Mengenali kamu adalah perkara nan indah
Tak meletak syarat atau mengharap kesempurnaan
Hanya persefahaman yang diinginkan
Segala yang berlaku tidak ada pertikaian
Menerima semuanya kerana meletakkan kepercayaan
Untuk memahami kamu bukan perkara yang mudah
Kesabaran yang tinggi buatku terus bertahan
Hati mengatakan, pasti bahagia satu hari nanti
Tidak menyedari bahawa itu hanyalah satu mimpi
Namun Allah itu maha penyayang
Tidak membenarkan hatiku terus disakiti
Dipermainkan tanpa disedari
Membuang masa demi lelaki yang keji
Petunjuk demi petunjuk dirungkai
Didedahkan pekung yang disimpan rapi
Segalanya sudah terbukti
Kau juga telah mengakui
Cukup sudah sandiwara ini
Hatiku hancur setelah mengetahui
Walaupun kau mohon untuk terus menghubungi
Bagiku tidak perlu lagi membohongi
Pergilah kau kepada dia
Orang yang identitinya kau lindungi
Jangan kau kembali lagi
Ia hanya menambah sakit di hati
Tahulah aku bagaimana memujuknya nanti
Thank you sudi bace :)
No comments:
Post a Comment
I love to hear from you :D