^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Tahun Ini... Alhamdulillah.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. 

 Marhaban Ya Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2012 bersamaan 1433 Hijriyah. 

First of all, sebenanye aku da drafkan entry ttg bulan ramadhan ni. Bajet dapat la post before 1st Ramadhan ahaks.. Rupenye tak, sebab kununnye tak cukup idea. Amenda la kan. Aku lom penah lagi post entry tentang bulan Ramadhan. Finally i decided to write from the bottom of my heart. ^___^

Aku ingat lagi mase mule2 nak pandai puase dulu, mak selalu masakkan makanan feveret kitorang la. Tak silap aku, mase tu umur 4-5 tahun aku da sibuk2 nak pose jugak. Orang bangun sahur, aku nak bangun sahur. Mak aku masak kat dapur aku pun nak p tgk die masak ape. 

Sebelum2 tu aku tak ingat plak. Lenkali aku tanye mak aku muahahaha..

Then puasa yang yuk aku tu biase la.. ngade2 je lebih. Nak makan macam2. Mak aku pun gigih la buat ayam goreng la, roti bakar la, telur goreng la, kentang goreng la. Kadang kadang Cornflakes la, Cococrunch. Padahal bukan nak makan bebetul pun, nasik pun tak makan. Nak sibuk2 je. Minum pulak, mak aku buat sorang satu, yg ni nak milo, yg tu nak nescafe, yg nun nak horlicks. Huh!! Terror tul mak aku. Da mcm kedai da kan. 

♥ ♥ ♥ Sayang makk ♥ ♥ ♥

Penah sekali mase aku marah kat adik lelaki aku yang mengade2 buke puase nak itu nak ini, 

" Ala, tak payah nak mengade ngade nak macam macam. Nanti bukan habis pun makan."

Tetibe mak aku selambe je cakap kat aku.

" Kamu tu pun same je dulu, lagi la teruk. Sampai ayah kena keluar pegi carik. Selagi tak dapat selagi tu kamu merajuk"

Errrkkkk!!!!! Amik ko sebijik. Terdiam aku. Terus cover, aku sesengih. 

" Eheeeee.. Ye ke mak..!!??!?? Malunyeeeee" :P 

Lepas tu aku tak penah marah adik adik aku dah ehehehee... 

Ok, sorry tadi iklan kejap. Back to the story, aku pun membesar la dengan cerianye... ahaksss. 

Baiklah baiklah. Bile da besar sket, mula la era nak berpuasa penuh. Mak aku kate, aku puasa penuh cukup 30 hari mase aku masuk Darjah 1. Mungkin sebab pegi sekolah, dengan kawan2. Seronok la kan puasa. 

Tapi aku teringat la, mase memule tu mak aku pakse aku makan nasik. 

"Makan la nasik, kate nak puase penuh. Nanti kat sekolah lapar."

"Mane ade. Tak lapar la mak.... Lagipun orang tak biase la makan nasik pagi pagi. macam rase pelik je."

Macam tu la ayat aku lebih kurang. Aku pun kononnye terror sangat tak makan nasik, aku makan roti la, cornflakes la. Hari cuti Sabtu & Ahad boleh la sebab dok umah je kan. Hari sekolah, bile tak makan nasik waktu sahur, aku jadi lembik. Padan muke aku, cakap mak takmo dengar.

Maka, dengan perasaan pelik dan tak biase, aku pun nak taknak makan je la nasik mase sahur. Hari hari aku cakap kat mak aku yang aku tak biase la, pelik la, tak sedap tekak la. Mak aku malas nak layan, die diam je. Tapi, ayah aku pulak yang menyampah, die terus cakap.

"Takmo makan sudah, nanti bukan mak ngan ayah yang lapar" 

Hehehehe peekkk sekali. Padan mukooo... So, alah bisa tegal biasa la kan. Bukan sekadar makan sepinggan, malah berpinggan pinggan. Ehehehee....

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Itu la die mase kekecik n zaman kat sekolah. Lepas tu aku masuk asrama. Form 4, aku masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dah dok asrama kan, lagi la seronok. 

Asrama pompuan nih dipanggil ASPURI je sebab block kitorang satu2 nye block pelajar pompuan lagi 6 block semua ASPURA *sekolah tu lebih ramai student lelaki dari pompuan. Macam macam ragam n perangai. Bulan puase ke, tak puase ke, same je nakal memasing ehehehe.. 2 tahun aku kat sekolah ni. 

