^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Monday, March 30, 2020

Sahabat My Think Box : We Love You Wae

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hi gais,

Aku mungkin tak igt pernah citer ke tidak tentang satu group outdoor yang sebenarnya sangat meaningful pada aku. Mungkin waktu tu aku tak aktif lagi berblogging. Bukan berjogging ya gais, sebab iols mmg tak suka jog. Iols suka walk je haha.

Okay, Group yang diberikan nama My Think Box (MTB) ni ditubuhkan before 2010, kami aktif dalam tahun 2008-2009 mcm tu lah. Dengan tagline 'Think Out Of The Box'. Aku tak brape ingat tarikh yang tepat. 4 orang founder group outdoor MTB ni. Abang AJ, Abang Ahd, Wae dan Wak. Kami ni follower depa ler. Masa tu kami berlapan je. Ajib, Nisya, Juju and aku sendiri. Lepas tu ramai yang follow termasuk sahabat sahabat baik outdoor kami yang lain. Tujuan group ni ditubuhkan sebenarnya sebab nak luaskan lagi aktiviti outdoor dan mungkin boleh further dengan peluang perniagaan. 


Aku bukan nak citer pasal MTB ni. Perjalanan persahabatan kami dari sebelum MTB wujud, memang indah. Aku dapat ramai kawan kawan daripada sini. Pergi ke banyak tempat yang tak pernah aku pergi. Sampailah kami semua dah makin dewasa n bawa haluan masing masingTapi MTB ni tetap kami tak bubarkan sebab kami sayang satu sama lain sebenarnya.

Tapi tujuan aku buat entry ni, adalah untuk Sahabat kami, salah seorang founder MTB sedang nazak. Yang kami kesalkan, dalam keadaan sekarang (covid19 - RMO) kami tak dapat nak pergi melawat sahabat kami yang pada aku sangat baik hati dan aku rasa memang ramai yang sayangkan dia. Wae atau nama sebenar Zuwairi Al Rashid bin Mohd Nazri. Gambar banyak yang tak ada. Dok dalam laptop lama, rosak. takleh bukak. Tapi masih ada gambar wae dalam simpanan sahabat lain. 

Wae yang belakang

Wae Kiri sekali


Berita kami terima sangat cepat. Kami tak tahu tentang penyakit Wae. Wae tak berkongsi dengan kami semua. Kami hanya dapat tahu dalam wasap group MTB tentang Wae ni kelmarin. 

"Assalamualaikum sahabat yg dikasihi sekalian...

Just nak bagi tahu sahabat kita saudara zuwairi al rashid @ waei sekarang tengah tak sehat... beliau tgh admited di HKL wad neurologi

Terdapat ketulan di otak kiri waei yg membuatkan waei tak berapa aktif... waei tgh ada routine check up dan hari isnin nanti akan buat MRI dan seterusnya akan buat pembedahan.

Mohon sahabat2 dapat mendoakan waei agar dipermudahkan urusan... kalau nak mesej waei... mungkin waei boleh baca cuma x larat dia nak reply... jika nak call bole msg dia dulu...

Waei x boleh dapat pelawat hanya isteri dan keluarga sahaja dibenarkan jumpa...

In sha allah nanti saya cadang utk buat kutipan sedikit utk beliau... tggu isterinya ida bagi no akaun...

Apa2 perkembangan saya akan update lagi...

Wasalam"

- Abang AJ.      

Dan malam tadi Wae dah masuk ke dewan bedah untuk keluarkan tumor yang dah besar sepanjang 5cm. Lambat detect sebab sebelum ni pegi check depa kata die mungkin darah tinggi. Dan bila dpt tau Jumaat lepas kat hospital swasta, bayaran pembedahan terlalu tinggi, jadi diorang refer ke HKL. Bila dah ke HKL, confirm la lambat sket kan. Hanya malam tadi baru dapat masuk ke OT. Tu pun delay beberapa jam sebab OT tak available. Dan tak sempat juga nak operate sebab Wae ditidurkan semalam dan keadaan Wae tak stabil.

Dalam aku menulis ni, masih tunggu update daripada Abang AJ. Sekarang keadaan Wae kritikal. Otak Wae tak berfungsi, cuma Jantung masih berdegup kuat. Badan Wae pun masih panas. 

Abang AJ ada update terbaru sementara aku menulis di sini

"Salam semua... pagi tadi sempat menyusup masuk kat wad icu neurologi dgn bantuan black... waei masih x sedar diri... tapi jantung waei kuat... badan pun panas... kita doa sama2 yaa kawan2..."

- Abang AJ

Mujur ada salah sorang sahabat kami Abang Black, kerja di HKL. Boleh tengokkan dan temankan dia. Juga smpai sekarang masih update perkembangan Wae. Aku stop di sini dulu. Jika ada yang terbaca, mohon doakan sahabat kami sedar dan sihat semula. 

