mesti sedang menyibukkan diri kan? Tak mahu dilanda kebosanan gamaknya. Sama la dengan aku nieh. Sampai buat ala ala jukebox dah melayan memember request request lagu. Hiks.

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak jadi nak jmpa dan mengopi, keraoke n girls talk dengan my ex-college mate, Kak Aza. Rasa bersalah pulak kalau tak tunaikan permintaan yang jarang jarang Kak Aza buat. Tibber kat komen FB dia request lagu Bisakah - Datuk Siti, katenye... Jadi untuk tak mengecewakan, Alhamdulillah selesei la merakam lagu nieh. Sejujurnya aku tak pernah mencuba hatta sekalipun untuk nyanyi lagu ni ye. Kat bilik karaoke ke, kat apps Smule / Wesing ke, ataupun masa perfomance dan busking. Hahaha.

Makanya, kita dengarkan dulu sekali dua sebelum konpiden nak merakam tu. Sebenarnya ingat nak selang 2-3 hari kemudian. tapi disebabkan waktu tu dah elok berdandan dan bertudung, aku terus kan jugak la hahaha. 

Jadi, kita dengarkan lagu permintaan daripada sahabat lama, Kak Aza. maaf cacat di sana sini lagunya. kang marah pulak peminat Datuk Ct kan. sorry tau. Saya budak baru belajar. Hehe. Saya poskan link daripada Youtube Channel saya. (sudi sudilah subscribe, like dan share okayh.)



Ahaaaaa, nampak tak muka agak cover di situ. Tau tak penat nak cover tang tarik tu supaya tak terkuat sangat dan suara tak pecah? Hahahaha.. Bukan apa, malas lak kang tetibe dtg Haji Md Nor ketuk pintu "Diyana!!! Ape yang memekak - mekak tu?!" Tak memasal je den kang hahahaha.

Okay korang, thank you for reading, watching, viewing. 

Salam PKP, stay safe, take care.

xoxo,
Martika Diyana
19:30
My Hometown






Monday, March 30, 2020

Sahabat My Think Box : We Love You Wae

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hi gais,

Aku mungkin tak igt pernah citer ke tidak tentang satu group outdoor yang sebenarnya sangat meaningful pada aku. Mungkin waktu tu aku tak aktif lagi berblogging. Bukan berjogging ya gais, sebab iols mmg tak suka jog. Iols suka walk je haha.

Okay, Group yang diberikan nama My Think Box (MTB) ni ditubuhkan before 2010, kami aktif dalam tahun 2008-2009 mcm tu lah. Dengan tagline 'Think Out Of The Box'. Aku tak brape ingat tarikh yang tepat. 4 orang founder group outdoor MTB ni. Abang AJ, Abang Ahd, Wae dan Wak. Kami ni follower depa ler. Masa tu kami berlapan je. Ajib, Nisya, Juju and aku sendiri. Lepas tu ramai yang follow termasuk sahabat sahabat baik outdoor kami yang lain. Tujuan group ni ditubuhkan sebenarnya sebab nak luaskan lagi aktiviti outdoor dan mungkin boleh further dengan peluang perniagaan. 


Aku bukan nak citer pasal MTB ni. Perjalanan persahabatan kami dari sebelum MTB wujud, memang indah. Aku dapat ramai kawan kawan daripada sini. Pergi ke banyak tempat yang tak pernah aku pergi. Sampailah kami semua dah makin dewasa n bawa haluan masing masingTapi MTB ni tetap kami tak bubarkan sebab kami sayang satu sama lain sebenarnya.

Tapi tujuan aku buat entry ni, adalah untuk Sahabat kami, salah seorang founder MTB sedang nazak. Yang kami kesalkan, dalam keadaan sekarang (covid19 - RMO) kami tak dapat nak pergi melawat sahabat kami yang pada aku sangat baik hati dan aku rasa memang ramai yang sayangkan dia. Wae atau nama sebenar Zuwairi Al Rashid bin Mohd Nazri. Gambar banyak yang tak ada. Dok dalam laptop lama, rosak. takleh bukak. Tapi masih ada gambar wae dalam simpanan sahabat lain. 

Wae yang belakang

Wae Kiri sekali


Berita kami terima sangat cepat. Kami tak tahu tentang penyakit Wae. Wae tak berkongsi dengan kami semua. Kami hanya dapat tahu dalam wasap group MTB tentang Wae ni kelmarin. 

"Assalamualaikum sahabat yg dikasihi sekalian...

Just nak bagi tahu sahabat kita saudara zuwairi al rashid @ waei sekarang tengah tak sehat... beliau tgh admited di HKL wad neurologi

Terdapat ketulan di otak kiri waei yg membuatkan waei tak berapa aktif... waei tgh ada routine check up dan hari isnin nanti akan buat MRI dan seterusnya akan buat pembedahan.

