^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Friday, October 16, 2020

Tak Seindah Bunga - P. Ramlee | Cover - Fairuz Misran ft. Martika Diyana

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hi Gais,

Lupe pulak nak share dengan korang video dari Youtube Fairuz Misran. Aku collab dengan dia punya OC dekat Smule. Tak sangka pulak dia pos dekat Youtube Channel dia. Sebenarnya masa rakam tu, tak familiar sangat lagu tu. baru dengar beberapa kali, then terus je record. Malas nak tunggu hari lain sebabnya masa tu PKP. Bukan ade nak keluar sangat. Time tu, dah pakai tudung elok. "Aaaahhh, record je lah" Hahahaha. Alhamdulillah ok la walaupun tak brape nak semneggah. Ahaks.

Ok, termeleret pulak.

Kalau korang sama macam aku, memula dengar lagu ni, memang tak familiar langsung. Lagu P. Ramlee yang mana ni? Ade ke? Rasanya macam tak pernah dengar pun. Dalam filem apa? Nyanyi berduet dengan siapa? Hahahaaha... Macam macam pertanyaan la ade kan. Nak nak pulak kalau kite ni penggemar filem filem Allahyarham. Laaaaagilah kite tak puas hati bila kita tak tau lagunya. 

Sekarang, aku nak bgtau. Hahahahahaha (setelah seperenggan membebel). Lagu ni Tajuk dia macam yang korang tengok kat title entry tu - TAK SEINDAH BUNGA. Lagu ni ada dalam filem Pancha Delima (itu la ejaan die dolu dolu). Ke korang tak pernah tengok? Sebab dalam filem ni. Tak ada sikit pun wajah Allahyarham P. Ramlee. 

Pelakon utama dalam filem tu ialah Allahyarham Datuk Jins Shamsuddin dan Hashimah Yon. Filem tu memang pergerakan pelakonnya kaku kaku. Aku syak, memang saja dibuat macam dalam bentuk cerita wayang kulit atau bangsawan. Atau nak kita gambarkan seperti sedang baca buku novel klasik. Sebab penceritaannya pun ada alunan Syair yang dilagukan sendiri oleh suara merdu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Cuba lah tengok dekat Youtube. Search 'Tak Seindah Bunga - P. Ramlee'. Mesti keluar gambar klasik tu. Ape pun, pertama kali aku dengar lagu ni terus jatuh cinta. tu yang tak menyabar nak join sangat OC Fairuz Misran tu. Haha. Jemput layan lagunya ya. Maafkan kekurangan kami.    




Harapan aku, lebih ramai anak anak muda sekarang menghargai dan sukakan lagu lagu lama karya agung seniman dolu dolu ni. Bukan aje Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tapi ramai lagi. Terima kasih sudi tonton.

xoxo,

Martika Diyana
October 16, 2020
00:27
My Hometown





Thursday, October 15, 2020

My Journey As Busker (3) : Busking di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum korang semua.

Masuk je bulan puasa, genap 5 bulan aku fulltime busking. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan baik.
Memang ada terfikir, " Mmmm... Bulan puasa ni nampaknya kene berniagalah. Mesti takde job busking." Tapi rupanya jangkaan aku meleset. Tak sangka berkali ganda rezeki bulan puasa. Dan Job untuk Hari Raya Aildifitri pun tak kurang lebat. Ape pun terima kasih sangat pada agent aku dulu. Dia la yang uruskan semuanya setiap job untuk performance yang aku dapat. 

Bulan puasa tak banyak choice. Sebab ada antara kami yang tak busking sebab memang nak menumpukan meniaga bazaar. Ada yang balik kampung awal. Jadi kami ikut je jadual yang agent kami bagi. Alhamdulillah untuk bulan puasa 2 minggu iaitu selama 14 hari berturut turut aku ditempatkan di Hartamas Shopping Center. Berturut turut tu selama 8 jam sehari okay. Dari pukul 12 tengah hari sampai 9 malam (sejam tolak la rehat, buka puasa, solat bagai).  Awalnya aku risau jugak. "Aik, lepas esok, esok. Lepas esok, esok lagi kat Hartamas." 

