^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Thursday, October 24, 2013

Perkara Indah


Mengenali kamu adalah perkara nan indah
Tak meletak syarat atau mengharap kesempurnaan
Hanya persefahaman yang diinginkan
Segala yang berlaku tidak ada pertikaian
Menerima semuanya kerana meletakkan kepercayaan

Untuk memahami kamu bukan perkara yang mudah
Kesabaran yang tinggi buatku terus bertahan
Hati mengatakan, pasti bahagia satu hari nanti
Tidak menyedari bahawa itu hanyalah satu mimpi

Namun Allah itu maha penyayang 
Tidak membenarkan hatiku terus disakiti
Dipermainkan tanpa disedari
Membuang masa demi lelaki yang keji

Petunjuk demi petunjuk dirungkai 
Didedahkan pekung yang disimpan rapi
Segalanya sudah terbukti
Kau juga telah mengakui

Cukup sudah sandiwara ini
Hatiku hancur setelah mengetahui
Walaupun kau mohon untuk terus menghubungi
Bagiku tidak perlu lagi membohongi

Pergilah kau kepada dia
Orang yang identitinya kau lindungi
Jangan kau kembali lagi
Ia hanya menambah sakit di hati
Tahulah aku bagaimana memujuknya nanti


Thank you sudi bace :)



Sunday, October 20, 2013

Fav Song : Kotak Hati By Hujan


Aku ade kenal ngan sorang mamat yang pada aku different drp most guys yang ade di keliling aku. He's quite special.  Kami berkenalan di internet. Die add aku dalam social network. Aku pulak memang tak pernah tgk die sebab die tak letak pic die. Kami jadi rapat sejak kami kerap ber'WeChat'. Kat situ baru aku dpt tgk orangnye. Comel!! Hehe.. Entah kenape sejak berkenalan die terlalu nak sangat jumpa. 

Ade sikit masalah untuk jumpe. Dia tinggal n bekerja di Nilai. Aku macam biase la kat hometown aku di KL. Aku tak sampai hati nak tolak permintaan die untuk jumpe bile satu malam, die kol n bagitau yang die on the way dari Nilai, dapat pakai motor bos katenye, dengan takde lesennye. OMG sanggupnyee. Yang buat aku lagi tak sampai hati tu, bile die gerak dari sana lepas pukul doblas malam. 

Memandangkan die abes kerja kul 12 malam setiap hari. Jangan tanye aku die keje ape. Cuma lepas tu je la boleh jmpe pun. Aku memang waktu tu bekerja malam dan aku boleh kerja mane2 asalkan ade internet access. Aku pun setuju nak jumpe die kat mamak di Sungai Besi. Aku bawak adik angkat aku, kitorang lepak sambil aku buat kerja.

Aku rasa serasi berkawan dengan die sebab aku boleh dok sembang ngan die selama 4 jam tanpa sedar dah Subuh. Means, kalau aku boleh duduk sembang dengan selesa lebih dari sejam, ok la tu. Die gerak dari Sg. Besi balik ke Nilai dalam kul 6 pagi. Sejak itu, kami bertambah rapat and die dah 3 kali turun KL untuk jumpe aku. Memang masuk dengan otak aku la orangnye. 

We love to chat on wechat n dia suka nyanyi macam2 lagu kat aku. Haha. Ok, korang jangan gelak. Suara die sedap okkeh. hohohohoho... Dalam banyak2 lagu yang die nyanyikan untuk aku, die ade nyanyi satu lagu ni. Pertama kali dengar, aku terus jatuh cinta dengan lagunye. bace bebetul, dengan lagunya hehhehe. Yang buat aku tak faham tu, tiap kali die nyanyi lagu ni kat aku, hati aku mesti tersentuh n sebak. Plus aku siap mengalir air mate lagi. Aku smpai sekarang tak dapat jawapan WHY aku mesti jadi mcm tu. Haha. Cuma aku rase, maybe suara die yang menyentuh hati kot. Ahakss.. 

Ok, let it be. Jom layan lagunye. :)


Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi


Thank you sudi bace :)



Monday, October 14, 2013

Deen ke Mydin mak?


