^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Tuesday, October 21, 2014

What should I do first? T__T

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hiiiii everybodyyyy!!!! Huhhh betapa lamanye aku tak berblogging. Teruknyeeee... Aku rasa mcm org tak bertanggungjawab pulak bile teringatkan blog aku yang terbiar sampai bersawang nie. 

Haih.. Bukan ape. Aku dah jarang online skang. Kat rumah pun seskejap je (actually, sekejap pun dah bole jadi... Alasan sangat kan)

Aku takde mood n aku takde idea. Andai ikotkan hati aku ni. Baaaaaanyak benda aku nak update. Tu blog aku lagi satu pasal kisah travel aku tu. tak terhapdet. Tergendala jugak tu. Sume pasal aku jarang pegi jenjalan dah skang ni. Outdoor apetah lagi. Bile dah terlalu banyak benda dok fikir nak buat. Hujungnya, satu ape pun aku tak buat. Finally, i will end up dengan mengadap telefon aku je lah. Huuuhhh... Bile sesedar, masa dah banyak terbuang. 

Few weeks aku da plan nak mulakan buat sesuatu. Cuma masa tak kena. So aku decide, dalam minggu ni jugak. ' I should go out and start doing what i want to do'. Haaaa... Bile da keluar, ade lagi satu masalah plak. WHAT SHOULD I DO FIRST??? Where should i go? How do i start? Which is the most important? Which one should I give priority??? Ahahahahaha.... And again, i will end up in the car or at mamak with my handphone and searching unlimited contacts and info as well. Usually it will takes time... Forever!!

Again, masa dah terbuang begitu sahaja..

Aku teringat satu ayat ni..


Surah al-Asr 

Terjemahan die ;


Surah ni pendek je tapi makne die sangat mendalam. Bile aku sedar banyak masa dah terbuang, aku mesti akan teringat surah ni. Spontan aku mesti akan nyanyi nasyid yang dicipta dengan liriknya adalah maksud surah al-Asr ni. Sedih pulak rasa bila banyak masa aku tak gunakan sebaik-baiknya. Aku bukan muda lagi. Dah makin tua. T___T

Bila terfikir pulak yang masa makin suntuk, aku teringat pulak perkara lagi satu ni ;


5 perkara sebelum 5 perkara. Aduuuuiiiii.... lagi la aku terpukul. 

So, bile teringat kan semua menda ni, aku mesti akan berbalik kepada asas. 
'Things to do list' akan terjah kepala otak aku nieh. Hahaahhaha... Dan aku mcm biase akan bertanya balik.

What should i do first? Second? Third? Then? Blurrrr.....

Aku sedar yang aku ada masalah time management. Aku cuba buat organizer. Aku ada organizer book whaaatttt. Always in my handbag. But i dont know how to use it in the right way. Bila aku tengok video video motivasi, baca ayat-ayat motivasi, dengar ceramah yang beri motivasi and watch movies yang very inspiring, aku memang akan semangat - stand up straight and said, " I can do this"

Bila aku naik atas, siap siap. aku tgk bilik aku, aku low motivate balik. Haih... Sebenarnye aku ni bukan la antara golongan yang complicated. But recently aku jadi complicated. Maybe disebabkan beberapa kejadian yang menimpa aku la kan. But i know yang itu semua bukanlah alasan untuk aku tak teruskan ape yang aku da plan n to build up my bright future. I must start from beginning. I must go back to the root or beginning. I will get the rhythm so i wouldn't feel wrong. And it's ok to do it wrong, so i will learn.

Lampu yang pertama berjaya dinyalakan lepas beribu-ribu kali dicuba. Kulit ayam KFC pun kene reject berkali kali sampai akhirnya sekarang atu dunia makan sampai jilat siku. So, kenapa aku takmo terima sedikit kesalahan, kekalahan n kesilapan. Just learn from the mistake ^ ^

So, I will sit and list up balik everything. Inshaa Allah i know that i will come out with something yang bermakna n membanggakan haha :D 

You can do this MD !! Chaiyok!! Chaiyokk!! 
Good Luck for me.. Haha.. I think i need it :D


Terima kasih sudi baca :)

Thursday, July 10, 2014

Kelebihan Membaca & Mendengar ayat- ayat Al Quran al Qareem

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtara.

