^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Friday, November 9, 2012

Sweetnye budak lelaki itu bersama ibunya...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Salam pagi Jumaat.  Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, aku hidup satu hari lagi. 

Huuuaaaarrgggghhh.... Nak mengeliat jap. Pagi tadi aku bangun awal. pukul 0600 aku da celik. Biasenye aku mesti tarik balik selimut nak tambah lagi 5-10 menet kalau tgk jam tu awal lagi. Tapi pagi ni aku terus bangun. Terus siap-siap nak pegi keje. Disebabkan aku bangun awal, makanya, sempat la aku nak bersiap secara berlebihan sikit. Iaitu dengan menempek - nempek sedikit kaler kat muka aku yang sememangnya comot nih.

Dipendekkan cerita, aku sampai awal la kat opis. Bile ade partner nak turun minum minum, kitorang pun turun la. aku duduk dan kerusi aku menghadap ke dalam kedai. tibe-tibe mate aku terpandangkan sorang budak lelaki ni. a very young and good looking malay guy. aku terfikir la 'Bagus la, jarang nak nampak anak muda sebaya die ni nak awal awal keluar rumah melainkan kalau keje.' Ye la kan. Ramai what bebudak skang ni yang lagi sayangkan bantal n tilam die. Takmo langsung keluar pepagi n buat aktiviti berpekdah ke kan.

Yang buat aku lagi rase macam "aaaaaa... sweeetttnnyyeeeeeee...." bile aku ternampak die jalan n duduk kat sorang perempuan tua tapi muka die sihat bercahaya. Bertuah kan makcik tu ade anak yang nak bangun pagi-pagi n bawak kan mak die yang da lewat usia pg keluar minum - minum. aku rase makcik tu lebih tua daripada mak aku. aku dapat amik pic. tapi tak dapat la pic budak lelaki tu. Pic makcik tu je hehehehe....


Haaa... ni la die... tapi ni jarak jauh... jom kite zoom.
Alaaaa.. picture kabur... sila perhatikan, budak lelaki ini bertindik ye.. dan die sangat sayangkan mak die.


Bertuah makcik nih. Hehehehe..... Contohi anak lelaki ni ea. Walaupun die nampak ganazz... Mak tetap dilayan dengan baik. Teringat kat mak aku. Nanti nak ajak mak keluar jenjalan la. Da lame aku tak jenjalan ngan mak aku pg shopping-shopping hehehe. Love u Mak <3 br="br">


Thank you sudi bace :)


Sunday, November 4, 2012

Sihat Ke Tubuh Badan Aku?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Tibe - tibe aku nak tulis entry nih. Padahal aku tgh dok sibuk mengonline kan diri kat Oldtown White Coffee neh.. Huhu... 

Hari ni memang layan giler lepak. Rilek sangat. Ngan hujan kat luar tu. Time suasana macam ni, melepak kat Coffee Bean laaagi best hahaha.. Cume poket la yang rase tak best nanti :))) 

Okeh.. Terus ilang mood hiba aku haha.. baiklah.. amik mood amik mood. 

Tengah aku online - online. Sambil sambil dengar lagu, tibe-tibe mate aku terpandang kat sorang lelaki muda. Yang buat mate aku tertarik ke arah die tu mulenye aku terpandang kan perempuan yang dengan die tu. "Cantik...", dalam hati aku. Tibe tibe aku terpandangkan lelaki yang kat sebelah die tu. lelaki tu pakai seluar pendek. Usia dalam lingkungan lebih kurang 19 - 22 tahun. Terus mate aku terpaku kat die. Jangan salah faham ea.. Bukan pasal aku terberkenan tgk muke die. Tapi aku terkejut.

Istighfar aku dalam hati.. "Astaghfirullah.. kenape die mcm tu...?" 

Kalau korang nak tau, aku terkejut n hati aku terus tersentuh. budak lelaki tu good looking, tapi aku rase die sakit. Kaki die kurus sangat. kalau tak silap aku, kaki die lagi kecik daripada tangan aku. tulang semate-mate. Ade macam few patches kat dedua belah lutut die. Ouucchhh... sakit ape budak ni. Bila die berdiri pulak, tangan die memaut kat kerusi. Jari-jari die ade yang bengkok. Terus hati aku jadi hiba. Aku terus rase nak mengalir air mata. 

Tiba tiba aku rasa bersyukur sangat yang aku sekarang ni sihat tubuh badan dan waras akal fikiran. Alhamdulillah. Macam mane pun, aku terfikir. "Sihat ke tubuh badan aku? Mane aku tau yang aku sihat?" Allah je yang tahu semuanye kan. Yang aku harap sekarang, yang aku doa n mintak. Semoga aku sekeluarga dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sangat sangat baik. Insya Allah.

Aku doakan kawan kawan yang baca entry ni pun jugak diberikan kesihatan tubuh badan dan waras akal fikiran. Amin.. Jaga diri bebaik ye kawan kawan.


Thank you Sudi Bace :)

   

Sunday, October 28, 2012

Quotes in Eat, Pray, Love.