Aku semenjak due menjak tige menjak dok umah ngan mak aku nieh, aku rajin la meneman mak aku keluar. Pantang mak aku tgk aku kat umah, die adeeee je plan nak bejalan hahaha. Kekadang tu sampai tak sempat nak luse, mak aku hari ni dah tanye, "Diyana esok cuti ke keje?" Ahaaaa.... Kekadang aku mcm nak tanye je balik, "Mak tak nak kakna keje ke?" Wahaha.. Mcm Kurang sopan plak kan. ^__^ Bukan ape mak aku tu, senang la die nak planning ape2 ke kan. Aku pun ok je la nak meneman. Bukan susah pun. ngeh ngeh..

Nak dijadikan cerita, mase tu nak keluar dari Melawati. Nak pegi HERO beli barang dapur. Mak aku ni kalau berdua dengan aku, memang die la yang lagi cakap banyak. Aku lebih suke diam n jadi pendengar terbaik je la. Dah lalu jalan nak ke MRR2 tu, mak aku pun dengan konfidennye cerita la ngan aku. 

"Mak kalau nak pegi hantar Afzal tusyen, tak suke betul lalu depan Mydin tu. Die suke pasang meja sampai keluar-luar. Lepas tu kereta yang lalu lalang tu bukan nak slow-slow. Kalau nak pegi Mydin tu nak jugak parking depan depan kedai tu. Tu pun dah banyak orang bukak gerai depan Mydin tu. Apam balik la, durian la. Diorang tau ramai orang suke lepak minum kat Mydin tu."

Okey, untuk senang korang nak membayangkan, jalan yang kitorang lalu tu memang akan nampak kedai yang mak aku maksudkan tu. Kedai yang mak aku maksudkan tu kat sebelah kanan kitorang. Tapi aku ade satu menda yang aku musykilkan sket la. Sambil aku pandang keluar kat sebelah kiri kete, dalam hati aku, "Mane ade Mydin kat sini, mesti mak aku salah nieh," tapi aku diam je lagi.

Mak pun diam je pulak, aku rase die da sedar kot die salah sebut. Tapi die nak cakap jugak la agaknye tu "Eh, Mydin pulak, Deen lah," Aku selambe je la cakap, "Kakna da agak dah, tu yg diam je tu. Mesti mak salah cakap tu" Terkekeh-kekeh la mak aku. Konfiden sangat Mydin kat depan umah tu. cubo korang kire berape banyakk Mydin mak aku sebut hoho. Padahal die nak sebut mamak kat depan umah tu, Restoran Nasi Kandar Deen name kedai mamak tu.


Haa.. ni la die Restoran Deen yang mak aku silap panggil Mydin tu.. hoho.. memang penuh kedai ni selalu. Kuah dal die fuhhhh terbaeekkkk.. eh, eh. terpromo plak hehe

Bukan la maksud aku nak ketawakan mak aku. Bukan jugak nak melawak-kan or memalukan mak aku hehhe.. Cume nak citer tahap ke-konfiden-nan mak aku mase die dok bercerita tu. Hehehehe... Ok lak ye. Deen bukan Mydin. Dilulangi, Deen. Takpun kalau rase susah, sebut mamak jer. LOL



Thank you sudi bace :)   







Wednesday, October 9, 2013

~ My Dreams, My Goals, My Desires ~


Kate orang bijak pandai, kalau kita nak mencapai kejayaan, kite kene ade impian. Semua perkara yang jadi atas muke bumi Allah ni, bermula hanya dengan IMPIAN

Contohnya, telefon, mobile phone, TV, kapal terbang, kereta, kapal laut, and banyak lagi perkara. Tak payah penemuan yang besar tu la. Kite tgk contoh lain. Even yang kite nampak mcm remeh. Contoh botol sos picit yang peniaga beger selalu pakai tu. Pencipta botol picit tu dah kaye raye dah. Padahal tgk botol plastik tu macam simple dan hampeh je kan. Macam macam la menda menda pepelik yang da muncul kat pasaran. Ade yang laku, bertahan la produk tu. Produk yang tak bertahan atau tak brape dapat sambutan, orang tetap buat penambah baikan. Untuk ape? Untuk menunaikan hasrat hati nak tgk impian diorang jade kenyataan. 