Wah.. mesti korang yang rajin jengah teratak buruk hamba ni bosan kan. Asal bukak je, menda yang sama, asal bukak je menda samaa je. Haiihhh... da takmo berbelog ke tuan tahan kedaoung nih? Hehehehe... Aku dihidapi penyakit misteri. iaitu Penyakit 'M'. Sebab ape misteri? sebab die datang n pergi bile2 masa n takde ubat yang boleh menyembuhkan die kecuali diri sendiri. Huhuhuu.. Adeeeyyy... Maafkan lah hamba yang khilaf ni. Sempena bulan Ramadhan Al- Mubarak nieh, aku nak mintak korang doakan aku jangan nak berpenyakit 'M' sangat. Ahakkksss... 

Ok, back to the topic as per title, aku sebenanye teruja bila ade salah seorang drp bekas lecturer mase aku buat diploma dlu post status kat FB die. Aku panggil die Ustaz Tarmizi. Manis orangnye, tapi dah berkahwin. Hoho :P

Makanya, aku nak share kat sini kelebihan membaca ayat-ayat alQuran. Sebab apa? Aku sebenanye dari semalam baru plan nak download surah-surah n ayat-ayat alQuran ni kat pendrive aku sebab nak pasang lam kete. So, bile terbaca ni, excited lebih la. Haha. Jom kita perbanyakkan / mengamalkan membaca al-Quran ye kawan-kawan. Inshaa Allah banyak fadhilat dari-Nya. Wallahualam.

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN???

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN



Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

🌿AL QURAN DAN PENYEMBUHAN🌿
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

🌿AL QURAN DAN SEL KANSER🌿
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

🌿AL QURAN DAN MOLEKUL AIR🌿
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

🌿AL QURAN DAN KETENANGAN🌿
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

🌿AL QURAN DAN VIRUS🌿
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

🌿AL QURAN DAN BAYI🌿
Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.


Haaaa, macam-macam manfaat yang boleh kite dapat dengan baca alQuran kan ^^
Nampaknye dah boleh mula lah hehehehehe Inshaa Allah pelan-pelan, kite istiqamah & muhasabah.
Oh, aku lupe lah, andai ada antara kita ni yang mungkin baru nak bermula mengenali alQuran, jangan malu jangan segan, belajar lah dari bawah. Takde masalah. Zaman digital ni macam2 cara ada. Namun pada aku yang lebih afdhal, amik la kelas alQuran untuk golongan dewasa. Biarlah kita diajar dengan betul drpd yang pakar. Berlambak-lambak kelas. Silap2 dapat sekelas ngan hakak2 n habang2 retis hohoho (kesitu pulak - terpesong niat, errkk) 



Tuesday, May 27, 2014

Puasa Minum Caffeine T__T Sob Sob

Bismillahirrahanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.

Habis keje hari ni aku terus pg direct ke Sungai Besi. Mane lagi retoren mamak kegemaran aku la kan hahaha. Ape name die? Rayyan.. Ulang sekali lagi, Rayyan hohoho.. Rayyan ni la yang aku kate aku takpayah order air tu. Duduk2 je, nescafe tarik sampai haha. Ni pun aku da mintak jangan terus buat dah sebab aku nak kurangkan minum Nescafe. Bukan ape, aku kan tgh consume Royal Collagen. Memang la diikutkan, tak de pantang larang. Tapi aku nak la jugak hasil yang maksimum kan kan kan.. So kalau aku tak amik caffeine tu maybe kesan die lebih baik kan. Sebab badan aku dah lama mmg tepu ngan caffeine ni hahahha :P 