Mohon sahabat2 dapat mendoakan waei agar dipermudahkan urusan... kalau nak mesej waei... mungkin waei boleh baca cuma x larat dia nak reply... jika nak call bole msg dia dulu...

Waei x boleh dapat pelawat hanya isteri dan keluarga sahaja dibenarkan jumpa...

In sha allah nanti saya cadang utk buat kutipan sedikit utk beliau... tggu isterinya ida bagi no akaun...

Apa2 perkembangan saya akan update lagi...

Wasalam"

- Abang AJ.      

Dan malam tadi Wae dah masuk ke dewan bedah untuk keluarkan tumor yang dah besar sepanjang 5cm. Lambat detect sebab sebelum ni pegi check depa kata die mungkin darah tinggi. Dan bila dpt tau Jumaat lepas kat hospital swasta, bayaran pembedahan terlalu tinggi, jadi diorang refer ke HKL. Bila dah ke HKL, confirm la lambat sket kan. Hanya malam tadi baru dapat masuk ke OT. Tu pun delay beberapa jam sebab OT tak available. Dan tak sempat juga nak operate sebab Wae ditidurkan semalam dan keadaan Wae tak stabil.

Dalam aku menulis ni, masih tunggu update daripada Abang AJ. Sekarang keadaan Wae kritikal. Otak Wae tak berfungsi, cuma Jantung masih berdegup kuat. Badan Wae pun masih panas. 

Abang AJ ada update terbaru sementara aku menulis di sini

"Salam semua... pagi tadi sempat menyusup masuk kat wad icu neurologi dgn bantuan black... waei masih x sedar diri... tapi jantung waei kuat... badan pun panas... kita doa sama2 yaa kawan2..."

- Abang AJ

Mujur ada salah sorang sahabat kami Abang Black, kerja di HKL. Boleh tengokkan dan temankan dia. Juga smpai sekarang masih update perkembangan Wae. Aku stop di sini dulu. Jika ada yang terbaca, mohon doakan sahabat kami sedar dan sihat semula. 

Thank you sudi baca.

xoxo, 
Martika Diyana
12:44
My Hometown
    













Thursday, March 26, 2020

1 Year Update

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hye gais,

Subahanallah 
Alhamdulillah
Lailahailallah
Allahuakbar

Since last time i wrote here, it almost a year. i am a bad blogger i guess. Haha. 

Okay, Aku citer one by one secara yang ringkas ea.

1) Sebenarnya aku terpanggil nak aktif semula di blog ada lah few months lepas. Masa tu aku baru dapat offer untuk jadi residen artis di salah sebuah restoren yang agak baru beroperasi di sekitar Fakulti Pertanian dekat UPM Serdang. jadi secara teknikalnya, restoren tu terletak dalam tanah UPM. Nama restoren tu ASTANA PUTRA. Alhamdulillah kehadiran kami dialu alukan dan kami dapat gaji bulanan dekat sana, (kami tu means aku dan Abg Loque. Nama band kami 'Art Of Fame')

2) Kami tidak lagi menggunakan khidmat Agent ( CPE Sdn Bhd) yang selama ni mendapatkan tempat untuk kami perform di dalam shopping mall (antaranya Hartamas Shopping Center, Sunway Giza Mall, Sunway Putra Mall, Paradigm Mall, The Mines, Aeonbig dan etc.) Sebelum dapat tempat di Astana Putra Restaurant, kami busking di merata tempat atas bantuan rakan kami Nisya (contohnya di Rasta TTDI, Burger_Mbira Uptown Damansara lama, Gobox, KL, dan a few places lagilah). Bila dah perform setiap malam di Astana Putra, kami terpaksa menghentikan rutin kami di tempat lain. Maafkan kami ye semua. inshaa Allah ada rezeki kami datang lagi.

3) Dalam Masa yang sama kami juga terima jika ada undangan untuk sebarang majlis dan pelbagai undangan juga yang kami terima. Alhamdulillah, dapat job sebulan 2-3 kali pun kami syukur sangat. Dapatlah tambah tambah income kami ni. Heee. 

4) Ada juga kami berfikir fikir kami nak buat apa untuk bulan Ramadhan tahun ni. Berniaga ke, duduk rumah je ke? Memandangkan kami sekarang hanya menyanyi di restoren dan bukan lagi dalam shopping mall ( macam tahun lepas - 2019, boleh kata hampir setiap hari jadual busking). Tiba Tiba satu hari owner restoren bertanya kami 
" Bulan puasa ni kamu berniaga ke?" 
Kami jawab,
" Belum tau lagi bang. Kenape ye? Bulan Puasa takkan nak menyanyi pulak malam malam orang nak terawikh kan?"