Form 4, D'Alter 7 underground name dorm aku. Dorm ni aku dok ngan hakak hakak senior. Form 5 pulak, aku jadi Mama Dorm. Teratak Budak Karan name dorm kitorang ehehehehe.. Akan aku coretkan kisah kitorang kemudian ye.

Mase bulan pose kat ASPURI, ade gak yang malas nak turun sahur. Memule tu, suke la nak tapau bawak naik dorm, tapi warden tak bagi. Dah semua nak tapau pulak. Tak ramai yang rajin nak turun dewan makan. So, semua diwajibkan makan kat dewan makan. Time berbuka seronok. Ramai2 berbuka satu dewan hehehe... Lepas tu pulak beratur nak pegi solat terawikh.  

Ade jugak yang buat bisnes. Jual Megi la, biskut la, air 3 in 1 la hahaha.. Aku jarang nak makan megi sangat time tu. Aku suke buat air nescafe satu jag pekat, lepas tu study kat tangge asrama *sebab lampu kat koridor da tutup, lampu tangge je pasang. Aku pun da dapat port study, stay la sampai kul 3 - 4 pagi. kekadang terus sampai time sahur. Ade gak member aku tanye,

 "Diyana, banyaknye buat nescafe. Pekat pulak tu... Nak bunuh diri ke?" 

Aku hanya mampu ketawa kahkahkahkahkah.. Perli aku minah nieehh. Aku ingat lagi name die Salina. Yes.. Salina. Ape khabar die sekatang ni kan.

Majlis berbuka puasa pun meriah kat sekolah. ade macam macam peringkat. Peringkat dorm *dorm tu je yg buat then jemput wakit dari ketua dorm lain. Peringkat Asrama *same2 ngan warden block, jemput warden ngan ketua block dari ASPURA. Peringkat kelas *kelas tu je buat, jemput cikgu yang mengajar kelas tu je. Peringkat sekolah *buat kat kantin sekolah, jemput semua orang termasuk pengetua sekolah.

Eheee... Macam macam kan.. Memang seronok sangat. Alaaa... Rindu la kat SMTKK, nanti nak pg melawat la. Tengok sekolah tu dari luar pun da ok kot ehehehe...

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Dah lepas SPM, aku masuk kolej. Ayah aku suruh tolak tawaran masuk Politeknik kat Kedah sebab dapat course Sijil Ukur Bahan. Ayah aku nak aku belajar Akaun. 

 Maka, masuk la aku ke Inpens International College. Tapi skang kolej nih da takde. *student die semua dipindahkan ke Unisel. Lokasi die satu di Seksyen 7, Shah Alam. Satu lagi di Batang Berjuntai atau name baru tempat tu Bestari Jaya. Kenape da takde? Adelah atas sebab2 tertentu yg kite tak perlu tahu ehehehe..

Zaman ni zaman aku buat diploma, memang banyak menda yang nak citer, tapi aku touch sket sket je la ek ehehehe..

Okey, back to kisah puasa tadi, kat kolej nih lagi extreme. Kitorang tak dibenarkan memasak dalam dorm. Biase la peraturan tu kan. Kebanyakan kolej dan universiti pun tak benarkan student die masak. Tapi kitorang tak la lurus sangat. Teheheheee   

 Seperti penghuni penghuni asrama lain yang juga extreme, kami telah memasak di dalam dorm. Takde la pakai dapur api, takde port. Ade port kalu, nak jugak bawak portable stove tu kan, hangkut sekali periuk belange ehehehe.. Ktorang masak la pakai periuk nasik tu. Bukan sahaje di bulan puase, tapi juga di hari hari biase yang bile da boring nak makan luar atau nak berjimat cermat ahaks.. Banyak jase periuk nasik tu kat kitorang. Ade gak yang nak makan macam macam, pegi la beli kat bazaar Ramadhan. 

Mase kat Seksyen 7, banyak la choice nak pegi bazaar. Lepas kolej nih da pindah ke Pulau Indah, Klang, kitorang tak banyak choice sangat. macam mane pun, ramai gak pihak yang buat macam macam nak memeriahkan kawasan kolej tu.  Ade student amik kesempatan waktu tu untuk tambah wit poket. Diorang jual nasik lemak, roti john, air, macam-macam lagi la. Penduduk tempatan kat situ pun berniaga sama. Memang meriah.  