Ko tak gile kalau hari2 nescafe nescafe. Ni pun sebab semput aku da tak minum kopi dah
kalau tak kopi kopi kopi hahaha. Aku takle minum kopi tu pasal die ade serbuk, dan serbuk kopi tu bole buat aku semput berminggu minggu macam takmo baik hahah. Sakit oowwwwhhhh Tuhan je yg tau. Hohoho :P

Now bile pg je memane kedai aku jadi blur. Tak tau nak order ape. Kalau tak tu kan, Selalunye lajuuu je mulut aku tu order nescafe hahaha. Ni aku jadi terpelik jap bile aku menahan diri dari mengorder nescafe. And actualy aku dalam plan nak berdiet. Kalau tak, aku bukan kire, bedal je la. Cuma satu sebab je. Sebab aku tak sanggup lagi melihat diri aku dianiaya oleh nafsu makan/minum ku sendiri hehehe. Bukan orang lain aniaya aku LOL. 


Ye la, ko bayangkan, aku diri depan cermin, aku cube baju-baju feveret aku. semuanya sangkut tang pinggul. Adoiiii la. Mase masuk ok je, bile smpai kat pinggul, aiiikkk... Tak lepas. Ade yg boleh, tapi memang mcm nangka kne balut la. Ade baju yang dulu aku pakai besar pun, skang da jadi sempit. Ouuhhheemmmmggggeeee....!!! Achaner nieeeee!!! Stress aku. (sambil menggeleng mase tgh type nieh) haha :P 

So, sokonglah aku. Jangan la cakap "Takpayah diet-diet ni, janji sihat," Kalau badan da macam tong, nak sihat amendakejadahnye. And skang ni aku memang rasa diri aku sangat tak sihat. Kerap sakit. Aku sedar penyakit-penyakit ni datang lepas aku da berhenti bersukan & ber'outdoor'. Totally stop. No Jogs, no hiking, no climbing, no... none of them!! Haihh... terasa bawak beban yg berat & actually aku tak selesa ngan badan aku sendiri. So, I need support. Moral support. No matter in what condition. Anything can do. 
I really hope this is working. Puuuhhhlleeeeaaassseeeee hehehe 
^__________________^

So, banyak sangat aku membebel. Last but not least, wish me luck!! Aku akan berpuasa minum caffeine mulai dari semalam!! Haha :P


Thank you sudi baca :)

Sunday, May 25, 2014

DIY : Home Made Concealer

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat sejahtera.

Aku termenung tengok compact powder aku dah pecah. Memule pcah sket tu aku bawak lagi la die lam handbag kan. Lepas die makin hancur, aku pulak pening tengok handbag aku penuh ngan bebedak nieh. kaler cekelat lak tu kan haha. So aku pun pk, ape la aku nak buat. nak buang yang ni n beli baru, sayang. bedak tu banyak lagi okkeehhh...

So, aku pun try la tanye pakcik aku yang serba tahu tu. Macam-macam la idea die bagi. Dalam bentuk gambar, video pun ade. Haaa pakcik aku ni name die Gugel. Say hi to Uncle Gugel!! Hehe Senget. :P

Macam - macam la aku belek. Sudahnye aku berjumpa dengan sesuatu yang amatla menarik hati dan mata dan otak aku. Why don't you turn your broken powder to a concealer!!! Yeay!! Idea.. hahaha. Terus aku teringat kan barang- yang diperlukan. senang sangat okkeehhhh... Alhamdulillah haha..

First aku perlukan bedak compact yang da pecah tu la kan. Of course la haha :P. Secondly, aku perlukan moisturizer. Tak payah banyak. Just nak experiment je hahaha :P (korang, aku ni bukan la rajin sangat nak berconcealer ni. Moisturizer tu pun pakai kalau teringat hohoho) 

Aku pun mule la experiment aku. Bahan - bahannya adalah ;

1 ) Bedak compact yg dah pecah (jangan korang saje nak pecahkan pulak bedak korang tu)
2 ) Moisturizer / Pelembap
3 ) sudu plastik / spatula



Cara membuatnya ;

1 ) Hancurkan compact powder
2 ) Campur ke dalam moisturizer 
3 ) Kacau sampai sebati & larut.
4 ) Simpan dalam bekas yang berpenutup.
5 ) Dah boleh pakai. 





