Bismillahirrahmaanirrahim
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Hi Korang semua,
Salam PKP, MCO, RMO hehe.
Hamba nak hapdet tentang penulisan hamba. Hamba segan sebenarnya nak menulis, tapi hamba rasa sayang pulak jika hamba sia siakan sahaja tulisan ni. Jadi, hamba pos jugaklah. Supaya ini akan menjadi sebagai kenangan di awal penulisan.
Tulisan ni tercetus bila hamba (macam dulu dulu) sedang bersembang dengan sorang sahabat di Whatsapp (alamak, moden la pulak). Dan teman hamba itu ada memberikan sebuah lagu alunan biola daripada Allahyarham Hamzah Dolmat yang bertajuk - Selintas Lalu Selintas Pandang.
Jadi tiba tiba Allah beri ilham buat hamba nak menuliskan tulisan di bawah. Sila la baca andai tuan hamba semua sudi (cheeewah).
Kasar dan direct sahaja bahasa yang hamba gunakan untuk tulisan ini. Banyak lagi yang perlu hamba belajar dan perbaiki. Maafkan hmba jika dalam penulisan ini ada hati yang tergores ketika membacanya. Dan tegurlah hamba jika ada yang tersalah silap. Hamba suka jika ada teguran yang membina. Apa salahnya
Ewaaaahhhh.. Serownok pulak bertuan hamba bagai ni kahkahkah. Okay, jadi saya ada mengabadikan penulisan ini di ruangan Page ' My Writings'. Kalau nak tengok lagi hasil nurkilan yang lain, sudi sudikanlah singgah ke ruang 'My Writings' dekat atas sana ye. Jemputlah baca.
* Lagi best baca kalau diiringi alunan biola daripada Allahyarham Hamzah DOlmat - Selintas Lalu Selintas Pandang
ASMARA JIWA
Wahai bulan,
Kenapalah kau cantik di pandang
Apakah kerana cahayamu yang memukau mata
Walaupun kau jauh di angkasa,
Kenapa jiwaku rasa kau dekat bagai sepenggapai
Adakah kerana hanya kau yang mengerti
Tentang perasaan yang tersebu di hati
Atau adakah hanya kaulah penerang jiwa
Disaat tiada siapa yang bertanya
Andainya bulan, dapat kau sampaikan
Kepada si jelita tentang keayuan wajahnya yang menggoda
Tentang kelembutan pandangan mata yang menggoncang jiwa
Tentang merdu suara yang menampar telinga
Juga jika dapat kau sampai kan
Kepada sang teruna tentang tampan wajahnya
Manisnya bahasa dan tutur kata
Juga tulus pekerti dan budi
Wahai bulan,
Usahlah kau berhenti memberi harapan
Kepada jiwa jiwa yang sedang dilamun asmara
Semoga berkembang anak cucu adam dan hawa
Seperti tersebarnya cahaya mu keseluruh pelusuk dunia
Martika Diyana
March 30, 2020
01:29
My Hometown
My Hometown
No comments:
Post a Comment
I love to hear from you :D