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Ahad yg penoh rilek nih, aku tetibe teringat kat citer Eat, Pray, Love. Aku tak puas la tgk citer nih. Insya Allah nnt ade rezeki aku nak layan citer nih sesorang, sambil tgk nescafe, lpas tu aku bukak tingkap luas2, biar angin sepoi sepoi tiup ke muke aku. Oouuh.. Mase tu aku da dok kondo idaman hai ea.. hehehehe... Berangan jap :P


Memula nak tgk citer nih kat wayang dlu, aku tak la rase nak tgk sangat2. Tapi hari tu, aku keluar ngan Izzati. Memandangkan die mmg da amik cuti sebab nak lelepak n jenjalan ngan aku kan. Aku pun follow la bile die kate nak pg tgk wayang. And time mmg takleh nak pilih sangat la pulak. Disebab kan die nak kne balik on time macam org balik keje. (ooppsss... lupe nak bgtau.. die tak bgtau kat laki die yg die amik cuti hari tu ) ahaakksss... noty kan :P

Ahaa... lg satu sebab, si Izzati ni nak sangat tgk Julia Roberts ni belakon. N mmg kalau tak silap aku la, da lame gak si Julia tu tak belakon. erm.. Mesti layan punye citer nih. Aku mmg tak sangke citer ni memberi kesan kepada aku la. Ade gak yg cakap muvi ni 'zzz..' muvi la, tak best la. But it actually depends kan ngan pendapat memasing yg tgk citer tu. 

Aku nak huraikan citer tu tak terhurai la kan. Aku just nak share sket quote quotes yg menarik dari citer nih. Sila bace ;


  • “People think a soul mate is your perfect fit, and that’s what everyone wants. But a true soul mate is a mirror, the person who shows you everything that is holding you back, the person who brings you to your own attention so you can change your life. “
  • “Look for God. Look for God like a man with his head on fire looks for water.”
  • “In desperate love, we always invent the characters of our partners, demanding they be what we need of them, and then feeling devastated when they refuse to perform the role we created in the first place.”
  • “We’re miserable because we think that we are mere individuals, alone with our fears and flaws and resentment and mortality.”
  • “Your treasure – your perfection – is within you already. But to claim it, you must leave the busy commotion of the mind and abandon the desires of the ego and enter into the silence of the heart.”
  • “You need to learn how to select your thoughts just the same way you select your clothes every day. This is a power you can cultivate. If you want to control things in your life so bad, work on the mind. That’s the only thing you should be trying to control.”
  • “In a world of disorder and disaster and fraud, sometimes only beauty can be trusted. The appreciation of pleasure can be an anchor to one’s humanity.”
  • “God is an experience of supreme love.”
  • “Learning how to discipline your speech is a way of preventing your energies from spilling out of you through the rupture of your mouth, exhausting you and filling the world with words, words, words instead of serenity, peace and bliss.”
  • “There is a reason they call God a presence – because God is right here, right now. In the present is the only place to find Him, and now is the only time.” 
psstt... translate la.. pg copy paste kat google translate ea.. :D



Thank you sudi bace :)

Saturday, October 13, 2012

Yang Terindah Hanyalah Sementara - Luahan Hati

Assalammualaikum and Salam Sejahtera...

First of all, I would like to thank myself coz I managed to escape from the wicked.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah. Actually aku tak nampak pun perkara tu at the first sight. But suddenly, when this happened, zzuurrppp... it comes to my mind yang Allah memang nak selamatkan aku. Bersyukur tak terhingga aku akhirnya.

Okayla, aku cerita la jugak ape yang telah berlaku kepada aku seminggu yang lepas. It doesn't mean I want to blame the situation or what had happened. Individu yang terlibat pun tak aku salahkan 100%. Just a little thing to share. Hopefully it is useful for some people out there. Let's start this.

Sepanjang 2 bulan lepas.If i'm not mistaken it started on earlier in August, I accepted a friend request from a guy through my social network. He was my junior when i was in college. He is very kind and polite person - as i knew him previously la kan.

Huhu.. Actually i totally forget about him. Tapi aku cepat cam sebab agak rapat mase kat kolej dulu. Kebetulan aku rase baru je aku belek2 pic - mase aku facilitator kat kolej dlu.. Pic mamat nih ade sebab aku penah handle group die time Minggu Wawasan Siswa (orientasi). So, mmg sekali tgk profile pic die, aku cam la.

Nak dijadikan cerita, one pleasant night, aku takleh tido, aku online. He saw me and ask for a chat. And i'm like "Duhh why not? U're my x-collage mate and we were a good friend kan.." Excited la jugak sebenanye sebab member lame kan. I'm very comfortable with him and I just realize yang he is older than me. He told me so because i keep address myself as 'Akak' which is he doesn't like it. Surprisingly, he remembers that i'm younger than him.