Tarraaaaaa.... ^___^ Simple je kan. Tak sampai 15 menet. Ouh, ade tips sket la. Kalau lepas dah campur tu, check dulu warna die. Test sapu sket kat tangan ke muke ke. Cukup pekat ke tak. Kalau kurang, hancurkan lagi bedak n campur sikit - sikit sampai dapat warna yang korang nak.  

Bila dah siap tu kan, aku tak sabar -sabar lagi nak pakai. (Padahal mase tu dah pukul 2 pagi) Aku nak pakai jugak. So, aku pun sapula kat kulit muke aku. Wow... Memang best. takde pulak rase mcm pakai concealer atau foundation tu kan. Sebab yang ni die base dgn moisturizer kan. so die absorb la. 

Kalau korang rajin, cube la ea hehehehe :D Good Luck !!

Thank you sudi baca :)

Sunday, May 11, 2014

Tips : Harum & Langsing Tubuh Badan


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Waaaaahhhh... Semenjak due menjak tige menjak consume Royal Collagen ni kan, pandai pulak aku nak hapdet tips tips ni kan. Selalunye aku bace tips dari blog or website org len jer hohoho. Sebabnye aku ni bukan lah seorang yg rajin nak mengamal secara konsisten kalau bab-bab penjagaan diri ni. Means bukan la tak de langsung kesedaran diri. Ada, tapi konsistentasinya nga' ada dong. 

Cuma lepas dah umur 3 series ni kan baru la menginsafi dan menyedari pentingnya panjagaan diri secara berterusan (ni kalau takmo badan expired cepat la). So, now i announce myself as a 'Health & Beauty Lover'. Berrggghhhh mesti korang rase nak muntah kaaaannn. Muntah la, tapi janganla kat laptop / Henpon / Tab korang. Rosak nanti tak dpt bace tips aku yg best nieh hoho :P

Okkeh, ape kate aku memulakan citer tips aku ni. Kalau tak nanti mencecehnye je yang panjang. Padahal nak bace tip nye pendek je ahaks. 

Aku sedar yang aku ni taklah langsing ke wangi ke. Sebab kesedaran sivik aku pasal penjagaan diri sangat la kureng. Taklah secerewet adik pompuan aku yg baru umur 22 tahun tu. Korang, adik aku tu, uur die 18-19 tahun mak aku da bawak ie pg specialist kulit okkehh disebabkan kerisauan melampau kat jerawat muke die. Normal la kan bebudak ade jerawat. Tapi disebabkan die nak jadi model kat umah (hoho), mak aku bawak la jugak. Mahal pulak tu, ya Ampuuunnnn.

Back to story, aku pun bukan la cantik sangat. Cuma aku baru berjinak-jinak nak mengamalkan rawatan D.I.Y yang sangat mudah nieh. Walaupun saiz aku ni macam penguin, tapi tip ni meang berkesan sebab walaupun tak langsing bebetul lagik, tapi aku dapat rasa la perbezaan die. 

Andai berterusan amalkan kaedah ni, inshaa Allah boleh nampak hasil die. Dan hasil yang sebenar adalah pada orang yang dah berkahwin. Kate tips ni bagus untuk hubungan suami isteri. Kenape? Ahaaaa, tunggu la kalau aku kawen sok aku tau la kot. Skang tak kawen lagik tak tau hohoho :P. So, kepada kaun kaun isteri, kalau ade chobe sila beri feedback yer heee.