Ade jugak student yang nak lebih variety, keluar ke bandar2 kecik yg dedekat situ macam Pandamaran, Banting, Sijangkang. Ade gak yang masuk ke kawasan pedalaman kat pulau tu. saje ubah2 angin.. menarik gak kan. Penah jugak berbuka puasa kat restoren2 kat luar kawasan kolej tu. 

Apepun yang buatkan menda tu seronok sebenanye bukan la makan ape atau makan kat mane. Sebenarnye kawan kawan tu la yang buat semuanye memorable. Tetibe hati sebak bile teringat. Aku pernah gak masak sendiri untuk berbuka n makan reramai. buat Kuey Tiow Bandung la. Nasik Goreng Sardin la. Ehehehe..

Lupe pulak, mase tahun akhir aku kat kolej ni, aku ade join satu kelab name die Kelab Usahawan. Dengan Zaim, Ummi Yati, Suzanna, ramai lagi lah. Sorry tak sebut name. Projek ngan diorang neh macam macam. Penasihat kelab pulak En Rohas yang gile gile.. Hehehe... Kitorang pun takmo ketinggalan memeriahkan kawasan kolej time tu. Jual la ikan bakar, nasi lemak, air warne warni.. hehehhe... Bakal usahawan semua nieh.. :D
   
Dah lame jugak aku tak jenguk Pulau Indah nih.. insya Allah, ke sane nanti mase nak naik Star Cruise nanti. Chewaaaahhh ehehehehe *lupe nak cakap, kolej nih dlu terletak bersebelahan je ngan Terminal Star Cruise nih.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Aku masuk plak frasa seterusnye mase buat degree kat KPTM, KL. aku dok umah sewa dengan Nisya n Dian. aku rase, dalam banyak2 pengalaman aku berpuasa di perantauan yang tak berape nak rantau *sebab mak ayah aku masih di negeri yang same n dekat pulak tu, ngan diorang nih la paling gile2 skali ehehehehe. Sebab kitorang bertige je. Dok serumah, sebilik, sekepale pulak tu. itu menjadikan kebanyakan plan berjalan ngan lancar je ahahah. 

Bile time makan tu, kekadang pegi jugak beli2. Datang mood, masak. Masak sesedap pulak tu. Spaghetti, Nasi Ayam, Sotong plastik, Mee Goreng, Kuey Tiow Goreng, tapi paling kerap kitorang masak, spaghetti la. Ehehehe.. haa yang masak, diorang la.. aku tak reti masak huhuhu. Buke kat luar pun ye jugak, mase ni pulak dok aktif meng'outdoor'kan diri, Kerap jugak memember outdoor ajak berbuka n sahur kat luar. 

Daripada sewa master bedroom kat Taman Maluri, pindah ke bilik kecik kat Taman Cheras Indah. Lepas tu ade rezeki sket, sewa pulak apartment kat Pandan Perdana. Da abes belajar, duduk pulak kat Taman Desa Setapak. Semua nye best2. Rindu nak dok ngan Nisya n Dian macam dulu. Hepi je. Ade masalah pun Hepi jugak teeeheeeee ^____^

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Apepun, balik kat kisah Ramadhan tadi, Alhamdulillah.... Tahun 2012 ni, masuk tahun kedua aku berpuasa di tempat kerja aku sekarang ni. Kat sini aku keje 12 jam. Bile kene hari shift aku bekerja, berbuka la kat opis. Takde masalah pun pada aku. Seronok je. Nak nak pulak bile ade geng berbuka macam Syara ngan Ekin yang same same senget macam aku eheheheheh.

Sekarang ni aku dok menyewa. Tahun lepas pun bile bulan Ramadhan datang, aku lebih kerap balik rumah orang tua aku la. Dah bertahun aku asik berbuka ngan kawan2 asrama n rumah sewa kan. Kali ni aku balik rumah parents aku pulak la. Heeee...

Bile ingat balik kenangan lame. Zaman belajar la paling best kan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang aku dapat yang mungkin orang lain tak dapat nikmati. 

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan mendapat berkah dari - Nya amin. 


Terima Kasih Sudi Bace :)



No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D