^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Monday, April 28, 2014

Opportunity - My New Passion ^___^


Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Orang kate, peluang tu datang hanya sekali, takkan ada kali kedua. Mungkin kalau peluang tu datang lagi, tapi ia bukan lah untuk kita. And kali nih aku nak bercerita tentang peluang untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik :)

Aduuu aku sememangnya gile kalau bercerita bab - bab bisnes nih. Jumpa orang yang se'frequency' dengan aku, boleh tak cukup sehari bertukar-tukar idea. Just tak cukup lagi la kot pengalaman kan hehe. Saba je la aku. Sebab kalau nak citer pasal bisnes ni, aku pernah la jugak cube nak berbisnes. Lame dah kisah ni. 4-5 tahun lepas punye citer huhu. Pernah aku melibatkan diri. Buat bisnes sendiri. Jual Serunding, Popia serunding, Baju, Tudung online. Mase tu aku tak kerja. Aku plan nak focus bebetul. Namun orang yang baru nek merangkak macam aku, and mase tu terlalu banyak kelemahan. So, Alhamdulillah, dengan izin Allah, begitu mudahnya aku terlingkup. Aku pun mase kejadian tu tak la pulak aku nak heboh kat sane sini. Orang-orang terdekat je tau. Aku pun takde salahkan sesapa. Semua atas kelemahan aku sendiri. Aku redha n terima semua seadanya. 

Bukan tak berniat nak teruskan. Cuma masa tu keadaan sekeliling sangat tak membantu n aku akur la yg aku tak mampu nak teruskan ( kesilapan aku kat sini ). Jadi masa tu aku memang struggle la carik keje pulak sambil habiskan sisa2 barang jualan aku tu. 

Macam mane pun dalam hati aku ni kuat sangat berazam yang aku nak sangat jugak-jugak buat bisnes. Bisnes ape? Bisnes macam mane? Anything can do as long as Halal n suits me in dalam keadaan ape pun. Kalau ikotkan paleotak aku ni, semua yang aku pandang aku rase sangat berpotensi nak buat bisnes. Haisyyy.... macam - macamlah yang terlintas kat fikiran aku ni. Padahal modal takde. Simpanan pun masih belum mencukupi huhuhu :P

Niat aku hanya satu. Aku nak jugak berniaga. Kan 9/10 punca rezeki datang drp perniagaan. Semua orang tau tu kan. Tapi ade jugak yang menolak, "Isy, aku tak minat la.. Taknak aku, tak bole bla dengan bisnes-bisnes ni.." Halooo... cakap berlapik sket ea. Takkan nak tolak sunnah Nabi. Cakap la ayat yang lebih sopan sket. Aku tak pandai bab sunnah ni. Just be careful la. Cakap takmo, esok-esok aku tgk ko upload picture handbag, kain meter 'FOR SALE' kat FB/Twitter/Instagram ko. Hohoho. Kan malu balik. Ape pun, as long as perkara tu membaw ke arah kebaikan, Alhamdulillah, takde yang buruk-buruk aku doakan buat semua melainkan yang baik-baik belaka. 

Makanya, aku pun mula mencari, menilai n mencuba macam-macam perkara. Buat research, jenguk peluang sana sini. Tak terkecuali jugak Bisnes Multilevel Marketing yang macam cendawan tumbuh. Ade jugak bisnes MLM yang kate "ko masuk bisnes nih, tak payah carik orang.." padahal yang derang dok cakap kat aku nih, aku nih bukan orang ker? Hahahaha janganla sampai nak menipu. Ape pun, aku masih ade kepercayaan kepade sesetengah bisnes MLM nih. Kalau tak, takkan la ade fakta yang kate industri yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi dunia adalah industry Network Marketing kan hehehee. Diulangi, Fakta okkeh. 