Untuk mengharumkan dan langsingkan badan ;

Bahan bahan ;
1 - Gula batu sebesar ibu jari kaki
2 - Limau nipis (sebelah / separuh)
3 - Air panas (seruas jari manis)

Cara membuat ;
1 - Tumbuk gula batu hingga halus dan masukkan dalam cawan 
2 - Masukkan air panas
3 - Perah limau tadi
4 - kacau sehingga larut

So, bile da siap larut tu, bace selawat 3x dan minum. Amalkan setiap hari (aku minum ikut suke aku). Kalau bole follow la instruction. Aku rase aku kne lebih berdisiplin la. Kate tips ni, kalau amalkan secara berterusan, dalam masa seminggu dua dah boleh rasa kelainan die. Badan akan rasa segar, takde lagi kuputihan yg berbau memalukan. Siap bole langsing lagi. Sebab aku ni kan takde shape. Badan macam penguin hahahahaha :P




Pssttt. Lepas ni kite pegi NSK ke, Tesco ke, kite borong gula batu dengan limau nipis stock sebulan hahaha :P


Selamat mencuba!! 

Thank you sudi baca :) 


Thursday, May 1, 2014

How to make WOMAN & MAN happy

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Aku sebenarnye terjumpa mendalah nie. then aku terfikir. betul jugak tu hik hik hik. Err.. Guys... Ni just a release tension session ea. No heart feeling. Let's read and have fun ^^

p/s : after read this, share with your friend :D

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:




Happy sangat la gamaknye tu :P



1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements

So what's so hard about that?
HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:
It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
WITHOUT FORGETTING TO:
44. give her compliments regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
50. give her lots of attention
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes
BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:
53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes

****banyak lelaki nak kene jadi kan haha. Gasak la korang :P
Memula nak letak semua pic young happy couple je. Tapi terjumpe pulak pic Happy old couple ni. tetibe tersebak + terharu. So sweet kan sampai tua pun till loving. This picture pun tak bole kite lepas pandang. asik nak pic orang muda bercinta je kan hoho :P

See.. sweet kan aren't they :D 

Thank you sudi bace :D


Monday, April 28, 2014

Opportunity - My New Passion ^___^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Orang kate, peluang tu datang hanya sekali, takkan ada kali kedua. Mungkin kalau peluang tu datang lagi, tapi ia bukan lah untuk kita. And kali nih aku nak bercerita tentang peluang untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik :)

Aduuu aku sememangnya gile kalau bercerita bab - bab bisnes nih. Jumpa orang yang se'frequency' dengan aku, boleh tak cukup sehari bertukar-tukar idea. Just tak cukup lagi la kot pengalaman kan hehe. Saba je la aku. Sebab kalau nak citer pasal bisnes ni, aku pernah la jugak cube nak berbisnes. Lame dah kisah ni. 4-5 tahun lepas punye citer huhu. Pernah aku melibatkan diri. Buat bisnes sendiri. Jual Serunding, Popia serunding, Baju, Tudung online. Mase tu aku tak kerja. Aku plan nak focus bebetul. Namun orang yang baru nek merangkak macam aku, and mase tu terlalu banyak kelemahan. So, Alhamdulillah, dengan izin Allah, begitu mudahnya aku terlingkup. Aku pun mase kejadian tu tak la pulak aku nak heboh kat sane sini. Orang-orang terdekat je tau. Aku pun takde salahkan sesapa. Semua atas kelemahan aku sendiri. Aku redha n terima semua seadanya. 

Bukan tak berniat nak teruskan. Cuma masa tu keadaan sekeliling sangat tak membantu n aku akur la yg aku tak mampu nak teruskan ( kesilapan aku kat sini ). Jadi masa tu aku memang struggle la carik keje pulak sambil habiskan sisa2 barang jualan aku tu. 

Macam mane pun dalam hati aku ni kuat sangat berazam yang aku nak sangat jugak-jugak buat bisnes. Bisnes ape? Bisnes macam mane? Anything can do as long as Halal n suits me in dalam keadaan ape pun. Kalau ikotkan paleotak aku ni, semua yang aku pandang aku rase sangat berpotensi nak buat bisnes. Haisyyy.... macam - macamlah yang terlintas kat fikiran aku ni. Padahal modal takde. Simpanan pun masih belum mencukupi huhuhu :P

