^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Saturday, September 21, 2013

Fav Song : Joget Kasih Tak Sudah by Datuk Siti Nurhaliza

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera 

Da lame tak update tetibe nak bagi tau favourite song kan. Mengade betoi.. Datuk Siti kan ade berlambak-lambak koleksi lagu-lagi melayu berentak pop tradisional, termasuk la zapin, joget, keroncong dan segala bagai rentak n jenis lagu-lagi tradisional yg kekadang tak penah aku dengar. 


Takde la aku gemar kesemuanye. Dengar pun sebab suke nak dengar suara Datuk Siti. Kesimpulannye, suara Datuk Siti tu la yang menyedapkan lagu tu. Mesti ramai antara korang pun pk gitu kan. Hohohoho melampau betul pendapat aku ni. Kecik hati orang yang cipta n karang lagu tu kan. Mintak mahap ye.. Saye terlebih jujur pulak. Harap anda bersemangat dan boleh tulis lagu yang sangat best lagi lepas ni ahakkksss (sempat lagi aku kan... iklan)

Lagu Joget Kasih Tak Sudah ni adalah antara lagu yang pada aku biase-biase je, n takla aku gemar sangat. Aku suke dengar sebabnye, as usual - suke dengar Datuk Siti yang nyanyi ahahaha :P

Tapi bile dah banyak banyak kali dengar, sodap jugak lagu nieh. Sudah tu, aku bace pulak lirik die. Ooouuccchhhh!!!!! Menikam jugak la. Kredit kepada penulis lirik lagu nieh. Terima kasih sebab tulis lirik lagu yang penuh sopan tapi menusuk-nusuk hati macam ni. Da agak lame aku perasan sebenanye. Cuma, malam ni baru aku nak reveal kat korang semua hahahaha... Sengal plak ayat aku tu... Bior le...

Ni liriknye ; 


Awan bergulung tuan di hari senja 
Nampak berbalam biru warnanya 
Tuan di gunung paya hamba di paya 
Dalam jambangan temu ingin bersama

Terbang serindit tuan dengan kedidi 
Singgah di kayu di rumpun kayu 
Kasih menitik tuan basah tak jadi 
Walau bertahun rindu menanggung rindu 

Hatiku yang resah kubawa berdendang 
Memujuk diri dijeling tidak 
Sepantun berdendang dondanglah asmara 
Cuma igauan dalam igauan 

Berdendang hamba tuan bertepuk tuan 
Senyum di bibir hati terluka 
Kasih diberi orang dijeling orang 
Terasa hiba tidak terkira 

Sudilah tuan nyanyi bersama 
Alunan lagu hai kasih tak sampai 
Susunlah langkah layu di muka 
Tanda di hati hai masih berdarah 

Pantun berpantun tuan, mak andam sayang 
Berjual beli pantun melayu 
Walau dialun tuan, gurindam sayang 
Luka di hati orang tak tahu 

Kusulam kasih emas berbenang emas 
Orang bertaruh baiknya rupa 
Walaupun kasih balas tidak berbalas 
Tidak kukesal itu jadinya 

Mujur la rentak lagu ni rentak joget. dengar macam meriah je kan. padahal maksud lagu ni sedih kooottt.... sob sob...

Oklah, itu je aku nak share. Kepada yang agak kurang familiar ngan lagu nieh, korang ce dengar lagu ni ye. Ce la pegi tanye kat Pakcik Gugel tu. kat Search Box kat belah kanan atas blog aku ni pun leh. pilih la The Web ke ea.. Pepandai korang la. Aku rase korang lagi expert bab2 menggugel nieh. Caloooo!!!

Thank you sudi bace :)



No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D