So, main point aku kat sini, setiap daripada kita pasti ade impian. Tak kira la impian tu kecik ke, besar ke. Tetap ia sebuah impian. Impian kita, hak kita. Terpulang orang lain nak kata ape. Nak ketawakan ke, nak pertikaikan ke, nak kagum n bangge ke. Yang penting, ape yang kita impikan tu, kita je yang dapat merasa kepuasan die bila kite capai.

Dan bila berimpian ni, it has no limitation. Bermimpilah sesuka hati ikot imaginasi kite, bukan kene bayar pun. Mase kekecik dlu, berangan jadi puteri raja la, superman la, bawak kuda terbang la, jadi angkasawan lawan alien la. Lagi menda pepelik. Takde masalah pun kan. Yang sekarang tak berani nak bermimpi tu, ko dah kenape? Huhuhu... mungkin kerana da tau kan yang dunia ni bukan selalu indah. 

Itu sebabnye la Impian kite tu, kite kene tuka jadi MATLAMAT. Kalau tak, sampai bile2 la kite bermimpi je kan. Tapi, diingatkan, matlamat ni mesti la menda yang logik. Mestilah JELAS, n prakrikal la nak capai. 

Ape pun, aku pernah dengar satu orang yang berjaya dalam perniagaan die cakap. IMPIAN ni adalah satu perkara yang sangat jijik, busuk, menyakitkan, kotor, kejam. Aku dah pelik da memula. Abeh tu, salah ke kalau ade impian? Tapi bila die jelaskan kenape die cakap gitu, barula aku faham. 

Rupa-rupanya perjalanan n liku yang kite akan lalui demi nak capa impian itula yang dianggap kejam, jijik, kotor. Memang la, kite selalu tgk org yang dah berjaya tu mase die dah pun berjaya. ade kite fikir ke di sebalik kejayaan die tu, ape yang die lalui. tu sebab ade pepatah cakap "Bukan senang nak senang" n ade satu quote berbahasa Inggeris yang kate die, "Every successful people has painful story behind them"

Itulah maksudnye. Dan memnag tak dinafikan, betul lah kate orang orang berjaya. Itulah rempah ratus nak jadi orang berjaya.

I'm the one of million people who has dreams of successful life for future. No matter how to get it, no matter how to reach it, and no matter how or where it will bring me, i'll still dream about it. And these all are what i thought.

Come, i want to share my Vision with all of you here ---> ~ My Dream Board ~

Thank you sudi bace :)



I've Lost All My Beloved Pictures!!!!



Koraaaannnnngggggggg!!!!!!! 
Aku nak mengadu nieeeehhhhhh!!!!!! 
Dengar laaaaaa!!!! 
*haha, mesti penat kan tgk banyak giller tanda seru. memang saje nak menunjukkan ke'stress'an aku nieh. hoho

I have lost my external hard disc which I treasured all my pictures and files in there!! Actually, it was a robbery. My red chilly handbag has been robbed last month. And as you all knew, most of woman, their handbag is her soul. Hehe. Many important things i put in there gone with the robber. Huh... including my External hard disc.

Ohhhh Eeemmm Geeee!!!! Astaghfirullah..... Sabar aje la aku. Wallet ilang, aku leh terima lagi, dalam tu ade macam-macam document diri kan. Tab aku ilang, dengan menda-menda kekecik yang lain, takpela, aku halalkan. Tapi aku paling frust skali External hard disc aku ni la.

Weeeyyhhh!!!! Korang bayangkan laaaa. Gambo dari zaman aku tok kaduk *err betul ke ayat aku nieh. Kirenye zaman aku muda belia tu la. Lesap begitu sahaja. Semua gambo and video aku ada di situ. Diulangi, semuaaaa..!!! Sob sob sob... Mujur la ade antara gambor tu aku ade upload lam social network aku. N ade sesetengahnye aku save lam PC kat opis aku. 

So, bolehlah kiranya lpas ni aku collect, kutip kutip balik memane yang dok hado tu. Semua nanti aku nak letak lam satu pendrive n ia akan disimpan di dalam peti, di dalam almari, di rumah *hahaha tersangat poyo kan. Cmane pun video aku, kebanyakannye tak dapat diselamatkan. Terutamanya video n gamba anak buah aku dari hari ke-2 die lahir. Terlalu banyak gambar die sahaje. Mane la nak dapat lagik semua tu kan. Memang takde la citer die memandangkan memang dari camera aku mase tu hehehee. Ade jugak video mase family vacation ke Sabah n pulau pulau sekitar die. tak jual kat kedai punye. Subahanallah, redha je la aku.