Niat aku hanya satu. Aku nak jugak berniaga. Kan 9/10 punca rezeki datang drp perniagaan. Semua orang tau tu kan. Tapi ade jugak yang menolak, "Isy, aku tak minat la.. Taknak aku, tak bole bla dengan bisnes-bisnes ni.." Halooo... cakap berlapik sket ea. Takkan nak tolak sunnah Nabi. Cakap la ayat yang lebih sopan sket. Aku tak pandai bab sunnah ni. Just be careful la. Cakap takmo, esok-esok aku tgk ko upload picture handbag, kain meter 'FOR SALE' kat FB/Twitter/Instagram ko. Hohoho. Kan malu balik. Ape pun, as long as perkara tu membaw ke arah kebaikan, Alhamdulillah, takde yang buruk-buruk aku doakan buat semua melainkan yang baik-baik belaka. 

Makanya, aku pun mula mencari, menilai n mencuba macam-macam perkara. Buat research, jenguk peluang sana sini. Tak terkecuali jugak Bisnes Multilevel Marketing yang macam cendawan tumbuh. Ade jugak bisnes MLM yang kate "ko masuk bisnes nih, tak payah carik orang.." padahal yang derang dok cakap kat aku nih, aku nih bukan orang ker? Hahahaha janganla sampai nak menipu. Ape pun, aku masih ade kepercayaan kepade sesetengah bisnes MLM nih. Kalau tak, takkan la ade fakta yang kate industri yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi dunia adalah industry Network Marketing kan hehehee. Diulangi, Fakta okkeh. 

Alhamdulillah. Setelah lama mencari-cari, mencuba itu dan ini. Finally!!! Alhamdulillah, Allah ketemukan dengan satu bisnes yang pada aku sangat menarik minat, n segala deria aku ni lah. Huhuhu. Orang yang bertanggungjawab kenalkan aku adalah adik aku sendiri. Oppsss.. Sebelum itu, bisnes ade macam-macam ea. Bukan semestinya MLM. Untuk pengetahuan semua. Ini memang bukan MLM. Hehehee. Kalau bukan MLM ape? Hehehe malas la layan soalan korang. Meh nak citer.

Jeng Jeng Jennnngggg. Bisnes yang dimaksudkan adalah bisnes trading. Modal sangat kecik tapi inshaa Allah pulangannya sangat tinggi. Aku baru je sebulan terlibat dengan bisnes ni. Buat pun part time je. Aku kan keje kat Cyberjaya. Sangat tak mengganggu jadual aku. 

Ape pun, Syukur Alhamdulillah dengan peluang yang Allah berikan. Kalau ade kawan2 yang nak buat part time jugak, jadi Agent ke, stokis ke, roger je la aku. Aku selalu ade kat area Cyberjaya - Cheras - Ulu Klang. Mane tau boleh bantu dapat duit-duit tepi. 

Apekah produknya?

Tarrrraaaaaaaa..... Inilah dienye. Produk supplement. Royal Collagen name die. 
Kalau takmo buat bisnes pun, nak pakai aje pun bole. Sebab produk ni sangat bagus. Collagen biasenye kan untuk kulit. Tapi yang terbaiknya produk ni, Die ade terlalu banyak khasiat di dalam nya yang bagus untuk sakit-sakit dalaman. Bukanlah ubat, tapi mampu la nak bantu kurangkan sakit-sakit yang dialami selama ni. Termasukla Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Sendi, Resdung, Lutut, Tenaga batin. Plus, berita baik yg kami terima, ada antara pengguna yang baru consume sebulan dah dapat berita baik - she's pregnant!! Dah setahun lebih kawen tapi belum ada sebarang rezeki. Macam-macam ubat dah cuba. Namun Allah beri rezeki melalui pemakanan Royal Collagen. Alhamdulillah.

Ahaaa... ini picture aku ngan Royal Collagen *mcm hidup pulak kan aku buek
Aku sangat yakin dengan Royal Collagen ni. Happy bile dapat dengar berita baik dari pengguna. Bukan kulit cantik yang kita idamkan semata-mata kan. Tapi kesihatan tubuh badan tu yang lebih penting. Ade yang kate tak makan n whatsoever. It's ok la, pilihan memasing kan. Simple je pada aku, prevention is better than cure. Takmo kuar duit bayar collagen or any other supplement. 