Aku bukan ape. Aku risau takut orang tengok lepas aku, aku lagi. Hahahaha. Plus, aku pun tktk kering idea, ape nak nyanyi ni (masa tu choice lagu tak berapa banyak sangat lagi. Ada jugak yang download tapi tak tau nyanyi). Berangan lebih. Kahkah. Ape pun alhamdulillah, sambutan amat amat baik. 

Jujur aku cakap. Hartamas antara lubuk emas buat kami yang cari makan perform dekat sana. Cuma aku masih tak tau punca aku kene letak dekat sana sampai 14 hari berturut turut. Haha. Ape pun Alhamdulillah. Syukur sangat sebab masa tu memang dapat kumpul duit raya. Orang Orang di Hartamas ringan tangan. Semoga yang memberi sumbangan dimurahkan rezeki. Aamiin.

Dekat situ jugaklah terjumpa dengan Dayah Bakar (celebriti Borak Kopitiam). Dia masuk bazaar kat tengah tu jual baju raya dengan tudung die yang gojes tu. Hehe. Tah macam mana ternyanyi lagi feveret die masa tu. Terus jadi kawan. Thank you Dayah Bakar and friends for being so nice to me. 

Selepas 2 minggu dekat Hartamas, baru lah masuk lain lain tempat, Sunway Giza Mall. Giant Kinrara Puchong, The Store Sungai Buloh. Yang lain lain, aku busking dengan Abg Loque gitaris aku tu. Sampai lah hari terakhir Ramadhan, baru kami berhenti busking, tu pun masih ada kawan kawan busking yang lain terus busking. Ada jugak yang Hari Raya ke-2 dah mula busking balik. Hebatnya semangat mencari rezeki. Aku ni pasal mak aku tu takde sape tolong je. Kalau tak sesilap aku pun terlibat hahahaha. 

Ape pun, ini antara pengalaman menarik. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan lagi rezeki kesihatan, kebaikan, kewangan dan rezeki rezeki lain buat kami semua. Dan juga buat korang yang support kami. Jumpa di lain entry. 

xoxo,

Martika Diyana
October 15, 2020
23:55
My Hometown

Kereta Iswara Silver a.k.a Kereta Kebal dan Kesihatannya

 Bismillahirrahmaanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


        Ade ke yang antara korang yang baca entry ni guna kenderaan yang sama macam saya? Ahaaaa, kalau sama angkat tangaaaaan 🙋. Kalau korang sama pakai kereta macam saya, korang mesti tau macam mana kereta ni punya tahan. Body dan enjin dia bukan main lagi. Nak nak pulak model yang keluar first, second and third batch. Memang body keras baq hang. Tu pasai ada yang panggil dia kereta kebaaaall. Hikhikhik.. 

        Tapi, biasalah kereta bila dah lama. Makin lama makin sakit. Macam kita jugak, dia nak dibelai, nak diservis, nak dibaiki. Bila kira kira balik, kereta Iswara 1.3 saya ni dah 20 tahun usia die. Untuk kenderaan, itu dah dianggap berusia. Hehe. 

        Sebenarnya dah terlalu banyak kerosakan yang dibaiki dan banyak gantian yang dibuat ke atas kereta saya ni. Biasa lah, bila hantar ke bengkel. Ada yang buat ok, ada yang tidak. Kadang kadang terpaksa hantar ke bengkel lain selain daripada yang kita biasa hantar. Jadi, tak semua tangan tu kena dengan kereta kita. Ape yang kena? Hehehehhe. Maksud saya, serasi. Macam kita pergi berurut badan, hebat lah macam mana pun orang kata tukang urut tu. Tapi kalau tak serasi dengan badan kita, tak jadi jugak. Samalah al kisahnya kereta ni.  Itu lah sebabnya orang selalu kata, kereta ni jangan banyak tangan yang membeganya. Entah la tu. Haha.

        Macam mana pun, saya sayang sangat kereta ni. Terlalu banyak la jasa dia pada saya dan keluarga. Kiranya saya bebetul pakai kereta ni adalah dalam 10 tahun lebih. Sebelum tu, mak yang pakai. Ape pun Alhamdulillah syukur sangat sangat ada jugak kenderaan nak bergerak. Dah banyak tempat saya pergi dengan kereta ni. Dan banyak perkara jugak yang saya buat guna kereta ni. Pergi balik kerja, berniaga, pergi camping, masuk hutan (offroad pun pernah). Dah anggap macam rumah kedua dah. Kadang kadang tidur dalam kereta ni. Huhuhuhu. 