***Psst - nanti aku citer pulak cmane kejadian berlaku sebenar benarnye ahakkss..



Jom kite layan page aku yang ala-ala galleri untuk picture2 aku tu dekat sini. Skang ni tak la banyak lagik gambonye. Aku akan hapdet dari semasa ke semasa. Inshaa Allah selagi ade kederat dan selagi aku diizinkan untuk berblogging. Amin.... ahakss.




Tuesday, October 1, 2013

Personality Test ^____^


Aku terjumpa Personality Test nie, kawan aku Ari Yahya yang post. Dari mane die dapat biar la kan. Hehe. aku memang suke menda-menda yang berkaitan dengan personality diri nieh. Hohohohoho.. Ape kate korang test. Ikot arahan n please dont cheat ea. Da dapat jawapan, share la ngan aku ahaks.. 

Enjoy your test :D 

p/s : Please don't take it serious ya. It is just a game for fun. ^_________________^


Look at the tree and choose the one that is immediately most appealing to you. 
Don’t think about it too long, just choose, and find out 
what your choice says about your personality. write down your choice in the comments
.



.
.
.
ok, da pilih tu rilek jap... amik napas.. huhu
.
.
.


The results!

1. You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve. 


2. You are a fun, honest person. You are very responsible and like taking care of others. You believe in putting in an honest day's work and accept many work-related responsibilities. You have a very good personality and people come to trust you easily. You are bright, witty and fast-thinking. You always have an interesting story to tell. 

3.You are a smart and thoughtful person. You are a great thinker. Your thoughts and ideas are the most important. You like to think about your theories and views alone. You are an introvert. You get along with those who likes to think and learn. You spend a lot of time, thinking about morality. You are trying to do what is right, even if the majority of society does not agree with you. 

4. You are perceptive and philosophical person. You are a unique, one soul of your kind. Next to you there's no one even slightly similar to you. You are intuitive and a bit quirky. You are often misunderstood, and it hurts you. You need personal space. Your creativity needs to be developed, it requires respect of others. You are a person who clearly sees the light and dark sides of life. You are very emotional. 

5. You are self-assured and in charge. You are very independent. Your guiding principle in life is 'I'll do it my way.'. You are very self-reliant and know how to stay strong for yourself and the people you love. You know exactly what you want and are not afraid of pursuing your dreams. The only thing you demand from people is honesty. You are strong enough to accept the truth. 

6. You are kind and sensitive. People relate to you very well. You have many friends and you love helping them. You have this warm and bright aura that makes people feel good when they are around you. Every day, you think about what you can do to improve yourself. You want to be interesting, insightful and unique. More than anybody else in the world, you need to love. You are even ready to love those who don't love you back. 

7. You are happy and unflappable. You are a very sensitive and understanding person. You are a great listener who know how to be non-judgmental. You believe that everybody has their own journey in life. You are open to new people and events. You are highly resistant to stress and rarely worry. Normally, you are very relaxed. You always manage to have a good time and never lose your way. 

8. You are charming and energetic. You are a fun person who knows hot to make people laugh. You live in a state of harmony with the universe. You are spontaneous and enthusiastic. You never say no to an adventure. Often, you end up surprising and even shocking people. But that's just how you are. . . You always remain true to yourself. You have many interests and if something proves of interest to you, you will not rest until you acquire a profound knowledge of this area. 

9. You are optimistic and lucky. You believe that life is a gift and you try to achieve as much as possible and put this gift to the best use possible. You are very proud of your achievements. You are ready to stick by the people you care about through thick and thin. You have a very healthy approach to life. The glass is (at least) half full for you. You use any opportunity to forgive, learn, and grow because you believe that life is too short to do otherwise



That's all for now. Hope korang enjoy. Jangan lupe bgtau korang no brape kat komen box ea :D 

p/s: Kalau korang rase2 tak paham, copy je ayat2 tu, paste kat Google Translate ea.


Thank you sudi bace :)


Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...