Ini mase aku pegi Soft Launching produk Royal Collagen. Exclusive lagi you dengan paper bag. Majlis buat kat Palace Of The Golden Horses. grand sangat haha :P Ni dengan Stokis (Cik Hasidah - tengah) n Agent (Nur Syamim-kanan) die ni dari Pahang. Credit picture to Precious Royal Collagen - The Art Of Beauty
Tapi kita kene akui kita bukan selalu sihat. Bila satu hari sakit n masuk hospital, kos rawatan lagi tinggi. Aku dah tgk orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku nak usaha ke arah yang lebih baik. Bukan la kite mintak. It's a fact. Bukan jugak cakap besar. Kalau aku cakap besar, takde la aku amik supplement kan hohoho. Aku tengok contoh terbaik mak n ayah aku la. Diorang da 61 tahun dah umur tahun ni. Alhamdulillah masih lagi kuat dan sihat. Mulenye dulu aku pelik jugak. And now i know the secret. Hehehehe. Diorang rajin makan supplement dari muda lagi. Ya Allah, berilah kesihatan berpanjangan ke atas kedua orang tua kami. Amin. 

Ahah. Panjang lebar kan. Itulah die yang aku nak citer. Aku dah kate, kalau bukak citer pasal bisnes ni, boleh buat buku hahahaha. Well, well. I just want to share all good things i know. Wish me luck and I wish all the best to all of you. Love you guys. Mwah mwah. Hahaha :P 



Thank you sudi bace :D

Friday, April 25, 2014

Sihat, Alhamdulillah :D

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Huuuiiiiii aku tak tau la ape kejadah nye hantu setan kemalasan yang melanda aku ni. Hampeh kan. Terlalu lame aku tak hapdet kisah kisah menarik dalam hidup aku. LOL *menarik ke? hohoho...

Menarik la bile sesuatu tu boleh dikasifikasikan sebagai life event aku kan. Banyak menda nak citer. Tapi apekan daya. Jari jemariku takmo menari di atas keyboard sedang otak ku pulak tak berfungsi untuk menzahirkan ayat ayat menarik, di tambah perisa pulak dengan hati aku yang kadang kadang tiada, umpama tin kosong - tiada rasa untuk menzahirkan juga untuk meng'share' kan kisah kisah aku nieh.

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tuuuuddyyaaaa koooo.... Ape ke tandenye tu? Ahaaaa.. Mood suda mari hahahahahah :P 

Alhamdulillah. Aku ni 2-3 menjak ni baru nak beransur sihat. Tapi aku ade soalan la kan. Kenape kalau orang tanye khabar kite, contoh ; 

Si Fulan : Assalammualaikum, ape khabar? Lame tak dengar citer.

Biasanya apakah jawapan yang akan keluar dari mulut anda? Biasanya ;

Aku : Ouh... Waalaikummussalam... Alhamdulillah sihat / hebat / amazing / superb. Betulla tu.. lame tak kontek. Ko plak ape citer? 

Oooppp... Ahaaaaa biase kite dengar mcm ni kan. Tapi, ade jugak yang jawab ;


Si Fulan : Waalaikummussalam. Aku tak brape sihat la. Demam dah sebulan.


Hohohohoho... Sebulan? Ko biar betiiikkkk. Heheheeh.. Yang itu aku saje letak untuk menampakkan kesan lebih dramatis la. Saje je. Korang poooowwwnnn... Huh.. :P

Mesti korang pelik kan. Ape point aku sebenanye? Ahaaaa Yes!! I like the question. Heeee. Aku sebenanye teringat pesan sorang bijak pandai. Die berpesan dan mengingatkan bahawa "When you speak, the words came out from your mouth is the prayer" dalam bahasa melayunye, "Bila bercakap, ayat yang keluar dari mulut kamu tu adalah merupakan satu doa" 