Starting from that, kitorang keep in touch through handphone, whatssap, bbm, sms. Finally, when i was working last Saturday, he asked for out. But yang kelakar tu, die ajak jumpe tapi die takde kereta nak jemput aku. Aku suruh la die datang naik motor, kematu bontot katenye. Ehehehe.. Sudahnye, aku yang xcited lebih nih, terus setuju nak pegi jemput die kat rumahnye area Kajang sana. It's ok la for me kan. It's not a big deal la kan.. Nak plak dengan jumpe kawan lama. Dan yang buat aku nak pg sangat tu, aku tak pasti perasaan ape yang halus n membuak2 sangat nak aku pegi. Daripada aku penat rasa mcm tu, baik aku pegi je kan. :)

Aku pun dengan gigihnye menggoogle map la lokasi die tu. Aku siap study lagi.. Sepanjang hari tu aku mmg excited gile la. Entah la kenape wallahualam kan. So, lepas habis je keje aku pun takde la singgah mane2, terus direct pegi Kajang. Aku rase aku familiar ngan area umah die tu sebab ade member aku dok sane. Macam mane pun aku takmo la konfiden sangat kan sebab aku ni memang Ratu Sesat. ahahahha :))))

Alhamdulillah, perjalanan aku lancar dan aku tak sesat pun. Selamat aku sampai kat bawah apartment die tu tanpa sbarang guide daripada die. Die turun, aku suruh die drive. Kitorang pegi makan and mule la sesembang. Aku hepi sangat2 dpt jmpe die. Aku rase, boleh tengok la rupe aku yg excited tu daripada air muke aku time tu. Mesti muke aku berseri-seri giler hahahahaha. 

Then da abes makan, kononnye nak balik. Tapi aku rase macam sekejap sangat la pulak. die ajak naik rumah die sesembang kat atas. Errrrkkkk... Aku pun geleng je... Kate die adik die kuar. Lagi la aku taknak. Sorry ye... Sudahnye, Kitorang pun sambung la bersembang kat kedai makan kat bawah umah die tu. Memang kitorang kepala masuk la. We can talk about everything plus he is a good listener. Masa pun da time. esoknye aku pun keje lagi. Around 12.30 aku pun blah dengan hati yang berbunge2 gembira.  


End of Part 1...


Thank you sudi bace :)

Friday, October 12, 2012

Yay!! Balik Awal..!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah..... first skali keluar dari mulut aku bila dalam kul namsetengah tadi aku ngan partner si Nisya da boleh tarik nafas lega. Bukan ape.. Kes-kes yang dari pagi tadi kitorang kene chase da dapat kitorang reducekan. Takde dengar pulak akak Khadijah - Akak team lead kat SSPK ni tanye-tanye lagi. Maknenye die da ok la dengan update yang aku ngan Nisya email dari pukul 1630 tadi sampai la 1830.

Aku tau. Ekceli takla sepuas hati mana. At least, semua kes da ade update. So, ok la buat mase ni. Aku pun da nak balik awal. saje je aku check balik pepelan kot2 ade yang termiss close ke, update ke kan ahakkksss.... Takpe, balik rumah ni nanti aku check lagi.

Oklah, saje je gatal nak eksen kat sini sebab boleh balik awal. Nak kekemas la pulak.

YAAAYYYY!!!


Tetapiii....... 

Jeng jenggg....

Nak mengadap jammed la pulak . Ahahahaah.. Layan je laaaaa....





 

Thank you sudi bace :)

Wednesday, October 10, 2012

Update Jangan tak Update...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Waaaaaaahhhhhh lame sangat aku tak update ape2... Sebenanye nak update. tapi tak tau nak mula kat mane. "Maafkan hamba wahai penunggu gua.." - LOL... Tetibe skrip ni melintas kat pikiran ehehehhehe...

This is just a short entry, sebab teringat kat blog kesayangan aku yang aku abaikan sekejap ni.. Jangan barah ye bebeh.. <- bebeh tu blog aku la.

Aku sampai skang ni tgh dok wat keje lagi. Sebenanye lepas balik keje tadi, pg join my beloved friend RS Ekin Nur, Saranni Syara, Harinida Mohmod ngan Vera. Saje pg join sebab da letih sangat. balik dari opis pun da kul 20:00. Nak la amik angin jap kan. Aku da takleh blah da mate mase derang ajak lepak kat Mamak Public Bank

Aku drive balik, aku bajet takmo bukak laptop da, aku nak mandi - mandi, rilek jap lpas tu tido. Tapi tangan tu gatal gak kan nak bukak laptop. Ok la.. Memula tak mo bukak email opis. last2 gatal gak hati tu nak bukak. Ok.. Takde banyak sangat update. Cume ade few emails aku nak kne forward. Boleh je nak buat pagi esok. Cuma, alang - alang da bukak kan, aku pun sent je la email. Tengah2 send n check tu, aku perasan la ade satu email tu seolah-olah mempersoalkan kredibiliti kitorang dalam handling cases. Akaun baru kan.. For sure la ade banyak perkara perlu diperbaiki. 

Aku takde masalah ngan email tu, bese la. Semua tu la utk memperbetulkan salah silap kan. Cuma ade yang menyampuk, nak jugak sent email main tembak2. Ayat tu tak berape nak cantik la kan. Aku pun tetibe ilang ngantuk. Tetibe jugak aku rase bersemangat gillerrr nak update n check semua tiket2 yang masuk. 

