^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Friday, November 9, 2012

Sweetnye budak lelaki itu bersama ibunya...

Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Salam pagi Jumaat.  Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, aku hidup satu hari lagi. 

Huuuaaaarrgggghhh.... Nak mengeliat jap. Pagi tadi aku bangun awal. pukul 0600 aku da celik. Biasenye aku mesti tarik balik selimut nak tambah lagi 5-10 menet kalau tgk jam tu awal lagi. Tapi pagi ni aku terus bangun. Terus siap-siap nak pegi keje. Disebabkan aku bangun awal, makanya, sempat la aku nak bersiap secara berlebihan sikit. Iaitu dengan menempek - nempek sedikit kaler kat muka aku yang sememangnya comot nih.

Dipendekkan cerita, aku sampai awal la kat opis. Bile ade partner nak turun minum minum, kitorang pun turun la. aku duduk dan kerusi aku menghadap ke dalam kedai. tibe-tibe mate aku terpandangkan sorang budak lelaki ni. a very young and good looking malay guy. aku terfikir la 'Bagus la, jarang nak nampak anak muda sebaya die ni nak awal awal keluar rumah melainkan kalau keje.' Ye la kan. Ramai what bebudak skang ni yang lagi sayangkan bantal n tilam die. Takmo langsung keluar pepagi n buat aktiviti berpekdah ke kan.

Yang buat aku lagi rase macam "aaaaaa... sweeetttnnyyeeeeeee...." bile aku ternampak die jalan n duduk kat sorang perempuan tua tapi muka die sihat bercahaya. Bertuah kan makcik tu ade anak yang nak bangun pagi-pagi n bawak kan mak die yang da lewat usia pg keluar minum - minum. aku rase makcik tu lebih tua daripada mak aku. aku dapat amik pic. tapi tak dapat la pic budak lelaki tu. Pic makcik tu je hehehehe....


Haaa... ni la die... tapi ni jarak jauh... jom kite zoom.
Alaaaa.. picture kabur... sila perhatikan, budak lelaki ini bertindik ye.. dan die sangat sayangkan mak die.


Bertuah makcik nih. Hehehehe..... Contohi anak lelaki ni ea. Walaupun die nampak ganazz... Mak tetap dilayan dengan baik. Teringat kat mak aku. Nanti nak ajak mak keluar jenjalan la. Da lame aku tak jenjalan ngan mak aku pg shopping-shopping hehehe. Love u Mak <3 br="br">


Thank you sudi bace :)


Sunday, November 4, 2012

Sihat Ke Tubuh Badan Aku?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

Tibe - tibe aku nak tulis entry nih. Padahal aku tgh dok sibuk mengonline kan diri kat Oldtown White Coffee neh.. Huhu... 

Hari ni memang layan giler lepak. Rilek sangat. Ngan hujan kat luar tu. Time suasana macam ni, melepak kat Coffee Bean laaagi best hahaha.. Cume poket la yang rase tak best nanti :))) 

Okeh.. Terus ilang mood hiba aku haha.. baiklah.. amik mood amik mood. 

Tengah aku online - online. Sambil sambil dengar lagu, tibe-tibe mate aku terpandang kat sorang lelaki muda. Yang buat mate aku tertarik ke arah die tu mulenye aku terpandang kan perempuan yang dengan die tu. "Cantik...", dalam hati aku. Tibe tibe aku terpandangkan lelaki yang kat sebelah die tu. lelaki tu pakai seluar pendek. Usia dalam lingkungan lebih kurang 19 - 22 tahun. Terus mate aku terpaku kat die. Jangan salah faham ea.. Bukan pasal aku terberkenan tgk muke die. Tapi aku terkejut.

Istighfar aku dalam hati.. "Astaghfirullah.. kenape die mcm tu...?" 

Kalau korang nak tau, aku terkejut n hati aku terus tersentuh. budak lelaki tu good looking, tapi aku rase die sakit. Kaki die kurus sangat. kalau tak silap aku, kaki die lagi kecik daripada tangan aku. tulang semate-mate. Ade macam few patches kat dedua belah lutut die. Ouucchhh... sakit ape budak ni. Bila die berdiri pulak, tangan die memaut kat kerusi. Jari-jari die ade yang bengkok. Terus hati aku jadi hiba. Aku terus rase nak mengalir air mata. 

Tiba tiba aku rasa bersyukur sangat yang aku sekarang ni sihat tubuh badan dan waras akal fikiran. Alhamdulillah. Macam mane pun, aku terfikir. "Sihat ke tubuh badan aku? Mane aku tau yang aku sihat?" Allah je yang tahu semuanye kan. Yang aku harap sekarang, yang aku doa n mintak. Semoga aku sekeluarga dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sangat sangat baik. Insya Allah.

Aku doakan kawan kawan yang baca entry ni pun jugak diberikan kesihatan tubuh badan dan waras akal fikiran. Amin.. Jaga diri bebaik ye kawan kawan.


Thank you Sudi Bace :)

   

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum and Haev a great one, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this ...