Jadi, makanya, beliau berpesan, apabila orang bertanyakan khabar, jawablah sesuatu yang boleh mendoakan anda. Ringkas pun takpe, "Baik, sihat" kalau nak extreme sket, jawabla "Hebat, superb" n kalau nak lebih afdhal, jawablah "Alhamdulillah, Sihat walafiat"

Ade jugak yang aku kenal, bila bertanyakan khabar, katenye "Lemauu badan ni haa.. ", tanye lagi, jawab die "Lemaaauuuuu..." Asal tanye je "Lemaaauuuuu............" haaaa makin panjang pulak kan. Hahahahaha.. Bukan aku nak mempersendakan. Niat aku nak berpesan - pesan, nak membaiki sesama kita. Aku pun terkadang alpa dan leka. Ok, back to story. Kate lah asik jawab macam tu, secara tak langsung kita mendoakan agar diri kite lemau. Ahaaaa... mendapat la kan. Lemaaaaaauuuuuu jelah nanti. 

Tapi, ade jugak kes yang memang dah nampak orang tu memang tak sihat. Batuk macam nak kuar isi perut. Kite pun pegi la tanye pulak. "Sihat? / Ape Khabar?" Adoiiii la. Itu bukan soalan ye kawan - kawan. Dan orang yang ditanye tu pun jawab "Baik, sihat alhamdulillah" Allah hai. Nampak sangat la tak betul di situ. Namun, kite assume yang die sedang mendoakan kesejahteraan diri die sendiri kan. Kite pun doala jugak untuk die. Sape tau, mustajab doa kite, sihat orang tu :)

Budak ni jugak yang cute kan. Bebudak memang suke kalau kite ajak sembang.
Macam bertih jagung la nanti. huhuhu
So, moral of the story marilah kita sentiasa mendoakan yang baik - baik sesama kita. Sebutlah ayat - ayat dan perkataan yang positif. Bak kate Professor Doktor Muhaya, refleksi diri. Berkawanlah dengan orang - orang yang positif, yang sentiasa memikirkan jalan untuk menjadi lebih baik. Inshaa Allah. Amiiinnnn.... 

So, jangan lupe lpas ni kite tanye khabar org dengan penuh kasih sayang.
Bukan sekadar syarat ye heee

Thank you sudi bace :)

Thursday, January 2, 2014

Happy New 2014 Year

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Waaahhh... tot tet tot tet, da lebih sebulan aku tak hapdet apo2 kek blog kesayangan nieh. Acah acah bz ke ape Diyana oiii.... Tu lah die kalau mood tak mari. Adoii!! Mane bole berskala macam ni. Die nak buat sesuatu kene istiqamah baru la mendatangkan manfaat. *Membebel kat diri sendiri. Oklah, bebelan yang lain akan aku teruskan tanpa mencoretkan di sini. Hahaha kang korang tak larat nak bace lak kan :P

Aku saje je takmo miss untuk wish kat diri sendiri dan korang semua Happy New Chapter in our life. Hohohoho. Tua sudaaaahhh :P

Aku harap buku baru untuk tahun 2014 ni akan aku isi n tulis dengan kemeriahan n kemakmuran. Each day is a new opportunity for us. Grab it, feel it, value it. 



Alhamdulillah aku diberi kesihatan dan umur yang panjang. Hari ini aku masih bernafas. Aku bersyukur Seluruh keluarga aku pun sihat terutama mak n ayah aku :D Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah.

Semoga tahun baru 2014 ni akan membawa rezeki yang melimpah ruah buat aku dan keluarga. Mak & ayah inshaa Allah terus sihat sejahtera. Ahli keluarga betambah, Inshaa Allah ^__________^

Semoga Wish List aku dpt aku kurangkan daripada list column hehehehee. Last but not least, Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

I believe all thing happen with a reason
Life is full of colors
So as we, has ups and downs 
Keep going, more obstacles we go through
The greater glory waiting
Believe in yourself
Listen to your heart
Value all people around you
May all the greatest thing comes to you easily.

Thank you sudi bace :)




Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...