Tu la die alkisah aku berjaga sampai la ni... Eheheheheh... Semoga aku leh mengupdate sebanyak mungkin. Bos pun da email tadi kate jangan berjaga lewat sangat. Thank you BosS

Sekian terima kasih.

Thank you sudi bace :)

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Tahun Ini... Alhamdulillah.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

 Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2012 bersamaan 1433 Hijriyah. 

First of all, sebenanye aku da drafkan entry ttg bulan ramadhan ni. Bajet dapat la post before 1st Ramadhan ahaks.. Rupenye tak, sebab kununnye tak cukup idea. Amenda la kan. Aku lom penah lagi post entry tentang bulan Ramadhan. Finally i decided to write from the bottom of my heart. ^___^

Aku ingat lagi mase mule2 nak pandai puase dulu, mak selalu masakkan makanan feveret kitorang la. Tak silap aku, mase tu umur 4-5 tahun aku da sibuk2 nak pose jugak. Orang bangun sahur, aku nak bangun sahur. Mak aku masak kat dapur aku pun nak p tgk die masak ape. 

Sebelum2 tu aku tak ingat plak. Lenkali aku tanye mak aku muahahaha..

Then puasa yang yuk aku tu biase la.. ngade2 je lebih. Nak makan macam2. Mak aku pun gigih la buat ayam goreng la, roti bakar la, telur goreng la, kentang goreng la. Kadang kadang Cornflakes la, Cococrunch. Padahal bukan nak makan bebetul pun, nasik pun tak makan. Nak sibuk2 je. Minum pulak, mak aku buat sorang satu, yg ni nak milo, yg tu nak nescafe, yg nun nak horlicks. Huh!! Terror tul mak aku. Da mcm kedai da kan. 

♥ ♥ ♥ Sayang makk ♥ ♥ ♥

Penah sekali mase aku marah kat adik lelaki aku yang mengade2 buke puase nak itu nak ini, 

" Ala, tak payah nak mengade ngade nak macam macam. Nanti bukan habis pun makan."

Tetibe mak aku selambe je cakap kat aku.

" Kamu tu pun same je dulu, lagi la teruk. Sampai ayah kena keluar pegi carik. Selagi tak dapat selagi tu kamu merajuk"

Errrkkkk!!!!! Amik ko sebijik. Terdiam aku. Terus cover, aku sesengih. 

" Eheeeee.. Ye ke mak..!!??!?? Malunyeeeee" :P 

Lepas tu aku tak penah marah adik adik aku dah ehehehee... 

Ok, sorry tadi iklan kejap. Back to the story, aku pun membesar la dengan cerianye... ahaksss. 

Baiklah baiklah. Bile da besar sket, mula la era nak berpuasa penuh. Mak aku kate, aku puasa penuh cukup 30 hari mase aku masuk Darjah 1. Mungkin sebab pegi sekolah, dengan kawan2. Seronok la kan puasa. 

Tapi aku teringat la, mase memule tu mak aku pakse aku makan nasik. 

"Makan la nasik, kate nak puase penuh. Nanti kat sekolah lapar."

"Mane ade. Tak lapar la mak.... Lagipun orang tak biase la makan nasik pagi pagi. macam rase pelik je."

Macam tu la ayat aku lebih kurang. Aku pun kononnye terror sangat tak makan nasik, aku makan roti la, cornflakes la. Hari cuti Sabtu & Ahad boleh la sebab dok umah je kan. Hari sekolah, bile tak makan nasik waktu sahur, aku jadi lembik. Padan muke aku, cakap mak takmo dengar.

Maka, dengan perasaan pelik dan tak biase, aku pun nak taknak makan je la nasik mase sahur. Hari hari aku cakap kat mak aku yang aku tak biase la, pelik la, tak sedap tekak la. Mak aku malas nak layan, die diam je. Tapi, ayah aku pulak yang menyampah, die terus cakap.

"Takmo makan sudah, nanti bukan mak ngan ayah yang lapar" 

Hehehehe peekkk sekali. Padan mukooo... So, alah bisa tegal biasa la kan. Bukan sekadar makan sepinggan, malah berpinggan pinggan. Ehehehee....

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Itu la die mase kekecik n zaman kat sekolah. Lepas tu aku masuk asrama. Form 4, aku masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dah dok asrama kan, lagi la seronok. 

Asrama pompuan nih dipanggil ASPURI je sebab block kitorang satu2 nye block pelajar pompuan lagi 6 block semua ASPURA *sekolah tu lebih ramai student lelaki dari pompuan. Macam macam ragam n perangai. Bulan puase ke, tak puase ke, same je nakal memasing ehehehe.. 2 tahun aku kat sekolah ni. 

Form 4, D'Alter 7 underground name dorm aku. Dorm ni aku dok ngan hakak hakak senior. Form 5 pulak, aku jadi Mama Dorm. Teratak Budak Karan name dorm kitorang ehehehehe.. Akan aku coretkan kisah kitorang kemudian ye.

