^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Saturday, August 17, 2013

1st Aidilfitri without Opah ~ Al Fatihah ~

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Aku rase tak lambat sangat lagi kot aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada yg kenal atau tak. Andai ada sepanjang sepemecontengan aku kat blog kesayangan aku *yang da lame tak hapdet hoho. Kot la aku ade berkasar ke. Yelah, aku ni kaso. Kot kekadang ayat tu tak menjaga jugak keperitatabahasa. Ahah... Aku pun tak tau ape la kene ngan aku lepas raya ni kan. Mengarut betul grammar aku wakakakaka. 

Ok, mintak maaf sekali lagi, kerana perilaku aku tadi. Amik mood balik. 

First of all, saya mohon rakan yang singgah ke teratak buruk hamba ni, marilah kite sama sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Opah saya yang baru baru ni meninggal dunia, al fatihah..

~

Alhamdulillah, terima kasih semua. Arwah Mak Ulong ngan arwah Pak Ulong aku, da meninggal dunia sebelom arwah Opah aku Diorang la yang terawal meninggal lepas arwah aku aku dijemput Ilahi berpuluh tahun dlu. Dan tahun ni adalah tahun pertama kami sekeluarga beraya tanpa Opah. Sebak jugak dada aku ni. Aku takla terlalu rapat dengan Opah. Tapi aku suke bile balik kampung tu on purpose nak pg ziarah Opah. Dalam setahun tu, ade la sekali dua je balik. Opah tak banyak ragam tuanya. Opah aku cool. Aku rase aku pernah citer pasal Opah aku. 

Terase jugak bile Opah takde. Kalau tak, sibuk la Opah buat kuih muih traditional kegemaran kami. Bahulu, Kuih Goyang, Agar-agar sira gula. Kuih goyang n bahulu Opah mmg terbaek. Susah nak jumpe. Lepas tu, Opah punye kopi, pergghhh... Takde yang sedap macam kopi Opah aku kat luar sane. Rindu kat Opah.. Opah comel. Walaupun die da tua n tak larat, cucu cicit yang kekecik pun suke dekat die. Opah selalu senyum. Tak pernah aku dengar Opah merungut. Walaupun anak2 die ade yg da lame tak balik jenguk die, tak pernah Opah aku sebut sebut. pendam dalam hati je la kot agaknye kan. Siapa la tau di sebalik kedut kedut wajah Opah. 

Aku teringat dulu mase aku suke dok melawan mak aku, umur aku baru awal 20-an. Mak aku pernah cakap, "Opah tu, walaupun hidup susah, tapi die bahagia, sebab anak2 die tak pernah melawan cakap die," sejak tu aku kurang nak bertekak ngan mak aku. Huhu... nakal aku ni.. Kne mintak ampun ngan mak aku.. sob sob..

Ape pun, kami berkumpul gak sepupu sepapat. ramai jugak yang balik sebab mak aku ngan adik beradik die ( pakcik n makcik aku daa) ade usahakan kenduri tahlil untuk arwah atuk, opah, pakcik, makcik, ayah mertua kakak sedara, n semua yang da pergi menghadap Ilahi.

Raya tetap raya, rumah pusaka arwah Opah yang pakcik Atan aku dok sorang tu meriah la sekejap. (Pakcik Atan aku ni tak kawen sebab die kate nak jage Opah smpai bila bila) Seronok la Pakcik atan aku pegi beli itu ini untuk mak n makcik aku Cula (adik mak aku), masak macam macam. Hehehehehe. Nak nak pulak, adik beradik mak aku memang jenis riuh suka mengusik. Tak terasa suram pun raya ni.

Terdetik kat hati aku ni nak berhijrah ke kampung. "Nak duduk kampung pulak la. Jage pakcik aku. Jage rumah pusaka arwah Opah aku." Moga tercapai la hasrat aku satu hari nanti. Who know's kan.

Kami balik hari Ahad. Ayah kate takmo nanti jammed. Baiklah hehehe. Apepun, pada aku, walaupun Arwah Opah da takde, tetap aku akan jadikan amalan balik kampung jenguk sedara mara yang ada. 

Hurm.. Pelik la kalau raye tak balik Lumut. Opah, semoga Opah tenang di alam sana.

Thank you sudi baca :)

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...