Thank you sudi baca.

xoxo, 
Martika Diyana
12:44
My Hometown
    













Thursday, March 26, 2020

1 Year Update

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera 

Hye gais,

Subahanallah 
Alhamdulillah
Lailahailallah
Allahuakbar

Since last time i wrote here, it almost a year. i am a bad blogger i guess. Haha. 

Okay, Aku citer one by one secara yang ringkas ea.

1) Sebenarnya aku terpanggil nak aktif semula di blog ada lah few months lepas. Masa tu aku baru dapat offer untuk jadi residen artis di salah sebuah restoren yang agak baru beroperasi di sekitar Fakulti Pertanian dekat UPM Serdang. jadi secara teknikalnya, restoren tu terletak dalam tanah UPM. Nama restoren tu ASTANA PUTRA. Alhamdulillah kehadiran kami dialu alukan dan kami dapat gaji bulanan dekat sana, (kami tu means aku dan Abg Loque. Nama band kami 'Art Of Fame')

2) Kami tidak lagi menggunakan khidmat Agent ( CPE Sdn Bhd) yang selama ni mendapatkan tempat untuk kami perform di dalam shopping mall (antaranya Hartamas Shopping Center, Sunway Giza Mall, Sunway Putra Mall, Paradigm Mall, The Mines, Aeonbig dan etc.) Sebelum dapat tempat di Astana Putra Restaurant, kami busking di merata tempat atas bantuan rakan kami Nisya (contohnya di Rasta TTDI, Burger_Mbira Uptown Damansara lama, Gobox, KL, dan a few places lagilah). Bila dah perform setiap malam di Astana Putra, kami terpaksa menghentikan rutin kami di tempat lain. Maafkan kami ye semua. inshaa Allah ada rezeki kami datang lagi.

3) Dalam Masa yang sama kami juga terima jika ada undangan untuk sebarang majlis dan pelbagai undangan juga yang kami terima. Alhamdulillah, dapat job sebulan 2-3 kali pun kami syukur sangat. Dapatlah tambah tambah income kami ni. Heee. 

4) Ada juga kami berfikir fikir kami nak buat apa untuk bulan Ramadhan tahun ni. Berniaga ke, duduk rumah je ke? Memandangkan kami sekarang hanya menyanyi di restoren dan bukan lagi dalam shopping mall ( macam tahun lepas - 2019, boleh kata hampir setiap hari jadual busking). Tiba Tiba satu hari owner restoren bertanya kami 
" Bulan puasa ni kamu berniaga ke?" 
Kami jawab,
" Belum tau lagi bang. Kenape ye? Bulan Puasa takkan nak menyanyi pulak malam malam orang nak terawikh kan?"

Owner pun bagi tau lah,
" Bulan puasa ni kamu menyanyi lah kat sini, tak payah fikir fikir lagi"

5) Allahuakbar, kami rasa syukur sangat. Dah tentu lah kami akan mula awal petang sampai menjelang waktu berbuka kan, dan akan sambung sedikit selepas selesai solat maghrib dan berhenti terus waktu isyak. Rupanya untuk bulan Ramadhan nanti, Astana Putra akan dibuka selewat lewatnya sehingga pukul 10 malam. Iklan untuk buffet Ramadhan juga dah pun diwar - warkan. Jadi kami terus batalkan plan untuk buat perkara lain dan kami bercadang nak menjemput sorang dua rakan ahli muzik untuk join kami perform secara live dan akustik sempena bulan Ramadhan. Inshaa Allah

Jadi itulah sedikit sebanyak perkembangan perjalanan karier aku sepanjang tahun lepas sampai lah ke tahun ni. Alhamdulillah dah masuk 4 bulan aku dan partner (Abg Loque) perform di Astana Putra setiap malam kecuali Hari Isnin. Kami je cuti, Astana bukak mcm biasa setiap hari.
Dan buat masa ni, kita semua sedang melalui detik bersejarah. Di mana seluruh dunia sedang menghadapi perang biologi di mana seluruh dunia berhadapan dengan sejenis wabak yang di panggil COVID19. Wabak yang dibawa oleh virus yang dinamakan Novel Corona Virus.

Kenapa aku panggil detik bersejarah? Sebabnya disebabkan wabak ni, ekonomi hampir seluruh dunia terjejas. Kebanyakan negara termasuk Malaysia mengambil langkah 'PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN' atau 'MOVEMENT RESTRICTED ORDER'.

Inshaa Allah aku akan ceritakan ttg wabak ni sikit dalam pos akan datang. Sebab niat pos ni just nak catch up ape yang dah tertinggal sepanjang setahun ni, hehe.

Thank you 

xoxo,

Martika Diyana
March 26, 2020
11:16
My Hometown

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this time. I was wandering...