Mase bulan pose kat ASPURI, ade gak yang malas nak turun sahur. Memule tu, suke la nak tapau bawak naik dorm, tapi warden tak bagi. Dah semua nak tapau pulak. Tak ramai yang rajin nak turun dewan makan. So, semua diwajibkan makan kat dewan makan. Time berbuka seronok. Ramai2 berbuka satu dewan hehehe... Lepas tu pulak beratur nak pegi solat terawikh.  

Ade jugak yang buat bisnes. Jual Megi la, biskut la, air 3 in 1 la hahaha.. Aku jarang nak makan megi sangat time tu. Aku suke buat air nescafe satu jag pekat, lepas tu study kat tangge asrama *sebab lampu kat koridor da tutup, lampu tangge je pasang. Aku pun da dapat port study, stay la sampai kul 3 - 4 pagi. kekadang terus sampai time sahur. Ade gak member aku tanye,

 "Diyana, banyaknye buat nescafe. Pekat pulak tu... Nak bunuh diri ke?" 

Aku hanya mampu ketawa kahkahkahkahkah.. Perli aku minah nieehh. Aku ingat lagi name die Salina. Yes.. Salina. Ape khabar die sekatang ni kan.

Majlis berbuka puasa pun meriah kat sekolah. ade macam macam peringkat. Peringkat dorm *dorm tu je yg buat then jemput wakit dari ketua dorm lain. Peringkat Asrama *same2 ngan warden block, jemput warden ngan ketua block dari ASPURA. Peringkat kelas *kelas tu je buat, jemput cikgu yang mengajar kelas tu je. Peringkat sekolah *buat kat kantin sekolah, jemput semua orang termasuk pengetua sekolah.

Eheee... Macam macam kan.. Memang seronok sangat. Alaaa... Rindu la kat SMTKK, nanti nak pg melawat la. Tengok sekolah tu dari luar pun da ok kot ehehehe...

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Dah lepas SPM, aku masuk kolej. Ayah aku suruh tolak tawaran masuk Politeknik kat Kedah sebab dapat course Sijil Ukur Bahan. Ayah aku nak aku belajar Akaun. 

 Maka, masuk la aku ke Inpens International College. Tapi skang kolej nih da takde. *student die semua dipindahkan ke Unisel. Lokasi die satu di Seksyen 7, Shah Alam. Satu lagi di Batang Berjuntai atau name baru tempat tu Bestari Jaya. Kenape da takde? Adelah atas sebab2 tertentu yg kite tak perlu tahu ehehehe..

Zaman ni zaman aku buat diploma, memang banyak menda yang nak citer, tapi aku touch sket sket je la ek ehehehe..

Okey, back to kisah puasa tadi, kat kolej nih lagi extreme. Kitorang tak dibenarkan memasak dalam dorm. Biase la peraturan tu kan. Kebanyakan kolej dan universiti pun tak benarkan student die masak. Tapi kitorang tak la lurus sangat. Teheheheee   

 Seperti penghuni penghuni asrama lain yang juga extreme, kami telah memasak di dalam dorm. Takde la pakai dapur api, takde port. Ade port kalu, nak jugak bawak portable stove tu kan, hangkut sekali periuk belange ehehehe.. Ktorang masak la pakai periuk nasik tu. Bukan sahaje di bulan puase, tapi juga di hari hari biase yang bile da boring nak makan luar atau nak berjimat cermat ahaks.. Banyak jase periuk nasik tu kat kitorang. Ade gak yang nak makan macam macam, pegi la beli kat bazaar Ramadhan. 

Mase kat Seksyen 7, banyak la choice nak pegi bazaar. Lepas kolej nih da pindah ke Pulau Indah, Klang, kitorang tak banyak choice sangat. macam mane pun, ramai gak pihak yang buat macam macam nak memeriahkan kawasan kolej tu.  Ade student amik kesempatan waktu tu untuk tambah wit poket. Diorang jual nasik lemak, roti john, air, macam-macam lagi la. Penduduk tempatan kat situ pun berniaga sama. Memang meriah.  

Ade jugak student yang nak lebih variety, keluar ke bandar2 kecik yg dedekat situ macam Pandamaran, Banting, Sijangkang. Ade gak yang masuk ke kawasan pedalaman kat pulau tu. saje ubah2 angin.. menarik gak kan. Penah jugak berbuka puasa kat restoren2 kat luar kawasan kolej tu. 

Apepun yang buatkan menda tu seronok sebenanye bukan la makan ape atau makan kat mane. Sebenarnye kawan kawan tu la yang buat semuanye memorable. Tetibe hati sebak bile teringat. Aku pernah gak masak sendiri untuk berbuka n makan reramai. buat Kuey Tiow Bandung la. Nasik Goreng Sardin la. Ehehehe..

