Aku ni jenis yang gatal tangan. tak boleh ade kertas n pen kat tangan aku. Kire dalam kategori penconteng tegar gak la. Tadi sambil-sambil tunggu member kat mamak, aku bosan, kuarkan la buku nota aku. konon2 nak belek2 ape notes yang aku penah tulis. conteng-canting sket, sekali datang idea daaaa.. Aku pun terus la mengzahirkan ayat-ayat mengarut kat atas buku aku tadi. mane tau kot2 best hahahaha *nampak tak syok sendiri kat situ.
Atas sebab menda ni pun spontaneous, aku tak tau nak bagi tajuk ape puisi aku nieh.
Layan je la ea :P
Secawan nescafe 'O'
Menemani malam nan sepi
Kata pujangga, 'penantian satu penyiksaan'
Namun penantianku tiada debar
Tiada juga kebosanan yang datang menjengah
Hanya sekeping hati yang kosong
Memandang ke jalan raya yang tidak pernah lengang
Tanpa mempedulikan masa yang berdetik
Bukankah masa itu amat berharga
Aku biarkan ia berlalu begitu sahaja
Tiada rasa rugi yang menghimpit
Tiada rasa curiga yang menyelit
Penantianku terasa kosong, kukira itu adalah sabar
Kutahu hati tiada berisi
Dendam, rindu, sedih, iri dan benci
Apakah ertinya di sebalik sebuah sepi
Daun daun yang gugur ke bumi
Lagu lagu berkumandang
Lampu neon di sana sini
Asap dan debu memenuhi udara
Namun tiada satu pun yang bisa menahan masa
Terpulang pada diri yang bersendiri
Terus menanti, namun masa tak pernah mempeduli
Meninggalkan kita yang hala tuju belum pasti
Aku tak menulis specifically untuk sesiapa. Bukan juga kisah tentang aku, Hati aku la yang banyak berkata-kata. Bile bace balik rase macam kelaka pun ade. Mengarut pun ade. Belasah je la. Tak perlu faham, k? ahaks...
Thank you sudi bace :)
No comments:
Post a Comment
I love to hear from you :D