Alhamdulillah. Setelah lama mencari-cari, mencuba itu dan ini. Finally!!! Alhamdulillah, Allah ketemukan dengan satu bisnes yang pada aku sangat menarik minat, n segala deria aku ni lah. Huhuhu. Orang yang bertanggungjawab kenalkan aku adalah adik aku sendiri. Oppsss.. Sebelum itu, bisnes ade macam-macam ea. Bukan semestinya MLM. Untuk pengetahuan semua. Ini memang bukan MLM. Hehehee. Kalau bukan MLM ape? Hehehe malas la layan soalan korang. Meh nak citer.

Jeng Jeng Jennnngggg. Bisnes yang dimaksudkan adalah bisnes trading. Modal sangat kecik tapi inshaa Allah pulangannya sangat tinggi. Aku baru je sebulan terlibat dengan bisnes ni. Buat pun part time je. Aku kan keje kat Cyberjaya. Sangat tak mengganggu jadual aku. 

Ape pun, Syukur Alhamdulillah dengan peluang yang Allah berikan. Kalau ade kawan2 yang nak buat part time jugak, jadi Agent ke, stokis ke, roger je la aku. Aku selalu ade kat area Cyberjaya - Cheras - Ulu Klang. Mane tau boleh bantu dapat duit-duit tepi. 

Apekah produknya?

Tarrrraaaaaaaa..... Inilah dienye. Produk supplement. Royal Collagen name die. 
Kalau takmo buat bisnes pun, nak pakai aje pun bole. Sebab produk ni sangat bagus. Collagen biasenye kan untuk kulit. Tapi yang terbaiknya produk ni, Die ade terlalu banyak khasiat di dalam nya yang bagus untuk sakit-sakit dalaman. Bukanlah ubat, tapi mampu la nak bantu kurangkan sakit-sakit yang dialami selama ni. Termasukla Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Sendi, Resdung, Lutut, Tenaga batin. Plus, berita baik yg kami terima, ada antara pengguna yang baru consume sebulan dah dapat berita baik - she's pregnant!! Dah setahun lebih kawen tapi belum ada sebarang rezeki. Macam-macam ubat dah cuba. Namun Allah beri rezeki melalui pemakanan Royal Collagen. Alhamdulillah.

Ahaaa... ini picture aku ngan Royal Collagen *mcm hidup pulak kan aku buek
Aku sangat yakin dengan Royal Collagen ni. Happy bile dapat dengar berita baik dari pengguna. Bukan kulit cantik yang kita idamkan semata-mata kan. Tapi kesihatan tubuh badan tu yang lebih penting. Ade yang kate tak makan n whatsoever. It's ok la, pilihan memasing kan. Simple je pada aku, prevention is better than cure. Takmo kuar duit bayar collagen or any other supplement. 

Ini mase aku pegi Soft Launching produk Royal Collagen. Exclusive lagi you dengan paper bag. Majlis buat kat Palace Of The Golden Horses. grand sangat haha :P Ni dengan Stokis (Cik Hasidah - tengah) n Agent (Nur Syamim-kanan) die ni dari Pahang. Credit picture to Precious Royal Collagen - The Art Of Beauty
Tapi kita kene akui kita bukan selalu sihat. Bila satu hari sakit n masuk hospital, kos rawatan lagi tinggi. Aku dah tgk orang-orang yang terdekat dengan aku. Aku nak usaha ke arah yang lebih baik. Bukan la kite mintak. It's a fact. Bukan jugak cakap besar. Kalau aku cakap besar, takde la aku amik supplement kan hohoho. Aku tengok contoh terbaik mak n ayah aku la. Diorang da 61 tahun dah umur tahun ni. Alhamdulillah masih lagi kuat dan sihat. Mulenye dulu aku pelik jugak. And now i know the secret. Hehehehe. Diorang rajin makan supplement dari muda lagi. Ya Allah, berilah kesihatan berpanjangan ke atas kedua orang tua kami. Amin. 

Ahah. Panjang lebar kan. Itulah die yang aku nak citer. Aku dah kate, kalau bukak citer pasal bisnes ni, boleh buat buku hahahaha. Well, well. I just want to share all good things i know. Wish me luck and I wish all the best to all of you. Love you guys. Mwah mwah. Hahaha :P 



Thank you sudi bace :D

No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D