Lupe pulak, mase tahun akhir aku kat kolej ni, aku ade join satu kelab name die Kelab Usahawan. Dengan Zaim, Ummi Yati, Suzanna, ramai lagi lah. Sorry tak sebut name. Projek ngan diorang neh macam macam. Penasihat kelab pulak En Rohas yang gile gile.. Hehehe... Kitorang pun takmo ketinggalan memeriahkan kawasan kolej time tu. Jual la ikan bakar, nasi lemak, air warne warni.. hehehhe... Bakal usahawan semua nieh.. :D
   
Dah lame jugak aku tak jenguk Pulau Indah nih.. insya Allah, ke sane nanti mase nak naik Star Cruise nanti. Chewaaaahhh ehehehehe *lupe nak cakap, kolej nih dlu terletak bersebelahan je ngan Terminal Star Cruise nih.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Aku masuk plak frasa seterusnye mase buat degree kat KPTM, KL. aku dok umah sewa dengan Nisya n Dian. aku rase, dalam banyak2 pengalaman aku berpuasa di perantauan yang tak berape nak rantau *sebab mak ayah aku masih di negeri yang same n dekat pulak tu, ngan diorang nih la paling gile2 skali ehehehehe. Sebab kitorang bertige je. Dok serumah, sebilik, sekepale pulak tu. itu menjadikan kebanyakan plan berjalan ngan lancar je ahahah. 

Bile time makan tu, kekadang pegi jugak beli2. Datang mood, masak. Masak sesedap pulak tu. Spaghetti, Nasi Ayam, Sotong plastik, Mee Goreng, Kuey Tiow Goreng, tapi paling kerap kitorang masak, spaghetti la. Ehehehe.. haa yang masak, diorang la.. aku tak reti masak huhuhu. Buke kat luar pun ye jugak, mase ni pulak dok aktif meng'outdoor'kan diri, Kerap jugak memember outdoor ajak berbuka n sahur kat luar. 

Daripada sewa master bedroom kat Taman Maluri, pindah ke bilik kecik kat Taman Cheras Indah. Lepas tu ade rezeki sket, sewa pulak apartment kat Pandan Perdana. Da abes belajar, duduk pulak kat Taman Desa Setapak. Semua nye best2. Rindu nak dok ngan Nisya n Dian macam dulu. Hepi je. Ade masalah pun Hepi jugak teeeheeeee ^____^

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Apepun, balik kat kisah Ramadhan tadi, Alhamdulillah.... Tahun 2012 ni, masuk tahun kedua aku berpuasa di tempat kerja aku sekarang ni. Kat sini aku keje 12 jam. Bile kene hari shift aku bekerja, berbuka la kat opis. Takde masalah pun pada aku. Seronok je. Nak nak pulak bile ade geng berbuka macam Syara ngan Ekin yang same same senget macam aku eheheheheh.

Sekarang ni aku dok menyewa. Tahun lepas pun bile bulan Ramadhan datang, aku lebih kerap balik rumah orang tua aku la. Dah bertahun aku asik berbuka ngan kawan2 asrama n rumah sewa kan. Kali ni aku balik rumah parents aku pulak la. Heeee...

Bile ingat balik kenangan lame. Zaman belajar la paling best kan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang aku dapat yang mungkin orang lain tak dapat nikmati. 

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan mendapat berkah dari - Nya amin. 


Terima Kasih Sudi Bace :)



Saturday, July 21, 2012

All the way to Tanjung Harapan, Port Klang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Last few weeks on my off day aku tido umah Cheras. Bangun pagi2 aku teringat kat member aku, Adeq. Ermm.. Rase nak pg jumpe die sangat-sangat. Tapi, adeeiii... Biar betul MD, ko nak pg jumpe die ehehehe.. Bukan dekat-dekat tu. Kat Tanjung Harapan nun, yang terletak di hujung Klang hehehee... Actually aku mcm biase dengar la tempat tu. Mcm penah pg pun ade. Tapi di mana ya. Ahahaha...

Oklah, aku mengambil keputusan untuk pg redah je la. Aku kan suke menda redah-meredah nih. Pk banyak2 nanti last-last tak jadi pulak kan. So, pagi-pagi lg aku kol member aku si Adeq, menyampaikan hasrat hati yang nak ke sane tu hehehe. Ape lagi, Adeq pun happy giler la. Aku bagitau siap-siap gak kat die yang aku mmg ade masalah kalau bab-bab nak mencarik jalan nih. Pengalaman2 yang lepas jelas menunjukkan betapa aku nih tuli jalan hahaha.. Pantang tempat baru sket, sesat je la jawabnye heheheeh.

Makanya, aku mulakanlah perjalanan aku tu dengan debaran di dada hahahaa. Buat pertama kalinya guna Jalan Cheras tu untuk tembus ke federal. Aku redah je lah. Alhamdulillah, semakin diasah, aku pun semakin bijak membaca papan tanda. Belakang parang lagikan tajam kalau diasah, inikan pulak kite sebaik2 ciptaan Allah kan heee.. Akhirnya sampai jugak la aku ke federal yang dah tentu2 ramai giler kereta tak kira waktu bile, melainkan tengah malam.

Mujur la aku pun da isi minyak sesiap, so, layan kan je la jammed tu. Apa yang penting, matlamat aku skang, nak sampai ke Tanjung Harapan, Klang n jumpe ngan Adeq. Lame tak jumpe. Rindu :D

Seperti yang diarahkan, lepas tol kat Jusco Bukit Raja Klang, aku kne amik exit kiri then ikot signboard menghala ke Pelabuhan Utara, Klang. Giller babas.. Fuh, aku memang tak silap lagi, destinasi semakin dekat. Tak sabar aku jadinye. Highway tu lengang, aku pecut gak la sket. Lalu lagi satu tol. Aku pun laju je la.

