^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Sunday, May 11, 2014

Tips : Harum & Langsing Tubuh Badan


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Waaaaahhhh... Semenjak due menjak tige menjak consume Royal Collagen ni kan, pandai pulak aku nak hapdet tips tips ni kan. Selalunye aku bace tips dari blog or website org len jer hohoho. Sebabnye aku ni bukan lah seorang yg rajin nak mengamal secara konsisten kalau bab-bab penjagaan diri ni. Means bukan la tak de langsung kesedaran diri. Ada, tapi konsistentasinya nga' ada dong. 

Cuma lepas dah umur 3 series ni kan baru la menginsafi dan menyedari pentingnya panjagaan diri secara berterusan (ni kalau takmo badan expired cepat la). So, now i announce myself as a 'Health & Beauty Lover'. Berrggghhhh mesti korang rase nak muntah kaaaannn. Muntah la, tapi janganla kat laptop / Henpon / Tab korang. Rosak nanti tak dpt bace tips aku yg best nieh hoho :P

Okkeh, ape kate aku memulakan citer tips aku ni. Kalau tak nanti mencecehnye je yang panjang. Padahal nak bace tip nye pendek je ahaks. 

Aku sedar yang aku ni taklah langsing ke wangi ke. Sebab kesedaran sivik aku pasal penjagaan diri sangat la kureng. Taklah secerewet adik pompuan aku yg baru umur 22 tahun tu. Korang, adik aku tu, uur die 18-19 tahun mak aku da bawak ie pg specialist kulit okkehh disebabkan kerisauan melampau kat jerawat muke die. Normal la kan bebudak ade jerawat. Tapi disebabkan die nak jadi model kat umah (hoho), mak aku bawak la jugak. Mahal pulak tu, ya Ampuuunnnn.

Back to story, aku pun bukan la cantik sangat. Cuma aku baru berjinak-jinak nak mengamalkan rawatan D.I.Y yang sangat mudah nieh. Walaupun saiz aku ni macam penguin, tapi tip ni meang berkesan sebab walaupun tak langsing bebetul lagik, tapi aku dapat rasa la perbezaan die. 

Andai berterusan amalkan kaedah ni, inshaa Allah boleh nampak hasil die. Dan hasil yang sebenar adalah pada orang yang dah berkahwin. Kate tips ni bagus untuk hubungan suami isteri. Kenape? Ahaaaa, tunggu la kalau aku kawen sok aku tau la kot. Skang tak kawen lagik tak tau hohoho :P. So, kepada kaun kaun isteri, kalau ade chobe sila beri feedback yer heee.

Untuk mengharumkan dan langsingkan badan ;

Bahan bahan ;
1 - Gula batu sebesar ibu jari kaki
2 - Limau nipis (sebelah / separuh)
3 - Air panas (seruas jari manis)

Cara membuat ;
1 - Tumbuk gula batu hingga halus dan masukkan dalam cawan 
2 - Masukkan air panas
3 - Perah limau tadi
4 - kacau sehingga larut

So, bile da siap larut tu, bace selawat 3x dan minum. Amalkan setiap hari (aku minum ikut suke aku). Kalau bole follow la instruction. Aku rase aku kne lebih berdisiplin la. Kate tips ni, kalau amalkan secara berterusan, dalam masa seminggu dua dah boleh rasa kelainan die. Badan akan rasa segar, takde lagi kuputihan yg berbau memalukan. Siap bole langsing lagi. Sebab aku ni kan takde shape. Badan macam penguin hahahahaha :P




Pssttt. Lepas ni kite pegi NSK ke, Tesco ke, kite borong gula batu dengan limau nipis stock sebulan hahaha :P


Selamat mencuba!! 

Thank you sudi baca :) 


No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...