^_____^

My photo
I would like to share, the precious journey of my life. Hanya sebuah blog personal biasa. Sedikit coretan dan pandangan peribadi. Blog ini bukanlah blog untuk mencari info atau blog ilmiah. I just share my story with love and a big heart :)

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

What's new..?

Sunday, March 13, 2011

Perbualan Allah dan Malaikat..

Cerita ni member aku dengar dari ceramah agama seorang ustaz… mula2nya die tertarik sebab ustaz tu sebut pasal gunung. Biasala kan.. dengar je pasal gunung.. terus curik tumpuan kitorang2 nih. Tang start tu member kate dah menarik tumpuan, tapi ending cerita tu lagi best untuk direnungkan so, member aku kongsikankat kitorang n aku pun ingat nak share untuk semua yang mungkin belum penah dengar cerita ni..

member aku citer......

Alkisahnya.. waktu mula2 bumi diciptakan, bumi ni tak stabil, terhuyung- hayang (betulke ek words ni?).. tika tu malaikat rasa curiga (lupa laa malaikat yang mana..). malaikat tertanya2.. macam mana Allah nak tempatkan manusia dalam bumi yang tak stabil dan kelihatan tak kukuh tu.

Tak perlu malaikat tertanya lama2.. Allah kemudiannya telah ciptakan gunung dan pacakkan dalam bumi. Diceritakan oleh ustaz tu yang gunung2 ni dijadikan Allah seperti paku yang menusuk bumi, menjadikannya kukuh, tetap, stabil.. dah tak nampak goyah macam mula2 bumi diciptakan. Cerita ustaz tu lagi.. apa yang kita nampak dari gunung itu hanyalah sebahagian kecil jer dari saiz sebenar gunung tu.. yang tertusuk dan terpacak di dalam jauh lebih tingi!!

Dipendekkan cerita, malaikat berasa TERsangatla kagum dengan kehebatan gunung, lantas malaikat bertanya pada Allah.. aku ringkaskan cerita ini melalui perbualan di bawah ek..

Malaikat : ada tak lagi makhluk yang Engkau ciptakan lebih hebat dari gunung?

Allah : Ada!! Aku ciptakan besi.. [kita boleh lihat hari ni macam mana manusia gunakan besi untuk memecahkan batu2..]

Malaikat : Ada kah lagi makhluk Engkau yang lebih hebat dari besi?

Allah : Ada!! Aku ciptakan api [tengoklah macam mana api digunakan untuk meleburkan besi..]

Malaikat : Ada tak makhluk lain yang Engkau cipta lebih hebat dari api?

Allah : Ada!! Aku ciptakan air.. [yang ni mudah.. kita boleh tengok macam mana air mampu memadam api..]

Malaikat : Adakah Tuhanku makhluk yang Engkau cipta lebih hebat dari air?

Allah : Ada!! Aku ciptakan angin [kita boleh lihat macam mana dengan pukulan angin pada air mampu menghasilkan ombak yg sangat ganas]

Malaikat : Adakah makhluk yang lebih hebat dari angin?

Allah : Ada!! Aku ciptakan seorang lelaki!! [Lihatla macammana lelaki/manusia menggunakan akal mereka untuk mengemudi arah laluan angin menggunakan layar di lautan.. Fuh.. hebatkan lelaki!!]

Takjub dengan jawapan Allah yang telah menetapkan manusia sebagai makhluk yang sangat hebat.. malaikat cuba bertanya lagi..

Malaikat : Tuhanku, adakah lagi makhluk yang Engkau ciptakan lebih hebat dari seorang lelaki.

Dan buat kesekian kalinya Allah menjawab.. Ada!! Aku telah ciptakan seorang WANITA!!

Fuh.. subhanallah.. takjubnya aku dengar cerita ni, betapa Allah telah mengangkat kedudukan wanita sebagai makhluk terkuat ciptaan-Nya. Mesti ada yang tak berapa suka dengan cerita ni kan.. tapi aku harap mana2 yang tak suka tu terima cerita ni secara terbuka minda yer. Selami cerita ni dari sudut maksudnya yang hakiki.. Mungkin ‘kekuatan’ yang disebut langsung tak merujuk kepada kekuatan wanita secara fizikal, tetapi lebih kepada ‘keupayaan’ wanita tu untuk menjadi penyebab kepada banyak kejadian.. sama ada baik mahupun buruk.

Dipendekkan cerita, aku yakin.. sumer kawan2 kat luar sana dah besar panjang untuk menilai kisah ni, termasuk pandangan aku yang sikit tu kan.. masing2 mesti ada pendapat dan fahaman sendiri.. Cuma doa aku, semoga kawan2 lelaki aku kat luar sana terlindung dari ditemukan dengan wanita yang akan menjatuhkan korang.. dan untuk diri aku sendiri.. aku berlindung kepada Allah dari menjadi wanita yang memandang rendah pada lelaki.. Have a good day all!!

- tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia...

well, dari pendapat aku sendiri plak, memang kiter sumer tau kan.... kate orang bijak pandai, seorang lelaki zang berjaye, ader seorang pompuan di belakang die..
so, sape2 yang berjaya tu leh ar kiter tgk sape wanita yang berdiri kat belakang die tu....
wallahualam....

No comments:

Post a Comment

I love to hear from you :D