Kufikirkan da dekat sangat, rupenye aku silap. Jauh lagi babe. Nak lalu jalan kampung lagi, nak lalu jalan kilang lagi, nak lalu jalan lori kontena lagi. Hehehehe.. Sampai hujan, da benti hujan, pun aku lom sampai. Dan akhirnya aku ternampak signboard Tanjung Harapan.

Aiikkk? Aku rase aku penah datang nih. Aku cube cam bebetul. Huhhhhh!!!! Memang tak silap lagi. Ni la tempat kalau nak berjalan jauh sikit keluar dari kolej mase aku belajar diploma dolu2. Lame dah. Seploh tahun lepas gak la, dan bile sampai sane, aku jadi selesa la jugak, sebab aku cam jalan-jalan die. Alhamdulillah... Aku dipermudahkan ke sana sebab aku direct sampai n tak berpusing2 sikit pun eheheh... Tahniah kepada diri aku sendiri *muke bangge   


Aku sampai sane, Adeq tak terus ade kat situ. Die suruh tunggu, ade urusan sket. Then after about half an hour, she's finally muncul heheheh. Alhamdulillah. takde aral melintang. Ape lagi, kitorang berpeluk sakan la.
Disebabkan aku pun da lapar, aku makan la nasik campur kat situ, Adeq rekemen a few kedai yg lauk2 die.. hurmm... not bad :D


Ni la die orangnye. aku panggil Adeq or name die Raja Zarina. Ampun tuanku... :p

Lepas da bersembang lebih kurang, Adeq pun nak balik opis die. Aku pun nak berangkat balik la. memang pg sane pun sebab nak jmpe Adeq je. takde plak plan lain. So, aku terus shoot balik KL. sepanjang jalan balik, aku senyum panjang n tarik nafas lega la. 

1st - Aku berjaya drive seorang diri ke Port Klang tanpa peta (mengikut signboard)
2nd - Dapat jumpe Adeq sayang hehehehe
3rd - Rupenye baru aku tau tempat yang Adeq selalu cakap tmpat die keje tu adalah tmpat aku melelepak bile kuar jauh sket dari kolej dlu ahaks.. senget tul aku nih

Alhamdulillah... lepas nih nak redah mane pulak heeeee

Thank you sudi bace :)



Friday, June 29, 2012

Mohd Amar Asyraf... a.k.a Mohd Alif Imran : Part 2

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Allah Maha Besar. Segala puji hanya bagi Allah. Mungkin rezeki Amar, ada keluarga yang nak ambik Amar jadi anak angkat. Dalam masa yang singkat, ramai yang bertanya kalau-kalau ade keluarga yang dah kompem amik Amar jadi anak angkat termasukla kawan kakak aku yang da kawen lame tp belum dikurniakan anak. Ibu Amar takde, jadi, aku la yang deal sementara, aku kate, belum ade persetujuan lagi dari pihak ibu dengan mane2 keluarga.

Aku pun just jalankan tanggungjawab yang ibu Amar bagi pada aku. Tapi mase pun da suntuk... Kawan aku yang pertama tolong jaga Amar tu pulak da berkenan nak jadikan Amar anak angkat. Heee... She's married with her husband since 2009. They still don't have any child. Bukan tak berusaha. Tp belum rezeki lagi kan. So, die terfikir la nak amik Amar jadi anak angkat. *sebelum ni die penah nak amik anak angkat, tapi mak budak tu pulak amik kesempatan.

Pada aku pulak, tak ada salahnya.. *Allah Maha Mendengar, Dia bukakan pintu hati kawan aku ni untuk amik Amar jadi anak angkat. Alhamdulillah... Kawan aku tu (Jenama D : bukan nama sebenar) mmg baik, die, suami die, adik beradik die, mak die, sedare mare die. Kebanyakan nye aku kenal la. Pendek kate family die memang baik sangat. dalam mase yang sama, ade jugak kawan kakak aku tu nak jugak amik Amar jadi anak angkat.

Sebelum buat keputusan tu, si ibu Amar nih ade la jugak beberapa konflik dan kekeliruan. Akhirnya, akur dengan ketentuan Allah, memang Amar tu rezeki kepada keluarga member aku tu ngan suami die. Sebelum tu pun aku tgk suami die da mmg sayang kat Amar. Ibu Amar pun dah datang tgk sendiri keluarga yang amik Amar *sebenanye mmg Ibu amar ngan member aku tu da kenal pun, cuma tak rapat.

Alhamdulillah... Semua berjalan lancar. Aku pun yang pada awalnya sebak n asik nak menangis tak hengat sbb kesian kat Amar, skang da lega sebab Amar pun ade kat bawah jagaan orang yang pada aku mmg bertanggungjawab. Family die pun baik2 belake. Aku kenal adik beradik n mak kepada keluarga baru Amar nih. Oppsss... Amar da ade name baru.. Family die register aritu Mohd Alif Imran. mmm sedap jugak. Tapi kat mulut aku ni laju je sebut Amar kalau bersembang dengan kakak aku hehehe..