Owner pun bagi tau lah,
" Bulan puasa ni kamu menyanyi lah kat sini, tak payah fikir fikir lagi"

5) Allahuakbar, kami rasa syukur sangat. Dah tentu lah kami akan mula awal petang sampai menjelang waktu berbuka kan, dan akan sambung sedikit selepas selesai solat maghrib dan berhenti terus waktu isyak. Rupanya untuk bulan Ramadhan nanti, Astana Putra akan dibuka selewat lewatnya sehingga pukul 10 malam. Iklan untuk buffet Ramadhan juga dah pun diwar - warkan. Jadi kami terus batalkan plan untuk buat perkara lain dan kami bercadang nak menjemput sorang dua rakan ahli muzik untuk join kami perform secara live dan akustik sempena bulan Ramadhan. Inshaa Allah

Jadi itulah sedikit sebanyak perkembangan perjalanan karier aku sepanjang tahun lepas sampai lah ke tahun ni. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan aku dan partner (Abg Loque) perform di Astana Putra setiap malam kecuali Hari Isnin. Kami je cuti, Astana bukak mcm biasa setiap hari.
Dan buat masa ni, kita semua sedang melalui detik bersejarah. Di mana seluruh dunia sedang menghadapi perang biologi di mana seluruh dunia berhadapan dengan sejenis wabak yang di panggil COVID19. Wabak yang dibawa oleh virus yang dinamakan Novel Corona Virus.

Kenapa aku panggil detik bersejarah? Sebabnya disebabkan wabak ni, ekonomi hampir seluruh dunia terjejas. Kebanyakan negara termasuk Malaysia mengambil langkah 'PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN' atau 'MOVEMENT RESTRICTED ORDER'.

Inshaa Allah aku akan ceritakan ttg wabak ni sikit dalam pos akan datang. Sebab niat pos ni just nak catch up ape yang dah tertinggal sepanjang setahun ni, hehe.

Thank you 

xoxo,

Martika Diyana
March 26, 2020
11:16
My Hometown

Tuesday, April 30, 2019

My Journey As Busker (2) : Busking Duo VS. Busking Solo


Bismillahirrahmaanirrahirahim

Assalammualaikummualaikum,

Bermula Busking Duo

Pergh, lepas dah brape bulan jalan job busking nih baru dapat nak up entry kedua. Sebenanye ade few issues yg buatkan aku tak terhapdet kisah seorang biduan ku ni kahkah. Alasaaaaan je la ko Diyana kan. Sebenanye, laptop la problem. Tapi takpe, kita jangan citer masalah. Skang nak citer terpat pertama aku busking. Ni kira macam throwback sket la kan.

Aku mula busking sebagai Mall Musician (gelaran yang aku guna skang ni la), berdua dengan sorang brader ni. Gelaran die dari dulu org kenal sebagai Zoro. Die dulu DJ karaoke. Sekarang lebih aktif berbusking dengan instrument yang pada aku sangat romentik n ekslusif, 'Seksafon'.

Jadi bermulalah kehidupan aku sebagai seorang busker di dalam shopping mall. Aku duo la ngan brader Zoro ni. Lebih kurang 2-3 minggu jugak la aku follow die. Memang ingat nak terus je la perform berdua ke sana sini. Tapi brader Zoro ni cakap, yang die selama ni memang gerak sorang. Jadi dia kata dah cukup dia ajar dan tunjuk cara macam mana busking.

Jadi dengan duit yang ada, dia tolong aku carikan satu portable speaker untuk kemudahan aku bergerak seorang diri. Cuak jugak memula bila fikir "Aku nak kene busking sesorang?" aiyarkk!! Hahaha

------------------------------------------------------------------

Busking Solo 

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Aku pun senang je la jumpa equipment untuk aku berkerja. Tak lah lengkap mana. Tapi yang penting penting la. 

Maka bermulalah kisah aku busking solo. Mula mula kekok jugak. Tapi aku fikir, alang alang dah buat, baik buat betul betul. Dan tempat pertama yang aku busking is Hartamas Shopping Center. Alhamdulillah collection pertama busking solo lebih daripada jangkaan. 

Terharu pulak dengan penerimaan dan penghargaan semua org. Ape pun tq dekat Aunty Nora & Uncle John. Banyak tolong dan support. Kak Anis receptionist pun baik sangat. Terima kasih semua. 

Dan aku rasa ok kot busking sorang. Taklah seteruk yang aku bayangkan. Aku je yang suka fikir bukan bukan huhu. 

Okay korang. Thank you sudi singgah sini. 
Sudi sudi lah jugak singgah tengok aku punya Youtube Channel - Martika Diyana. 

xoxo, 
Martika Diyana


RESEPI DAN PETUA : Air Hidung Meleleh ( Running Nose)

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM  Pernah tak korang alami air hidung yang meleleh sampai sakit2 perit hidung dok lap tak berhenti. Kadang kadang sa...