        Dan sebelum ni dia gagah perkasa lagi. Sampai la 2 tahun lepas kami kene langgar dari belakang. Yang langgar tu lelaki India mabuk yang bawa kereta Nissan Latio. Kuat hentamnye tu. Sampai lari alignment kereta. Katenye nak settle luar, nak bayar. Tapi sudahnya kami kene game. Die report dulu kat balai rumah dia keesokannya. 

        Kami terkilan tak dapat nak claim apa apa sebab lesen saya baru mati, saya tak renew masa besday saya (hari kene langgar tu hari lesen saya tamat). Sabar je lah. kami redha je la sebab nak pergi hantar buat kene dalam RM2,000 lebih, dan kereta kene tinggalkan di bengkel paling sekejap 2 minggu. Saya takde kereta lain nak guna kalau tinggalkan die kat bengkel. Sebab masa tu saya berniaga. Tak ada kenderaan, susah pulak.

           Sudahnya sampai ke hari ni tak buat ape. Body kereta memang lari la. Sebab tu lah die ade bunyi macam macam. Hehe. Tapi enjin dan tayar alhamdulillah. Saya buat jugak sikit sikit. Jadi, masih boleh bergerak dan masih boleh berlasak. Sampai sekarang, itu la kereta yang saya guna untuk mengangkut barang barang busking saya. 

        Jadi, nasihat saya pada yang membaca, jangan jadi macam saya ;

- Renewlah lesen tepat pada masanya. 

- Kereta ni, kalau ade rosak sana sini sket sket, pegi buat. 

- Kalau takut bayar mahal, pergi dekat bengkel kecik kecik yang recommended oleh kawan kawan. 

- Jangan pergi sembarangan bengkel yang tak pernah buat atau tak pernah kenal, kecuali emergency. 

- Kalau rosak sikit sikit tu diabaikan, ia akan berjangkit dan jadi rosak yang lain lain pulak. 

- Katelah bajet korang tak besar, pergi je bengkel yang korang percaya dan mintak advice dari pomen tu, ape yang penting untuk buat dulu. Bagitau je duit saya tak banyak. Jadi diorang takkan berani nak memandai mandai tukar itu ini tanpa bertanya (sebab ada bengkel yang macam ni tau. Die buat je tak tanya ape ape. Lepas tu cas beratus) 

- Jadi, kene ambil tahu ape yang rosak, nak kene buat macam mana, boleh baiki je ke atau kene tukar terus ke. Kalau baiki harga berapa, berapa lama boleh siap. Kalau tukar, berapa kene cas, berapa lama boleh siap. Tanya je.

- Katelah korang dah buat macam macam kat situ, tukar itu ini, jangan lupa minta die check kan sekali air dan pump angin tayar. 

- Dan kalau korang buat kereta tu baaanyak tukar dan repair, mintak la diskaun sikit. kekadang derang bagi, kekadang tak bagi. Ikut nasib la. Pandai cakap, dapat la kurang. Huhuhu.

        Jadi, itulah sedikit sebanyak yang saya boleh bebelkan tentang kereta lama saya dan kesihatannya. Inshaa Allah kalau ade rezeki saya kongsikan sekali kisah yang lain. Saya ni taklah pandai sangat tentang kereta. Cuma cerita pengalaman sendiri je.

        Kalau ada antara korang yang baca nak tambah ape ape atau nak betulkan info (andai saya silap), dialu alukan sangat di ruang komen. 

Terima kasih sudi baca.

#keretalama
#iswarasilver
#iswaraaeroback
#keretakebal
#keretalegend
#akudaniswara


Martika Diyana

October 15, 2020
23:00
My Hometown

Do Not Stop Being Nice To Others

Bismillahirrahmaanirrahim Assalammualaikum, Actually I didn't plan to write a  long one. Just a simple entry  this time. I was wandering...