Keluarga kawan kakak aku tu pun akur la yang die belum ade rezeki untuk dapat anak angkat. Insya Allah ade la tu nanti kan. Aku pun da lame jugak tak pg jenguk Amar. Aku tgk Mak barunye je la yang rajin upload pic n tagged aku kat pic tu hehehe... Makin bulat Amar aka Alif. Ibu Amar je la yang rajin pg tgk anak die. Member aku pun Alhamdulillah, takde halangan ape2 andaikata Ibu Amar nak datang jenguk.

Selamat lahir ke dunia Amar Asyraf. Aunty doa hidup Amar diberkati Allah dan terpelihara dari fitnah dunia. Semoga menjadi seorang yang jujur, amanah, soleh dan tidak sesekali menzalimi diri sendiri dan org sekeliling terutama sahabat2 sendiri. Mungkin Amar akan buat salah silap sbb manusia mmg tak sempurna tp Aunty harap setiap salah tu akan jadi pengajaran utk Amr jadi lebih baik. Aunty doa Amar capai bahagia dunia akhirat - Doa dan harapan daripada kakak aku kepada Amar @ Alif :)

Ya Allah, aku bersyukur Engkau telah ketemukan Amar dengan keluarga yang baik. Insya Allah, takkan terabai kebajikan Amar sampai la die besar nanti. Semoga menjadi tauladan kepada semua yang tahu kisah ni, termasuk diri aku sendiri. Semoga dijauhkan dari perkara2 tidak diingini. Amin.

~The End~
Thank you sudi bace :)




Tuesday, June 19, 2012

Mohd Amar Asyraf... a.k.a Mohd Alif Imran : Part 1

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pepetang yang sejuk kat opis nih. Aku tetibe teringat satu peristiwa.. baru je berlaku.. tak lama.. dalam hampir due bulan yang lepas.

Erm.. tak tahu mane nak mula.. tapi kejadian ni agak mengaibkan sesetengah pihak la. ape pun aku hanya nak berkongsi supaya jadi pengajaran dan peringatan buat aku n kawan2 yang bace nurkilan aku nih.. heeee.. Insha Allah.

Kawan aku selamat lahirkan anak tidak berdosa. Malam ke-2 lepas dilahirkan tu, family kawan aku tu ade masalah. Terpaksa balik dalam keadaan tergesa-gesa. Anak tak berdosa tu ditinggalkan kepada kawan aku yg lain. Sebab esoknye aku keje. Anak terpaksa diberi susu formula. Rase bersalah sangat2. Ape lagi si ibu yang terpaksa rahsiakan kehadiran anak tu daripada keluarga. Aku tak salahkan si ibu. Dia sendiri pun menanggung sakit, dalam pantang terpaksa drive jumpe keluarga.

Esoknya lepas kerja aku amik anak tu, bawak balik rumah. Jaga anak satu malam. Macam anak sendiri. Tetibe timbul rasa sayang kat anak. Si ibu ade cakap, nak bagi pada orang, sebab tak mampu nak jage. Dalam hati aku bisik, "Biarlah keluarga tu nanti, orang yang kenal jugak," amin... maksud aku, biarla orang baik2 yang kitorang kenal. takmo putus hubungan terus ngan anak tak bersalah tu.

Esoknye, aku pegi jumpe dengan kakak ipar. Kakak ipar simpati, ajak keluar nak belikan sikit keperluan kat anak yang lahir dalam keadaan serba kekurangan. Anak yang baru berusia 3 hari, dah aku bawak keluar2. Takut jugak mase tu. Muke anak pun pucat, aku pun da takut. Macam nak demam kuning anak ni. Dapat beli lebih kurang. Cecepat kitorang balik. Aku rase mcm nak menangis.



Alhamdulillah... Anak tak apa2. Rasa sayang kat anak tu menebal sangat-sangat. Kakak n makcik pun cadangkan saya ambil anak tu sebagai anak angkat n jage sendiri. Aku menangis terkenang nasib anak. Aku panggil die Amar. Mohd Amar Asyraf. Sedapnya nama tu.. Sesuai dengan anak yang putih gebu. Dalam berbincang-bincang tu, Amar tido tenang je. Kakak ipar pun tolong carikkan keluarga untuk anak tu. Aku tak boleh jaga. Aku tak mampu. Mak ayah pun takkan setuju. Aku kuburkan je hajat hati aku tu. Walaupun dalam hati nak sangat2 ambil Amar sebagai tanggungjawab aku. "Allah tahu aku belum bersedia," hati aku cakap.

Esoknya aku kerja. Aku kena hantar anak ni kat rumah orang yang jaga Amar semalam. Beratnye hati Allah je yang tahu.. Sepanjang perjalanan lam kereta Amar tido n tak meragam pun.. die pun faham agaknya takmo menyusahkan orang. Dan sepanjang jalan tu la aku menangis. Mengenangkan nasib Amar. Insha Allah.. Semoga Allah da rencanakan yang terbaik untuk Amar.

~End of Part 1~

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...